Biodata

My photo
Bachok, Kelantan, Malaysia
Guru Cemerlang Kesusasteraan Melayu Moden STPM Panel Penggubal soalan percubaan peringkat negeri Pemeriksa Kertas Kesusasteraan Melayu STPM Penceramah Teknik Menjawab Kesusasteraan Melayu Kertas 2

Soalan dan Cadangan Skema Bahagian A


Analisa Soalan-soalan Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden

STPM 1998 – 2005

Bahagian A (Soalan 1)

Tahun

Soalan

Catatan / Aspek

1998

1. “Sajak merupakan salah satu jenis Kesusasteraan Melayu Moden yang mendapat tempat di Malaysia sebelum perang dunia kedua lagi.” Dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai, huraikan ciri-ciri sajak sebelum perang berdasarkan aspek-aspek berikut;

a. Tema

b. Bentuk

c. Gaya Bahasa

5. “ Sarjana sastera banyak memperkatakan tentang pembaharuan yang dibawa oleh Abdullah Munsyi dalam kesusasteraan Melayu Moden”. Bincangkan dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai lima aspek pembaharuan yang diperkenalkan oleh Abdullah Munsyi melalui karya-karyanya.

Genre Sajak

Tokoh (lama)

Abdullah Munsyi

1999

5. “Perkembangan novel-novel Melayu moden mengalami zaman kegemilangannya dalam tahun-tahun 60-an . Banyak karya dan tokoh yang lahir pada zaman tersebut adalah hasil daripada sumbangan beberapa institusi yang wujud pada waktu itu.” Jelaskan sumbangan institusi di bawah dalam hubungannya dengan pernyataan di atas.

a. Dewan Bahasa dan Pustaka [16]

b. Jabatan Pengajian Melayu [9]

6.”Keris Mas ialah Sasterawan Negara yang telah meningkatkan perkembangan kesusasteraan Melayu Moden.” Huraikan

a. latar kehidupannya, [5]

b. keistemewaan ketokohan dan karya-karya, dan

[12]

c. sumbangan beliau dalam memperjuangkan gagasan ‘sastera untuk masyarakat’ [8]

Genre Novel dan

Institutsi

  1. DBP
  2. JPM

Tokoh

-Keris Mas

2000

5. Sumbangan guru Melayu MPSI dalam perkembangan novel Melayu moden sebelum merdeka. Nyatakan juga tema-tema utama yang dibincangkan dalam karya-karya mereka.

6. “Kemunculan Muhammad Hj. Salleh dalam tahun 70-an telah memberi warna bagi puisi Melayu moden.”Bincangkan keistemewaan dan sumbangan Muhammad Hj. salleh dalam gagasan intelektualisme kepada perkembangan puisi Melayu moden.

Institutsi

-MPSI

Tokoh

-Muhammad Hj.Salleh

2001

5. Syed Sheikh Al-Hadi ialah sasterawan dan ulama yang progresif, beliau telah menghasilkan novel-novel yang membawa pemikiran pembaharuan Islam. Merujuk kepada tokoh ini jelaskan perkara yang beikut.

a. Tiga aspek latar belakang dan pendidikan beliau

b. Empat sumbangan beliau kepada perkembangan kesusasteraan Melayu moden dan pemikiran Islam.

6. Selepas merdeka , tema yang berkaitan dengan masalah hubungan kaum menjadi perhatian beberapa pengarang. Merujuk kepada contoh-contoh karya yang sesuai, bincangkan lima persoalan yang berkaitan dengan perpaduan kaum di Malaysia. [25]

Tokoh

-Syed Sheikh Al-Hadi

Persoalan & Realiti Masyarakat

-Perpaduan

2002

1. Ahmad Rasyid Talu merupakan antara tokoh yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu moden. Bincangkan sumbangan beliau dalam perkembangan penulisan novel Melayu. [25]

Tokoh

-Ahmad Rasyid Talu

2003

1. “Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) banyak memberikan sumbangan terhadap perkembangan kesusasteraan tanah air.” Berdasarkan pernyataan ini.

a. jelaskan tiga tujuan penubuhan GAPENA, dan [9]

b. huraikan empat sumbangan lazim GAPENA [16]

Institutsi

-Gapena

2004

1. Jelaskan lima sebab tertubuhnya Pejabat Karang-mengarang Sultan Idris Training College(SITC) dan empat sumbangannya terhadap perkembangan kesusasteraan Melayu moden. [25]

Institutsi

-PKM

2005

1. “Persoalan reformasi pendidikan dalam karya-karya awal kesusasteraan Melayu moden telah punbermula sejak 1920-an.”

Berdasarkan Pernyataan di atas,

a). nyatakan dua tokoh penulis tahun 1920-an yang membawa reformasi pendidikan agama. [4]

b). jelaskan dengan memberikan contoh, empat bentuk reformasi pendidikan pada tahun 1920-an dan 1930-an.

[12]

c). huraikan tiga faktor yang menimbulkan kesedaran reformasi dalam sistem pendidikan selepas tahun 1930-an [9]

Persoalan & Realiti

Masyarakat

-Reformasi Pendidikan

Golongan Penulis

-Penulis agama

Rumusan
(Mengikut Tajuk)

* 1998 - Sejarah Perkembangan (Genre Sajak)

1998 – Tokoh (Abdullah Munsyi)

* 1999 – Institutsi (DBP & JPM UM-perkembangan novel)

1999 – Tokoh (Keris Mas)

* 2000 – Institusi (Sumbangan MPSI-Novel)

2000 – Tokoh (Muhammad Hj. Salleh)

* 2001 – Tokoh (Syed Sheikh Al-Hadi)

2001 – Isu dan Persoalan (Perpaduan)

* 2002 – Tokoh (Ahmad Rasyid Talu)

* 2003 – Institutsi (GAPENA)

* 2004 – Institutsi (Pejabat Karang-mengarang)

* 2005 - Reformasi Pendidikan (tokoh penulis agama/bentuk /faktor kesedaran)

SENARAI SEMAK TAJUK-TAJUK PENTING

BAHAGIAN A (SEJARAH PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU

MODEN)

1. Tahap (Zaman)

1.1 Zaman Abdullah Munsyi

i. Ketokohan

ii. Faktor-faktor Abdullah Munsyi Membawa pembaharuan

iii. Sikap dan pemikiran Abdullah Munsyi

1.2 Zaman Sebelum Perang

i. Perkembangan Genre (Cerpen)

a. Tema dan Persoalan

b. Faktor Perkembangan

c. Contoh karya

ii. Peranan / sumbangan Golongan Penulis (Agama / Guru)

a. Tokoh

b.Bentuk Karya

c. Peranan / sumbangan

1.3 Zaman Selepas Perang

i. Perkembangan Genre (Cerpen / Drama)

ii. Peranan / sumbangan Golongan Penulis (Guru / Wartawan)

2. Tokoh Penulis

2.1 Tokoh lama

i. Muhammad Yassin Maamor (Pungguk)

ii. Abd. Rahim Kajai

iii. Ishak Hj. Muhammad

2.2 Penerima ASN

i. A.Samad Said

ii. Nordin Hassan

iii. Arenawati

iv. Abdullah Hussein

3. Institutsi

3.1 ASAS 50

3.2 Universiti Malaya

4. Persoalan dan Realiti Masyarakat

4.1 Pertembungan Timur Barat

4.2 Reformasi pemikiran

4.3 Emasipasi Wanita

4.4 Nasionalisme

4.5 Dasar Ekonomi Baru

Bentuk Soalan dan Contoh cadangan skema :

Tajuk: 1.1 Zaman Abdullah Munsyi

i. Ketokohan

ii. Faktor-faktor Abdullah Munsyi mencipta zamannya (membawa pembaharuan)

iii. Sikap dan pemikiran Abdullah Munsyi

Contoh Soalan 1:

Ditinjau dari persefektif sejarah, ternyata Abdullah Munsyi mencipta zamannya sendiri dalam konteks kesusasteraan Melayu Moden. Abdullah Munsyi diiktiraf sebagai pelopor sastera Melayu moden. Berdasarkan kenyataan tersebut huraikan,

a. Latarbelakang beliau [ 6]

b. Faktor-faktor yang mendorong beliau mencipta zamannya sendiri. [10]

c. Sikap dan pemikiran Abdullah Munsyi yang menjadi gagasan utama dalam karya-karyanya. [ 9]

Cadangan Skema Jawapan:

a. Latar belakang Abdullah Munsyi.

Fakta 1: Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi

Fakta 2: Beliau telah dilahirkan pada tahun 1796, di kampung Pali Melaka.

Fakta 3: Beliau merupakan anak bongsu dari empat orang adik beradik dan telah kematian ketiga-tiga abangnya sejak kecil lagi.

Fakta 4: Ayahnya berketurunan Arab Yaman manakala ibunya Salamah berketurunan dari India.

Fakta 5: Sejak kecil dia telah diajar mengaji Al-Quran dan tulisan Jawi serta tatabahasa bahasa Melayu oleh bapanya.

Fakta 6: Beliau juga turut belajar bahasa Tamil, Hindi dan juga bahasa Inggeris.

Fakta 7: Beliau juga pernah bertugas sebagai jurutulis kepada Sir Stamford Raffles

Fakta 8: Beliau juga pernah membantu paderi Thomson dan Milne menterjemah kitab Injil ke dalam bahasa Melayu.

Fakta 9: Pernah menjadi guru bahasa Melayu kepada askar Inggeris keturunan India.

Fakta 10: Pernah memangku jawatan pengetua di Anglo-Chinese College ketika Paderi Thomson pulang bercuti di England.

Fakta 11: Meninggal dunia pada usia 58 tahun di Jeddah pada tahun 1854 ketika dalam perjalanan ke Mekah.

Taburan Markah: Pilih mana-mana 5 fakta sahaja.

1 isi = 1 markah (5 isi x 1 markah = 5 markah)

b. Faktor-faktor yang mendorong beliau mencipta zamannya sendiri

Fakta 1: Faktor kuasa barat mulai bertapak di Tanah Melayu.

Huraian/Contoh: Penjajahan barat oleh Inggeris ke atas Tanah Melayu telah menyebabkan kuasa golongan feudal mulai merosot, pada ketika proses transisi inilah Abdullah Munsyi tampil sebagai penulis yang membawa perubahan. Ini dapat dibuktikan melalui karya-karya yang dihasilkan beliau seperti Kisah Pelayaran Abdullah (1838) yang menceritakan pengalaman yang dilalui oleh beliau semasa mengikuti rombongan penjajah Inggeris ke negeri-negeri pantai Timur.

Fakta 2: Faktor arus modenisasi yang dibawa oleh penjajah barat.

Huraian/Contoh: Kehadiran alat cetak yang dibawa bersama arus modenisasi barat telah memungkinkan karya-karya yang ditulis oleh Abdullah Munsyi dicetak dan diterbitkan. Beliau merupakan pengarang Melayu pertama yang karyanya dicetak. Antara karyanya yang terawal dicetak ialah Kisah Pelayaran Abdullah (1838).

Fakta 3: Faktor pergaulan dengan orang-orang barat.

Huraian/Contoh: Hubungan beliau dengan orang-orang barat sama ada ketika beliau bekerja ataupun menjadi guru bahasa Melayu, telah memperluaskan pemikirannya selari dengan modenisasi yang di bawa oleh orang-orang barat. Beliau pernah menjadi jurutulis kepada Sir Stamford Raffeles dan pernah bekerja dengan Paderi Thomson yang merupakan pengetua Anglo-Chinese College.

Fakta 4: Faktor pendidikan yang diterima sejak dari awal lagi.

Huraian/Contoh:Sejak kecil lagi beliau telah diberi pendedahan tentang pendidikan sama ada pendidikan agama mahu pendidikan dunia yang berupa tatabahasa Melayu. Beliau telah menguasai dan khatam Al-Quran seawal usia 7 tahun kemudian beliau mula menjadi guru bahasa Melayu seawal usianya 14 tahun.

Fakta 5: Faktor keturunan dan latar belakang keluarganya

Huraian/Contoh: Beliau dilahirkan hasil perkahwinan campur antar bapanya yang berketurunan arab dan ibunya berketurunan India. Ayahnya tergolong dalam kelompok ilmuwan dan intelek(guru agama, guru bahasa dan juga seorang pedagang) didikan yang berteraskan ketegasan dalam ilmu telah banyak membantu Abdullah menjadi orang yang berpengetahuan dan mencipta zamannya sendiri dengan membawa banyak perubahan dan pembaharuan dalam kesusasteraan Melayu.

Fakta 6: Faktor bakat dan kebolehan semulajadi dalam bidang tulis menulis.

Huraian/Contoh: beliau memang berbakat dalam tulis-menulis, idea yang diberikan kreatif. Olahan cerita yang disampaikannya juga menarik serta terperinci. Idea dan pemikiran dalam karya-karyanya yang berbentuk autobiografi seperti Syair Singapura terbakar (1830) Kisah Pelayaran Abdullah (1838) membuktikan beliau memang berbakat dalam bidang penulisan yang melayakkannya berada dalam zamannya sendiri.

Fakta 7: Faktor zaman Abdullah Munsyi adalah zaman pergolakkan

Huraian/Contoh: Abdullah Munsyi berada dalam dua situasi iaitu menjelang keruntuhan kuasa politik kaum bangsawan Melayu dan bermulanya kegemilangan pengaruh asing. Senario itu telah memungkinkan Abdullah membawa pembaharuan dalam karya-karyanya yang tidak terikat lagi pada tradisi istana. Ini jelas dalam kebanyakkan karyanya tidak lagi memberi penekanan pada golongan feudal seperti dalam Hikayat Abdullah.

Fakta 8: Faktor penyebaran agama kristian.

Huraian/Contoh: Penyebaran agama kristian yang dibawa oleh mubaligh-mubaligh dari barat turut membawa masuk ilmu-ilmu barat yang mula berkembang dan mula melemahkan kuasa golongan feudal orang Melayu. Abdullah Munsyi yang turut belajar dengan beberapa orang paderi seperti Thomson dan juga Milne telah menerima tempias keilmuan barat sehingga memungkinkannya mencipta pembaharuan dalam karya-karya beliau ini terbukti melalui penggunaan istilah-istilah Inggeris dalam karya beliau seperti Hikayat Abdullah Munsyi. Antaranya police dan college.

Taburan markah:

1 isi = 2 markah (1 markah fakta dan 1 markah Huraian/contoh)

5 isi x 2 markah = 10 markah.

c. Sikap dan pemikiran Abdullah Munsyi yang menjadi gagasan utama dalam karya-karyanya.

Fakta 1: Sikap dan pemikirannya terhadap Bahasa Melayu.

Huraian/Contoh: Munsyi Abdullah begitu berminat untuk mempelajari dan mendalami bahasa Melayu dan pemikirannya terhadap bahasa Melayu jelas apabila beliau menegaskan betapa pentingnya bahasa Melayu perlu dipelajari oleh orang Melayu. Kenyataan ini dapat dijelaskan berdasarkan pendiriannya terhadap bahasa Melayu seperti yang dtulis oleh beliau dalam karyanya Kisah Pelayaran Abdullah (1838) yang antara lainnya beliau menyatakan rasa kesalnya terhadap orang-orang Melayu yang tidak mengambil berat tentang bahasa Melayu.

Fakta 2: Sikap dan Pemikirannya terhadap ilmu-ilmu lain.

Huraian/Contoh: Kesedaran beliau terhadap betapa mundur dan ceteknya pemikiran bangsanya telah mempengaruhi sikap dan pemikiranya terhadap ilmu-ilmu lain yang dibawa masuk oleh orang-orang barat. Situasi itulah yang mendorong beliau untuk mempelajari ilmu-ilmu baharu yang dibawa masuk oleh orang-orang barat. Dalam Hikayat Abdullah dinyatakan beliau belajar ilmu bumi seperti bentuk bumi, gerhana dan ilmu kira-kira.

Fakta 3: Sikap dan pemikirannya terhadap orang Melayu yang mengabaikan bahasa Melayu.

Huraian/Contoh: Munsyi Abdullah yang jelasnya bukan orang Melayu tulen maka tidak hairanlah dia dengan begitu berani mengkritik orang-orang Melayu. Sikap dan pemikirannya terhadap orang Melayu jelas apabila dia tidak bersetuju dengan pandangan dan sikap orang Melayu yang mengabaikan bahasa Melayu seperti yang dinyatakan dalam Hikayat Abdullah yang betapa bodohnya orang Melayu kerana tidak mahu mempelajari bahasa sendiri.

Fakta 4: Sikap dan pemikirannya terhadap cara hidup orang Melayu.

Huraian/Contoh: Munsyi Abdullah dalam karyanya khususnya Kisah Pelayaran Abdullah (1840) turut mencetuskan pandangannya terhadap cara hidup orang Melayu. Beliau beranggapan orang Melayu malas, lalai dan pengotor. Bahasa percakapan orang Melayu juga buruk, makanan orang Melayu disebut terdiri dari bahan-bahan kotor. Beliau juga turut memuji sikap rajin perempuan kelantan rajin menjalankan perniagaan.

Fakta 5: Sikap dan pemikirannya terhadap golongan feudal / bangsawan / raja

Huraian/Contoh: Abdullah Munsyi menunjukkan sikap benci dan menganggap budaya raja-raja Melayu sebagai kolot. Beliau menganggap raja-raja Melayu zalim kerana kehendak mereka tidak boleh dihalang atau dilarang jika tidak buruk padahnya. Sikap danpemikirannya yang bencikan golongan jelas melalui gambaran betapa hodoh dan bodohnya raja-raja Melayu dalam karyanya seperti Hikayat Abdullah Munsyi seperti gambaran tentang Sultan Hussin yang dikatakan gemuk dan kuat makan.

Fakta 6: Sikap dan pemikirannya terhadap kepercayaan orang Melayu.

Huraian/Contoh: Abdullah Munsyi tidak bersetuju dengan kepercayaan orang Melayu yang terlalu percaya kepada perkara yang tahyul. beliau beranggapan perkara itu karut dan sewajarnya tidak diikuti ini adalah kerana kepercayaan itu akan menjadi halangan untuk kemajuan bangsa Melayu . Ini dapat dilihat penentangannya terhadap adat menjual anak seperti yang dinyatakan dalam Hikayat Abdullah.

Fakta 7: Sikap dan pemikirannya terhadap orang-orang Inggeris/ barat.

Huraian/Contoh: Abdullah menghargai dan mengagumi orang-orang Inggeris yang dikatakannya membawa pengetahuan dan kemajuan. Sikap rajin dan keilmuan orang Inggeris menjadi perhatian beliau seperti dalam Hikayat Abdullah, beliau sangat kagum dengan Tuan Raffles yang rajin.

Taburan Markah:

1 isi = 3 markah ( 1 markah fakata dan 2 markah Huraian/Contoh)

Perlu 3 isi x 3 markah = 9 markah.

Bentuk Soalan dan Contoh cadangan skema :

1.2 Zaman Sebelum Perang

i. Perkembangan Genre (Cerpen)

a. Tema dan Persoalan

b. Faktor Perkembangan

c. Contoh karya

1. Perkembangan genre cerpen pada dekad 1930-an dan 1940-an memperlihatkan golongan –golongan tertentu menguasai penulisannya.Berdasarkan penyataan di atas,

(a) nyatakan dua golongan penulis dan namakan dua tokoh penulis dekad 1930-an dan 1940-an . [4 ]

(b) jelaskan dengan memberikan contoh empat persoalan yang diperkatakan dalam genre cerpen dekad 1930-an dan 1940-an .[12]

(c) huraikan tiga faktor yang menimbulkan kesedaran golongan di atas terhadap persoalan yang diperkatakan dalam genre cerpen. [9]

Rangka Jawapan:

(a) nyatakan dua golongan penulis,

(i). Golongan penulis guru (1 markah)

(ii). Golongan penulis wartawan (1 markah)

namakan dua tokoh penulis dekad 1930-an dan 1940-an .

(i). Ishak Hj. Muhammad (1 markah)

(ii). Abd. Rahim Kajai (1 markah)

(iii). Muhammad Yassin Maamor (1 markah)

(iv). Muhammad Dahlan Masud (1 markah)

(v). Harun Muhammad Amin (1 markah)

(b). empat persoalan yang diperkatakan dalam genre cerpen dekad 1930-an dan 1940-an

Fakta 1 : Persoalan moral

Huraian/contoh: Merangkumi soal-soal lain seperti kebaikan berbudi bahasa, sabar, murah hati, jujur , kesetiaan , kehidupan masyarakat tempatan, keruntuhan/ kepincangan/ pengaruh barat dan sebagainya. Antara cerpen yang membawa persoalan moral ialah, Gelombang Hidup oleh Yusof Adil, Menyelam Di Lautan Percintaan, Hantu Judi atau Isteri yang Berbakti, Salah sendiri dsb.

Fakta 2 : Persoalan Kebebasan sosial

Huraian/contoh: Ianya dipersoalkan dengan meluas terutama ketika masyarakat Melayu bertembung dengan pengaruh budaya barat, isu ini merangkumi aspek kebebasan memilih jodoh dan mengatur kehidupan rumahtangga. Antara cerpen yang memperkatakan tentang persoalan ini ialah Tanggungan Muda , Kesedihan Perkahwinan Paksa, Meracun Pertemuan, Sampaikan Salamku Kepadanya dan Kerana Ringgit Bercerai Kasih.

Fakta 3: Persoalan pelajaran / pendidikan

Huraian/contoh: Kesedaran tentang betapa pentingnya pendidikan kepada orang Melayu/kesedaran mendidik anak bangsa dengan pelajaran / pelajaran agama. Antara cerpen yang memperkatakan persoalan ini ialah “Berpantang Mati Sebelum Ajal” oleh Muhammad Dahlan Masud. “Hindun Seorang Murid Yang Miskin” atau “Isteri Yang Berbahagia atau Ibu Yang Berjasa”.

Fakta 4: Persoalan Nasionalisme/semangat cintakan tanahair.

Huraian/contoh: Sikap anti penjajah/kebencian terhadap penjajah yang menganaktirikan pribumi, kesedaran tentang nasib bangsa yang tertindas di bumi sendiri, ketidakpuasan hati terhadap penjajah/keinginan untuk memerdekakan tanahair. Antara cerpen-cerpennya ialah “Rumah Besar Tiang Sebatang” oleh Ishak Hj. Muhammad “Anak Dibuat Denak” , “Disini Kita Bukannya Orang Dagang”

Fakta 5:Persoalan Ekonomi

Huraian/contoh: Kecurigaan masyarakat pribumi terhadap kaum pendatang/mendedahkan kelemahan/kedudukan ekonomi orang Melayu yang jauh ketinggalan. Kesedaran tentang perlunya perubahan sikap orang Melayu terhadap ekonomi / penglibatan orang Melayu dalam ekonomi. Antara cerpen” Dari Perangkap ke Penjara, kemudian lalu ke syurga”-Ishak Hj.Muhammad. “Dolly, Bidadari Dari Shanghai” dan “Cerita Awang Putat”

Fakta 6: Persoalan Bercorak pengembaraan dan detektif

Huraian/corak: Gambaran tentang pengembaraan/perjalanan manusia ke angkasa/kisah-kisah/pengalaman-pengalaman negeri antara cerpennya “Panglima di Rimba, “Terbang ke bulan” “Pelayaran yang Dahsyat”

Fakta 7: Persoalan kelucuan / jenaka

Huraian/contoh: Sifat/perangai manusia yang menimbulkan kelucuan/kebodohan yang ada pada setengah-setengah mereka. Bertujuan untuk memberi hiburan tetapi pada masa yang sama terselit sindiran-sindiran yang tajam antara cerpennya “Bodoh Mengena” , “Tipuan Yang Hendak Mengenyangkan Perut dan Menghilangkan Dahaga”, “Mengangguk Kepala Kerana Penyakit”

(c). tiga faktor yang menimbulkan kesedaran golongan di atas terhadap persoalan yang diperkatakan dalam genre cerpen.

Fakta 1: Kesedaran tentang pengaruh barat / moden membawa keburukan

Huraian/contoh: Unsur-unsur negatif yang dibawa masuk oleh pengaruh barat, menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak ./ moral di kalangan penduduk tempatan. Dolly Bidadari Dari Shanghai.

Fakta 2: Kesedaran tentang sikap kaum pendatang yang buruk / menipu/menjahanamkan masyarakat pribumi.

Huraian/contoh: Golongan pendatang sama ada DKK atau DKA yang mengambil kesempatan menipu dan cuba menjahanamkan masyarakat Pribumi seperti cerpen Awang Putat.

Fakta 3: Kesedaran tentang dasar pendidikan barat/sekolah Inggeris

Huraian/contoh: pihak penjajah yang tidak membuka ruang untuk pribumi menguasai ilmu. Hindun Seorang Pelajar Yang Miskin.

Fakta 4: Kesedaran tentang kelalaian dalam ilmu agama

Huraian/contoh: Masyarakat melayu yang mudah terjebak dengan gejala negatif yang meruntuhkan akhlak/pergaulan bebas. Bertukar Agama Kerana Cinta.

Fakta 5:Kesedaran kebangsaan/ politik orang Melayu

Huraian/contoh: Orang Melayu mulai sedar sikap penjajah yang lebih mengutamakan kaum pendatang hingga menyebabkan orang Melayu tertinggal dan terbiar.

Fakta 6: Kesedaran tentang orang Melayu yang jauh ketinggalan dari segi ekonomi.

Huraian/contoh: Penguasaan ekonomi oleh kaum pendatang yang lebih diutamakan oleh penjajah menyebabkan orang Melayu mundur dan miskin.

Faktor-Faktor Perkembangan Genre Cerpen

Zaman Sebelum Perang (1920-an hingga 1940-an)

Faktor :Perkembangan alat Cetak

Pemodenan dalam alat cetak membuka ruang kepada perkembangan akhbar dan Majalah yang merupakan wadah utama bagi genre cerpen pada era sebelum perang.

Sepanjang tempoh 1920 hingga 1941 sebanyak 734 buah cerpen mengisi ruang sastera dalam akhbar dan majalah Melayu pada era tersebut.

(Ruj:Othman Puteh: Pertumbuhan dan perkembangan Cerpen Melayu Moden Sebelum Perang Dunia Kedua. Hlm.156)

Faktor: Penglibatan Institusi penerbitan / Akhbar dan Majalah

Syarikat-syarikat penerbitan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan akibat daripada perkembangan alat cetak menjadi cukup signifikan dengan perkembangan genre cerpen.

Sepanjang tempoh 1896 hingga 1940 sebanyak 153 buah akhbar dan majalah diterbitkan dan 147 daripadanya berbahasa Melayu dan 64 buah daripadanya menyiarkan cerpen. Antara surat khabar dan majalah yang terpenting yang menyiarkan cerpen ialah Majalah Guru, Warta Jenaka, Warta Ahad, Utusan Zaman dan Mastika.

Faktor: Perkembangan Sistem Pendidikan (Agama dan Sekular)

Perkembangan sistem pendidikan menerusi sekolah-sekolah Melayu / agama memberi lebih ruang kepada orang Melayu belajar menulis dan membaca .

Penubuhan Sultan Idris Training College (SITC) di Tanjung Malim, Perak menjadi pemangkin dalam perkembangan genre sastera. Ini berikutan terbentuknya Pejabat Karang Mengarang (PKM) yang memberi tunjuk ajar dan latihan menulis kepada guru-guru Melayu dalam penulisan karya-karya kreatif termasuklah genre cerpen. Hasilnya ramai kalangan lepasan SITC terlibat secara langsung dalam perkembangan genre cerpen antara mereka ialah, Yusof Adil, Pungguk, Kasmani Hj. Arif, Harun Muhammad Amin, Abdullah Yahya, Yusof Arshad dan Abdullah Sidek.

Faktor: Pertembungan Kebudayaan Timur dengan Kebudayaan Barat

Pengarang-pengarang yang lahir pada era ini melihat pengaruh buruk dan gejala negatif boleh membawa keburukan bagi survival orang Melayu.

Senario ini telah mendorong mereka berkarya bagi memberi kesedaran kepada orang Melayu hasilnya terhasillah cerpen-cerpen yang membawa persoalan tentang Persoalan moral yang turut menyentuh soal-soal keruntuhan akhlak kesan pengaruh budaya barat

Faktor: Dasar penjajah / modenisme barat dengan membawa masuk imigran dari China dan India.Kemasukan mereka ke tanah Melayu yang dibawa oleh orang Inggeris telah mencetuskan banyak permasalahan bagi orang Melayu khususnya dari aspek ekonomi.Fenomena sosial ini telah mendorong kalangan pemuda-pemuda Melayu yang juga terdiri daripada penulis-penulis cerpen memperkatakan isu ini dalam karya-karya mereka sebagai memberontak terhadap cara hidup mereka yang menyebabkan orang Melayu menjadi mundur.

Faktor: Pertambahan bilangan penulis (Kesan langsung pertambahan bilangan akhbar dan majalah)Peningkatan ini berlaku kerana akhbar dan majalah yang menyediakan ruangan khas bagi cerpen memerlukan ramai penulis bagi mengisi ruangan tersebut.Sepanjang tahun 1920-an seramai 42 orang penulis muncul namun pada tahun 1930-an seramai 216 orang penulis cerpen telah dapat dikesan.

(Ruj: Hashim Awang: Cerpen-cerpen Melayu Sebelum Perang Dunia kedua. Hlm: 7)

Faktor: Perubahan Gaya Hidup Moden / Pengaruh urbanisasi(bandar)

Kalangan penulis guru dan wartawan yang berhijrah ke kota-kota , mereka prihatin terhadap segala perubahan yang menjelikkan akibat urbanisasi.Perubahan-perubahan yang berlaku menyebabkan mereka pancarkan melalui genre cerpen antaranya cerpen “Menyelam di Lautan Percintaan” dan “Gelombang Hidup” Yusof Adil

“Salah Sendiri” oleh Penulis Khas Tanjong Malim (Harun Aminurashid) “Hantu Judi atau Isteri Yang Berbakti”-(tanpa nama pengarang)

Faktor: Perubahan Gaya Hidup Yang Bertentangan dengan ajaran Islam

Gaya hidup barat yang mulai menular di kalangan muda-mudi bandar serta pengaruh pendakwah-pendakwah kristian amat mengusarkan penulis-penulis cerpen

Kebimbangan ini mereka salurkan melalui cerpen-cerpen berikut antaranya,”Siapa Salah” oleh Melati Sarawak, “Bertukar Agama Kerana Cinta” oleh Abdul Rahman Hj.Ahmad dan “Tercabut Iman Kerana Cinta” oleh Penulis Khas Tanjong Malim.

Faktor: Perkembangan Politik dan kebangkitan semangat nasionalisme

Tertubuhnya pertubuhan-pertubuhan politik Melayu dan kesedaran kebangsaan juga turut mempengaruhi perkembangan genre cerpen.Secara seriusnya persoalan ini diperkatakan lewat tahun 1930-an,antara penulis cerpen yang prolifik ialah Ishak Hj. Muhammad antara cerpennya ialah “Anak Dibuat Denak”, “Amin! Kepada Encik Amin dan Cik Aminah” dan “Istana Berembun”.

Contoh Soalan dan cadangan skema : (Soalan Klon STPM 2005)

Persoalan Nasionalisme dan Ekonomi

“Persoalan nasionalisme dan ekonomi dalam karya-karya awal Kesusasteraan Melayu moden telah pun bermula sejak tahun1930-an”.

Berdasarkan pernyataan di atas,

a. Nyatakan dua golongan penulis yang terlibat dalam membawa persoalan di atas serta berikan nama dua tokoh tersebut. [ 4 ]

b. Jelaskan dengan memberikan contoh, dua bentuk persoalan ekonomi dan dua bentuk persoalan nasionalisme pada tahun 1930-an. [12]

c. Huraikan tiga faktor yang menyebabkan persoalan nasionalisme dan Ekonomi diperkatakan dalam karya-karya sastera tahun 1930-an. [ 9 ]

Rangka Jawapan:

(a). dua golongan penulis yang terlibat dalam membawa persoalan di atas serta berikan nama dua tokoh tersebut.

Golongan Penulis

i. Penulis Guru (1 markah)

ii. Penulis Wartawan (1 markah)

Nama tokoh

i. Muhammad Yassin Maamor (1 markah)

ii. Ishak Hj. Muhammad (1 markah)

(b). dua bentuk persoalan ekonomi dan dua bentuk persoalan nasionalisme pada tahun 1930-an.

(i) dua bentuk persoalan ekonomi

Fakta 1: Kelemahan ekonomi orang Melayu

Sikap penjajah yang lebih mengutamakan kaum pendatang sehingga mereka menjadi kaum yang menguasai ekonmi di Tanah Melayu menimbulkan perasaan curiga dan kebencian Orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu mengganggap kedatangan kaum pendatang terutama orang cina adalah untuk membolot ekonomi Tanah Melayu.Cerpen-cerpen Dari Perangkap ke penjara, kemudian Lalu ke Syurga, Dolly Bidadari dari Shanghai karya Ishak Hj.Muhammad mengemukakan persoalan dia atas.

Fakta 2: Penipuan orang bukan Melayu

Kelicinan orang-orang bukan Melayu di dalam kegiatan ekonomi, mereka menggunakan tipu muslihat dalam mempengaruhi para pembesar untuk memperolehi hak dan kekayaan di Tanah Melayu. Cerpen ”Cerita Awang Putat” karya Abd. Rahim Kajai yang mengisahkan seorang DKK, Cikgu Majid Syah yang bersekongkol dengan Ah Kau untuk menipu dan menguasai ekonomi tetapi akhirnya disedari oleh Awang Putat.

Fakta 3: Kebaikan berkerja sendiri / perniagaan

Kegiatan bertani, berniaga dan membuka perusahaan-perusahaan lain juga diberi penekanan dan sekiranya ia dijalankan dengan baik maka pendapatannya adalah jauh lebih baik daripada kerja makan gaji. Cerpen Jangan Berharapkan Makan Gaji, (Warta Ahad, 28 Feb. 1937) karya Abang Port Swettenhem. Mengisahkan kelebihan kerja sendiri.

Fakta 4: Sikap orang Melayu yang boros dan membazir.

Kebiasaan orang-orang Melayu mengamalkan berbelanja banyak dan membazir ketika mengadakan majlis-majlis kenduri atau nikah kahwin. Antara cerpen-cerpen yang memperkatakan persoalan ini ialah ”Seorang Ahli Perkebunan Dengan Anak-Anaknya” (Masa Jun-Nov, 1927) karya Zabha Ch.s yang mengisahkan tentang Si suami yang mahu mengadakan majlis perkahwinan anaknya secara sederhana, tetapi isterinya mahu mengadakan majlis secara besar-besaran.

Fakta 5: Sikap golongan raja / pembesar yang sanggup mengkhianati bangsa.

Golongan raja / pembesar Melayu yang mudah diumpan dengan wang ringgit oleh kaum pendatang yang hendak menguasai ekonomi Tanah Melayu terutamanya untuk dapat tanah-tanah lombong. Cerpen :Tengku Achar Diraja Paku Alam” karya Abu Bakar Ali, mengisahkan sikap pembesar Melayu ynag mudah dipergunakan oleh kaum pendatang.

(b). dua bentuk persoalan nasionalisme

Fakta 1: Sikap yang anti / bencikan penjajah.

Sikap tersebut terjelma kesan daripada perkembangan Politik di tanah Melayu antaranya tertubuhnya Kesatuan Melayu Muda tahun 1937, walau bagaimanapun sikap itu Dilahirkan dalam bentuk sindiran yang tidak begitu tegas namun sikap yang lebih jelas dan berani hanya dikemukakan Oleh Ishak Hj. Muhammad dalam cerpennya bertajuk “Rumah Besar Tiang Sebatang” iaitu katanya “Orang putih sangat sombong dan khianat”

Fakta 2: Keinginan hendak membebaskan / memerdekakan tanah air

Sikap penjajah yang menekan pribumi(pemerintahan) kaum pendatang yang menguasai ekonomi negara kesannya menyedarkan anak bangsa untuk membebaskan tanah air dari terus dijajah oleh penjajah. Judul Karya: Cerpen Cermin Pergaulan Hidup oleh Shamsuddin Salleh mengisahkan kesedaran anak bangsa tentang kaum pendatang yang diberi peluang oleh British sehingga menguasai ekonomi Tanah Melayu.

Fakta 3: Seruan untuk bersatu padu untuk menyingkirkan penjajah

Seruan semangat nasionalisme yang dilakukan melalui tulisan di akhbar dan majalah agar semua bangsa Melayu bersatu padu bagi menyingkirkan penjajah dari Tanah Melayu

Contoh:Judul Karya: “ Nasib Pengarang Muda Penulis: Muhammad Yassin Maamor

Ulasan:menceritakan tentang Ajmain seorang nasionalis yang giat menulis tentang semangat kebangsaan orang-orang Melayu dengan menyeru mereka agar bersatu padu dan dia kemudian dihukum buang negeri ke Hong Kong selama 10 tahun.

Fakta 4: Ancaman dalam bidang ekonomi yang boleh mengugat orang Melayu.

Sikap penjajah yang lebih mengutamakan kaum pendatang sehingga mereka menguasai ekonomi Tanah Melayu, menyebabkan orang Melayu mulai sedar tentang ancaman dan boleh mengugat ekonomi Orang Melayu. “Dolly Bidadari Shanghai” Utusan Zaman 24 Ogos – 21 September 1940 Ishak Hj. Muhammad watak Dolly yang telah menjadi alat orang-orang Cina untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu menerusi para pembesar Melayu yang dungu.

Fakta 5: Kritikan terhadap golongan pembesar-pembesar Melayu yang mengkhianati bangsa.

Sikap raja-raja dan para pembesar Melayu yang mengutamakankKepentingan peribadi tanpa mempedulikan nasib anak bangsa dilihat sebagai perbuatan khianat terhadap anak bangsa sendiri Cerpen Anak Dibuat Denak oleh Ishak Hj.Muhammad kisah Datuk Getah Para yang bersekongkol dengan tauke Tong Sam Pah membuka ladang getah demi kepentingan peribadi tanpa mengira nasib anak bangsanya.

Contoh Soalan dan Cadangan Skema jawapan:

1. Pada tahun 1920-an dan 1930-an , persoalan yang dikemukakan oleh golongan penulis genre cerpen tidaklah memperlihatkan garapan persoalan yang besar, namun soal kebebasan sosial yang ditimbulkan kesan dari pertembungan Kebudayaan Timur dan Kebudayaan Barat jelas mendapat perhatian penulis cerpen pada era tersebut.

Berdasarkan petikan di atas,

a). Berikan nama dua penulis dan contoh karya mereka yang memperkatakan persoalan kebebasan sosial. [4]

b). Huraikan dengan memberikan contoh empat persoalan kebebasan sosial dalam cerpen-cerpen Melayu tahun 1920-an dan 1930-an. [12]

c). huraikan tiga faktor yang menimbulkan kesedaran golongan penulis cerpen berhubung dengan persoalan kebebasan sosial [9]

a). Berikan nama dua penulis dan contoh karya mereka yang memperkatakan persoalan kebebasan sosial.

nama dua penulis contoh karya

i. Muhammad Yusof Ahmad - Mencari Isteri

ii. Yusof Adil - Gelombang Hidup

iii. Muhammad Yusof Arshad - Hantu Judi @ Isteri Yang Berbakti

iv. Muhammad Yassin Maamor - Tanggungan Muda

v. Abd. Rahim Kajai - Jamil dan Jamilah

Taburan markah:

1 markah nama penulis dan 1 markah karya

2 isi x 2 markah = 4 markah

b). Huraikan dengan memberikan contoh empat persoalan kebebasan sosial dalam cerpen-cerpen Melayu tahun 1920-an dan 1930-an

Fakta 1: Kebebasan untuk memilih pasangan hidup sendiri.

Huraian/Contoh: Pengarang cerpen pada era tersebut cuba membawa isu tentang golongan muda seharusnya diberi peluang untuk berkenal-kenalan dan menjalinkan hubungan percintaan barulah membina ikatan perkahwinan supaya hidup mereka lebih bahagia. Antara contoh cerpen yang membawa persoalan ini ialah cerpen Jamil dan Jamilah karya Abd. Rahim Kajai siaran Bil. 5, 19 Okt. 1936, Warta Jenaka.

Fakta 2: Persoalan Perkahwinan Paksa

Huraian/Contoh: Masyarakat Melayu pada era ini masih berpegang teguh dengan adat resam, termasuklah soal jodoh anak-anak yang ditentukan oleh ibubapa. Anak-anak terutama anak gadis akan dipaksa berkahwin untuk tujuan-tujuan seperti mendapat kekayaan dan pangkat. Cerpen Kesedihan Perkahwinan Paksa dan cerpen ”Kerana Ringgit Bercerai Kasih”oleh Pungguk atau Muhammad Yassin Makmur.

Fakta 3: Percintaan muda-mudi yang berlainan agama.

Huraian/Contoh:Kehadiran para imigran ke Tanah Melayu telah menjadikan negara ini terdiri dari pelbagai kaum. Situasi ini memberi idea kepada penulis untuk memaparkan persoalan percintaan golongan muda-mudi yang berlainan agama. Cerpen ”Mencari Isteri” (Majalah Guru, 1 Ogos 1928-1 Mei 1932) oleh Muhammad Yusof Ahmad yang mengisahkan percintaan antara Ramli dengan gadis Tionghua iaitu Yap Ah Moi.

Fakta 4: Kehidupan kota yang menjijikkan

Huraian/Contoh: Kehidupan kota yang moden, yang dipengaruhi oleh barat dengan pelbagai masalah sosial yang negatif, seperti pergaulan bebas, perjudian, perempuan kabaret, arak dan sebagainya. Memberi kesedaran golongan penulis untuk memperkatakan isu ini, cerpen Gelombang Hidup (Bulan Melayu, Mei 1931) oleh Yusof Adil. ”Hantu Judi atau Isteri Yang Berbakti (Warta Kinta, 24 Disember 1937) oleh Muhammad Yusof Arshad. Cerpen Hantu Arak (Majalah Cerita, Januari 1939) oleh Yahya Yusof.

Fakta 5: Pengaruh agama kristian di kalangan orang Melayu

Huraian/Contoh: Kecenderungan mubaligh kristian untuk mempengaruhi orang Melayu untuk memeluk kristian menyedarkan golongan penulis cerpen untuk memperkatakan isu ini antara cerpen yang memperkatakan persoalan ini ialah ”Salah Siapa?” (Warta Malaya, 28 Feb – 3 Mac 1938) oleh Melati Sarawak. ”Bertukar Agama Kerana Cinta”(Warta Malaya 14 Mac 1938) oleh Abd. Rahman Hj. Ahmad- yang mengisahkan tentang Abd. Fatah yang bercinta dengan Miss Emilia dan akhirnya bertukar agama menjadi penganut kristian dengan menggunakan nama Mr.Mad.

Fakta 6: Peristiwa kehidupan rumahtangga / keharmonian.

Huraian/Contoh: Kerukunan rumahtangga tidak mungkin tercapai tanpa perasaan kasih sayang antara suami isteri. Tanpa persefahaman dan timbang rasa mungkin perkahwinan akan bermasalah sama ada akibat perbuatan suami yang tidak jujur atau isteri yang terlalu cemburu dan akhirnya ia membawa kepada penceraian. Antara cerpen yang membawa persoalan rumahtangga ialah cerpen” Isteri” (Bulan Melayu, Mac –April 1931) oleh Yusof Adil. ”Apa Boleh Buat Talak Sudah Gugur (Warta Jenaka, 25 Nov 1937) oleh Abd. Rahim Kajai.

c). huraikan tiga faktor yang menimbulkan kesedaran golongan penulis cerpen berhubung dengan persoalan kebebasan sosial

Fakta 1: Peranan akhbar dan Majalah

Huraian/Contoh :Akhbar dan majalah yang muncul pada era ini seperti cendawan selepas hujan yang menyediakan ruangan khas untuk cerpen memberi peluang kepada para penulis menulis dan memperkatakan persoalan yang berkaitan dengan kebebasan sosial. Antara akhbar dan majalah yang prolifik menyiarkan cerpen ialah Warta Jenaka, Warta Ahad , Majalah Guru dan lain-lain.

Fakta 2: Kesedaran tentang perubahan sosio-ekonomi orang Melayu

Huraian/Contoh: Perubahan sosio ekonomi orang Melayu kesan pengaruh modenisasi barat telah membawa gejala negatif yang bertentangan dengan adat dan ajaran Islam, telah menyedarkan golongan penulis untuk memperkatakan persoalan kebebasan sosial.

Antaranya Muhammad Yusof Arsad dan lain-lain.

Fakta 3: Perlunya kebebasan untuk memilih jodoh.

Huraian/Contoh: Kehidupan orang Melayu yang dikongkong oleh adat dan peraturan-peraturan yang dirasakan lapuk dan tidak sesuai dengan keadaan semasa, khususnya soal jodoh anak-anak dimana ibubapa menentukan jodoh anak-anak mereka. Kesannya golongan penulis cerpen turut memperkatakan isu in seperti dalam cerpen Kesedihan Perkahwinan Paksa.

Fakta 4: Kebimbangan terhadap kehidupan kota yang bebas / gejala negatif

Huraian/Contoh: Kemodenan yang dibawa oleh barat turut membawa bersama pengaruh dan gejala yang negatif seperti pergaulan bebas, judi , arak dan sebagainya yang meninggalkan kebimbangan di kalangan penulis pada masa itu.

Fakta 5: Pengaruh agama kristian yang semakin menular di kalangan orang Melayu.

Huraian/Contoh: Kegiatan para mubaligh kristian yang semakin aktif menyebarkan ajaran kristian membimbangkan golongan penulis yang juga terdiri dari kalangan guru, mendorong mereka memperkatakan persoalan kebebasan sosial dalam karya-karya mereka.

Contoh Soalan dan cadangan skema

Perkembangan genre Novel Zaman Sebelum Perang.

Bincangkan persoalan emasipasi wanita dalam novel-novel sebelum perang. [25]

(Soalan percubaan negeri Melaka tahun 2004)

Fakta

Huraian

Contoh

1. Keinginan kaum wanita untuk mendapat kebebasan

sosial

Kebebasan bergaul, bercakap bersuara serta menyertai masyarakat dalam kerja-kerja amal di luar rumah

1. Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh Al-Hadi

2. Iakah Salmah?

oleh Ahmad Rasyid Talu

2.Keinginan untuk

mendapat hak yang sama rata dengan kaum lelaki

Golongan wanita mahu mereka diberi hak sama dengan lelaki tidak lagi hanya berada di rumah

1. Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh Al-Hadi

2. Iakah Salmah?

oleh Ahmad Rasyid Talu

3. Keinginan kaum wanita untuk menentukan jodoh

sendiri

Golongan wanita juga mahu mereka diberi peluang untuk menentukan pasangan hidup sendiri

1. Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh Al-Hadi

2. Iakah Salmah?

oleh Ahmad Rasyid Talu

4.Menentang perkahwinan paksa di kalangan anak gadis

Perkahwinan paksa turut diberi perhatian kerana ianya memberi kesan kepada kehidupan wanita.

1.Bidadari Tanah Melayu oleh Raja Mansur

2.Senyuman Pemuda oleh Muhammad Isa Mahmud

5. Keinginan kaum wanita

diberi peluang untuk

menerima pelajaran &

pendidikan

Golongan wanita mahu mereka juga diberi peluang untuk mendapat pelajaran dan pendidikan sehingga ke peringkat yang paling tinggi setaraf dengan lelaki

1. Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh Al-Hadi

2. Iakah Salmah?

oleh Ahmad Rasyid Talu

6. Keinginan kaum wanita untuk berganding bahu dengankaum lelaki membantu membangunkan negara

Wanita juga berhasrat menyumbangkan tenaga dan wang ringgit bagi membangunkan negara

1. Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh Al-Hadi

-Faridah telah menderma sebahagian hartanya untuk tujuan pembiayaan pembinaan sekolah kanak-kanak perempuan

7. Kekuatan dan keazaman

kaum wanita dalam

menempuhi kehidupan

moden

Wanita juga bersedia menghadapi kehidupan moden yang penuh dugaan dan cabaran.

1. Iakah Salmah?

oleh Ahmad Rasyid Talu

-Watak Salmah yang dicemuh masyarakat kerana telah menerima cara hidup moden melalui pergaulan dan caranya berpakaian.

2. Tokoh Penulis- (Soalan terakhir ialah pada 2002)

2.1 Tokoh lama ( tokoh Zaman Sebelum Perang)

i. Muhammad Yassin Maamor (Pungguk)

ii. Abd. Rahim Kajai

iii. Ishak Hj. Muhammad

Contoh Soalan dan cadangan Skema

1. Muhammad Yassin Maamor merupakan antara tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan Kesusasteraan Melayu moden. Bincangkan

(a) Tiga aspek latar belakang dan pendidikan beliau [ 9]

(b) Empat sumbangan beliau kepada perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden dan pembaharuan dalam genre puisi. [16]

Skema jawapan:

Ceraian (a) Tiga aspek latar belakang dan pendidikan beliau

latar belakang

Fakta 1: Lahir pada 18 September 1910

Fakta 2: Dilahirkan di Brickfield, Kuala Lumpur.

Fakta 3: Meninggal dunia pada 3 Julai 1971.

Fakta 4: Menggunakan beberapa nama samaran antaranya Keris Melayu, Malim Deman, Pengarang, Pensil Biru, Pujangga , Tanah Emas dan Pungguk.

Fakta 5: Beliau pernah menjadi buruh, penoreh getah, guru penolong, guru besar, guru pelawat, wartawan dan sidang pengarang.

Fakta 6: pernah dipenjarakan selama setahun kerana penglibatannya dalam kegiatan politik ketika menganggotai KMM.

Pendidikan

Fakta 7: Pada tahun 1918 mula bersekolah di Sekolah Melayu Petaling

Fakta 8: Belajar di Sekolah Melayu Batu Belah ketika mengikut ibunya.

Fakta 9: Pernah belajar di Sekolah Melayu Beranang ketika mengikut abangnya.

Fakta 10: Beliau juga pernah mendapat pendidikan agama di Sekolah Agama di Beranang.

Fakta 11: Persekolahan akhirnya ialah di Sekolah Ulu Gombak.

Fakta 12: Lulus cemerlang darjah V ketika di Sekolah Ulu Gombak.

Fakta 13: Pada tahun 1929 – 1931 berjaya menyambung pelajaran di Sultan Idris Training College (Maktab Perguruan Sultan Idris), Tanjong Malim.

Fakta 14: Pernah memenangi hadiah pertama peraduan mengarang pantun berkait tentang adat Melayu yang dianjurkan oleh Tuan Sherferd pada tahun 1930.

Ceraian (b) Empat sumbangan beliau kepada perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden dan pembaharuan dalam genre puisi.

Fakta 1: Memulakan tradisi penulisan kritikan yang bermula pada tahun 1935 menggunakan nama samaran Keris Melayu.

Huraian/Contoh: Menganalisa secara kritis berdasarkan keupayaan ilmiah zamannya tentang isi dan gaya bahasa.

Beliau telah memperkatakan tentang karya Tun Seri Lanang (Sejarah Melayu) dan Abdullah Munsyi (Hikayat Abdullah Munsyi) yang telah disiarkan dalam Majalah Guru keluaran 1 Julai 1935.

Fakta 2: Memulakan Penyiaran penulisan sajak dalam Majalah Guru ketika menjadi ketua pengarang pada tahun 1934 – 1938.

Huraian/Contoh: Beliaulah orang yang nmenjadikan genre sajak berkembang dengan menjadikan sajak sebagai genre tetap dalam penerbitan Majalah Guru.

Sajak Pujukan Hati tulisan beliau sendiri dengan menggunakan nama samaran Pungguk telah disiarkan pada Mac 1934.

Fakta 3: Turut menceburkan diri dalam penulisan genre cerpen sejak 1934 hingga 1941.

Huraian/Contoh: Sepanjang penglibatannya dalam penulisan genre cerpen beliau telah berjaya menghasilkan sebanyak 21 buah cerpen yang telah disiarkan dalam pelbagai penerbitan seperti Warta Jenaka, Warta Ahad dan Malah Guru. Kebanyakan cerpen penulisan beliau bertemakan tentang cinta, kahwin paksa, moral , pengaruh moden, soal politik, ekonomi dan nasionalisme. Antara cerpen-cerpen yang ditulis oleh beliau ialah

Fakta 4: Beliau turut menulis novel

Huraian/Contoh: Walau bagaimanapun sepanjang penglibatannya dalam dunia penulisan beliau hanya berjaya menulis sebuah novel sahaja yang dihasilkannya pada tahun 1936 dengan ketebalan 120 muka surat sahaja. Novel yang dihasilkannya bertajuk Suka dan Duka yang bertemakan kahwin paksa yang merupakan isu yang cukup signifikan dengan zamannya.

Fakta 5: Dianggap pelopor dalam penulisan sajak.

Huraian/Contoh: Menurut pengkaji sejarah kesusasteraan melayu beliau adalah pelopor dalam penulisan puisi baru yang bentuknya bebas dan tidak terikat dengan penulisan puisi tradisional. Pada tahun 1933 beliau muncul dengan sajak yang bertajuk Di Tengah Segara yang telah disiarkan dalam Majalah Guru keluaran Disember 1933.

Fakta 6: Bentuk puisi yang ditulisnya sudah berbentuk bebas.

Huraian/Contoh: Puisi-puisi ciptaanya telah bebas dari bentuk puisi tradisional sama ada dari segi rima suku kata dan sebagainya. Antaranya sajak bertajuk Di Tengah Segara dan juga Pujukan Hati.

Ishak Hj. Muhammad merupakan tokoh sasterawan Melayu yang dianggap prolifik dalam menghasilkan karya-karya sastera zaman sebelum perang. Berdasarkan kenyataan tersebut. Jelaskan perkara-perkara berikut:

a. Latar belakang Ishak Hj. Muhammad [ 5]

b. Peranan beliau dalam sejarah Kesusasteraan Melayu Moden [10]

c. Keistimewaan karya beliau. [10]

Skema jawapan:

a. Latar belakang Ishak Hj. Muhammad

Fakta 1: Nama sebenarnya ialah Awang Ahmad bin Muhammad

Fakta 2: Dilahirkan pada 14 November 1909, di kampung Bukit Saguntang, Termeloh Pahang.

Fakta 3: Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Termeloh, melanjutkan pelajaran di sekolah Inggeris Kuala Lipis dan lulus School Certificate.

Fakta 4: Melanjutkan pelajaran di Malay College Kuala Kangsar

Fakta 5: Pernah berkhidmat sebagai pegawai pelatih Melayu di Temerloh, berkhidmat sebagai pemangku pegawai Daerah Bentong dan bertugas sebagai Hakim ketiga di Kuala Lumpur.

Fakta 6: Pernah menjadi guru bahasa Inggeris di Madrasah Hj. Taib, Muar

Fakta 7: Pernah berkhidmat sebagai wartawan dengan akhbar Warta Malaya, Utusan Melayu, Semangat Asia dan Fajar Asia serta pernah dilantik sebagai Ketua Pengarang akhbar Berita Malai.

Fakta 8: Menggunakan nama pena seperti Pak Sako, Hantu Raya, Isako San, Pak Pandir Moden dan Anwar.

Fakta 9: Dianugerahkan tokoh penulis Pahang.

b. Peranan beliau dalam sejarah Kesusasteraan Melayu Moden

Fakta 1: Sasterawan berpengalaman

Huraian/Contoh: Beliau telah berkecimpung dalam bidang kesusasteraan seawal tahun 1930-an. Terlibat secara langsung dalam pelbagai genre kesusasteraan antaranya genre novel dan cerpen .

Fakta 2: Penulis genre cerpen

Huraian/Contoh: Beliau penulis cerpen sebelum dan selepas perang yang prolifik dan penyedar masyarakat. Beliau telah berjaya menghasilkan 23 buah cerpen. Antara cerpen-cerpen beliau yang cukup signifikan dengan beliau ialah Anak Dibuat Denak, Istana Berembun, Rumah Besar Tiang Sebatang, Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang.

Fakta 3: Penulis Genre Novel

Huraian/Contoh: Beliau adalah antara penulis novel yang dianggap pelopor dalam memperkatakan persoalan berkaitan dengan nasionalisme. Antara novel beliau yang signifikan dengan persoalan tersebut ialah Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila.

Fakta 4: Penulis rencana dan Esei

Huraian/Contoh: Beliau mengendalikan ruangan pojok di akhbar-akhbar seprti Warta Malaya, Utusan Melayu dan juga Utusan Zaman. Antara rencana dan esei tulisan beliau ialah Setahun di Malay College, Tiga Tahun di Singapura, Sekolah Rakyat bagi bangsa kita.

Fakta 5: Penulis wartawan / Editor

Huraian/Contoh: Beliau dikategorikan sebagai antara penulis wartawan yang prolifik menghasilkan karya-karya sastera menerusi surat khabar. Ini sesuai dengan jawatannya sebagai orang yang terlibat dalam mengelolakan ruangan kreatif.

c. Keistimewaan karya beliau.

Fakta 1: Karyanya membawa persoalan nasionalisme

Huraian/Contoh: Karya cerpen dan novel yang dihasilkan oleh beliau dengan berani dan lantang memperkatakan isu / persoalan nasionalisme melalui penentangannya terhadap penjajah Inggeris yang dianggapnya menindas orang Melayu.

Cerpen Rumah Besar Tiang Sebatang dan Novel Putera Gunung Tahan.

Fakta 2:

Contoh bentuk Soalan Lain tentang tokoh (Kombinasi tajuk tokoh dan persoalan)

Ishak Hj. Muhammad merupakan antara tokoh penulis yang sangat terkenal dalam perkembangan kesusasteraan Melayu moden, khususnya memperjuangkan persoalan nasionalisme dalam karya-karya beliau.

Bincangkan sumbangan beliau dalam perkembangan kesusasteraan Melayu yang membawa persoalan nasionalisme pada dekad 1930-an dan 1940-an

(Klon STPM 2002).

Tokoh Abd. Rahim Kajai

Contoh soalan dan skema cadangan:

Ketokohan Abdul Rahim Kajai terserlah dalam penulisan genre cerpen sebelum perang dunia kedua, sesuai dengan profesionnya sebagai wartawan , beliau memperlihatkan kepekaannya sebagai wartawan dengan memerhati, melapor, mengupas, mengkritik dan menganalisis pola masyarakat dalam karya-karya cerpennya.

(Petikan dari Esei bertajuk ”Cerpen-cerpen Abdul Rahim Kajai: Pemikiran dan Aspirasinya oleh Amida@Hamidah Haji Abdul Hamid, DBP)

Berdasarkan kenyataan di atas bincangkan pemikiran dan isu sosial yang terdapat dalam karya-karya cerpen Abdul Rahim Kajai. [25]

Fakta 1: Kehilangan jati diri Melayu apabila digantikan dengan budaya barat.

Huraian/Contoh: Perubahan yang berlaku pada anggota masyarakat Melayu kesan dari pengaruh budaya barat yang bertentangan dengan budaya timur telah membimbangkan beliau lalu beliau luahkan menerusi cerpen beliau yang bertajuk ”Punggok Merindukan Bulan – Peperangan Moden dengan Adat Pepatih” (Mastika, September 1941 – Oktober 1941) yang mengisahkan perilaku keluarga Abdul Rauf yang terpesong daripada pola budaya Melayu dengan mengamalkan cara hidup barat menerusi sambutan hari jadi.

Fakta 2:Bangsa pendatang menindas mentaliti orang Melayu

Huraian/Contoh: Nasib bangsa Melayu menjadi lebih genting apabila kehadiran bangsa pendatang khususnya dari kalangan keturunan Arab dan India Muslim. Kaum pendatang yang bergerak aktif dalam perniagaan ini memberi tamparan hebat kepada kehidupan orang Melayu. Cerpen Buang Bangsa Buang Harta Keranamu Tuan, jelas memperlihatkan kepekaan Abdul Rahim Kajai tentang ketaksuban orang Melayu terhadap kaum pendatang.

Fakta 3: Orang Melayu mengagungkan status keturunan dan kekayaan

Huraian/Contoh: Ketaksuban orang Melayu terhadap keturunan kaum pendatang khususnya yang berketurunan Arab yang pada anggapan mereka perlu disanjung kerana mereka dikatakan dari kalangan orang yang baik-baik sehingga ada yang sanggup memaksa anak-anak mereka berkahwin dengan keturunan ini. Cerpen ” Cetera Harta, Cinta dan Roh Kebangsaan” (Utusan Zaman, 24 Disember 1939, 31 Disember 1939, 7 Januari 1940) yang mengisahkan Hj. Abd. Latif memaksa anaknya Salamiah berkahwin dengan Sayid Ambrus al-Mutaki dan lupakan kekasihnya iaitu Mas’ud.

Fakta 4: Bangsa Melayu perlu bersatu untuk memartabatkan kedaulatan bangsa.

Huraian/Contoh: Nasib orang Melayu juga terancam dengan kelicikan dan tipu muslihat kaum pendatang yang mahu mengaut keuntungan dengan melakukan pelbagai tipu muslihat. Cerpen ”Cerita Awang Putat” (Utusan Zaman 1 Nov 1941 – 8 Nov 1941) mengisahkan bagaimana Awang Putat menyeru orang-orang Melayu agar bersatu padu melalui penubuhan kedai kerjasama bagi mengatasi kelicikan tipu muslihat Ah Kau dalam perniagaan.

Fakta 5: Bangsa Melayu harus celik ekonomi dalam membangunkan bangsa.

Huraian/Contoh: Nasib orang Melayu yang mudah diperkotak-katikkan oleh kaum pendatang yang mengambil kesempatan diatas kemulian budi orang Melayu boleh ditebus menerusi celik ekonomi Cerpen ”Cerita Awang Putat” jela memaparkan celik ekonomi watak Awang Putat telah berjaya menyedarkan orang Melayu tentang kelicikan dan tipu muslihat kaum pendatang terutama orang Cina untuk mengaut keuntungan dengan menipu orang Melayu.

Fakta 5: Harapan agar orang Melayu berpandangan jauh (futuristik) bagi memajukan bangsa Melayu.

Huraian/Contoh: Masyarakat melayu jika hendak maju dan mencapai kejayaan seharusnya memberi penekanan kepada soal yang berkaitan dengan pelajaran dan sikap tolong menolong. Cerpen ” ”Punggok Merindukan Bulan – Peperangan Moden dengan Adat Pepatih” jelas memperlihatkan aspek pelajaran seharusnya dimanfaatkan oleh orang Melayu untuk kemajuan bangsa seperti yang dinyatakan oleh Cik Tiyana.

Fakta 6: Persoalan persamaan hak wanita untuk mendapat pendidikan

Huraian/Contoh: Pendidikan juga seharusnya diberikan kepada kaum wanita agar mereka juga boleh membantu kaum lelaki membangunkan negara dan kemajuan bangsa. Cerpen Buang Bangsa, Buang Harta Keranamu Tuan jelas dapat dijejaki persoalan itu menerusi syarahan Syarifah Bardiah yang menyeru kaum ibu supaya memberi penekanan terhadap pendidikan sama dengan kaum lelaki.

Fakta 7:Persoalan isu poligami

Huraian/Contoh: Poligami pada pandangan beliau sebagai penyelesai masalah yang melanda hati dan rumahtangga. Cerpen ”Cetera Hiburan Raya Aidilfitri” dan ”Air Sungai Kausar Disangka Racun” jelas membawa isu poligami, beliau melukiskan watak Cik Wan dan Ratna bersalam-salaman dengan muka yang manis .

Taburan markah:

1 isi = 5 markah (2 markah fakta , 1 markah huraian dan 2 markah contoh)

5 isi x 5 markah = 25 markah.

Tajuk-tajuk Utama

PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU ZAMAN SELEPAS PERANG

1. PERKEMBANGAN GENRE

- GENRE CERPEN

- GENRE DRAMA

ASPEK-ASPEK PENTING;

I. PERSOALAN YANG DIGARAP OLEH PENULIS

II. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

PERKEMBANGAN

III. PENGLIBATAN INSTITUTSI TERTENTU

2. TOKOH (PENERIMA ANUGERAH ASN)

- A.SAMAD SAID

- ABDULLAH HUSSIN

- ARENAWATI

- NORDIN HASSAN

3. INSTITUTSI

- ASAS 50

- DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

PERKEMBANGAN GENRE CERPEN SELEPAS PERANG

PERSOALAN:

1. DARURAT

2. EKONOMI

3. SINDIRAN TERHADAP GOLONGAN

TERTENTU.

4. POLITIK & NASIONALISME

5. KERUNTUHAN MORAL DAN MASALAH SEKS

6. PERPADUAN KAUM (STPM 2001)

7.INSTITUTSI KEKELUARGAAN

8. PEMBANGUNAN

9. PSIKOLOGI

Contoh soalan dan cadangan skema

PERSOALAN PEMBANGUNAN DALAM CERPEN-CERPEN TAHUN 1960-an.


Institutsi : Angkatan Sasterawan 50

Contoh Soalan dan Cadangan skema