Biodata

My photo
Bachok, Kelantan, Malaysia
Guru Cemerlang Kesusasteraan Melayu Moden STPM Panel Penggubal soalan percubaan peringkat negeri Pemeriksa Kertas Kesusasteraan Melayu STPM Penceramah Teknik Menjawab Kesusasteraan Melayu Kertas 2

Contoh Soalan Sajak Kunci oleh T.Alias Taib


Soalan 8
Jelaskan tema sajak di atas [4]
Huraikan gaya bahasa perulangan dan kesan penggunaannya dalam sajak di atas [12 ] Jelaskan pandangan penyajak terhadap kehidupan dalam sajak di atas [ 9 ]

_______________________________________________________________________
Skema Jawapan:
(a). Jelaskan tema sajak di atas

Fakta: Bertemakan kehidupan manusia / Pengalaman yang hidup yang ditempuhi

Kehidupan yang dilalui penuh suka dan duka
Kehidupan selalunya akan diselubungi pelbagai masalah
Kehidupan memerlukan usaha yang gigih untuk meneruskan kehidupan
Kehidupan yang dilalui penuh dengan tanda Tanya.

Fakta = 2 markah
Huraian/contoh: 2 markah
(4 markah)

(b) Huraikan gaya bahasa perulangan dan kesan penggunaannya dalam sajak di atas

Fakta 1: Asonansi
Huraian/contoh: Perulangan bunyi huruf-huruf vocal dalam baris yang sama, penggunaan nya meninggalkan kesan keindahan bunyi.
contoh: “kubiarkan seribu gabus duka”

Fakta 2: Aliterasi
Huraian: Perulangan bunyi huruf-huruf konsonan dalam baris yang sama, penggunaanya meninggalkan kesan keindahan bunyi dan menegaskan maksud yang hendak disampaikan.
Contoh: “makna harmoni di tengah inflasi”

Fakta 3: Anafora
Huraian: Perulangan perkataan di awal baris yang berulang secara berurutan, penggunaanya meninggalkan kesan penegasan maksud yang hendak disampaikan.
Contoh: makna makmur di tengah lapar
makna harmoni di tengah inflasi
makna mewah di tengah gundah.

Fakta 4: Perulangan frasa / rangkaikata
Huraian: Frasa / rangkaikata yang sama diulang beberapa kali dalam rangkap tertentu. Penggunaanya adalah bagi menegaskan maksud yang hendak disampaikan oleh penyajak.
Contoh: “Dengan seberkas kunci”

Fakta 5: Perulangan perkataan di tengah baris
Huraian: Perulangan perkataan yang sama pada tengah baris pada satu-satu rangkap sajak. Kesan keindahan dari segi penyebutan dan menegaskan maksud yang hendak disampaikan.
Contoh: makna makmur di tengah lapar
makna harmoni di tengah inflasi
makna mewah di tengah gundah.



Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 3 markah (1 markah fakta , 1 markah Huraian / kesan dan 1 markah contoh)
4 isi x 3 markah = 12 markah



(c).Jelaskan pandangan penyajak terhadap kehidupan dalam sajak di atas

Fakta 1: Hidup ada yang manis dan pahit /tidak semuanya indah / berliku
Huraian/contoh: Kehidupan manusia pasti akan melalui pahit manis sebagai sebahagian asam garam kehidupan.
kubuka seribu liang luka
yang sekian lama tertutup
kubiarkan seribu gabus duka
yang mengapung di dalam dada

Fakta 2: Kehidupan adalah harapan / impian untuk masa depan
Huraian/contoh: Kehidupan yang dilalui adalah harapan untuk menuju ke kehidupan yang sempurna / masa depan.
kumasuki seribu pintu berliku
yang berisi pula seribu
ratap dan harap yang tak terjawab

Fakta 3: Kehidupan insan penuh persoalan
Huraian/contoh: Persoalan dalam kehidupan adalah sebahagian dari rencah kehidupan bagi mematangkan manusia dalam menempuhi perjalanan hidup.
Dengan seberkas kunci di mata
kulihat seribu keajaiban
seribu teka-teki dan misteri hidup

Fakta 4: Kehidupan penuh misteri / teka teki / keajaiban / keanehan
Huraian/contoh: Keanehan dalam hidup sebahagian dugaan tuhan agar setiap insane dapat mencari jawapan untuk menemui kehidupan yang baik.
Dengan seberkas kunci di mata
kulihat seribu keajaiban
seribu teka-teki dan misteri hidup

Fakta 5: Kehidupan perlukan usaha / kegigihan
Huraian/contoh: Bagi meneruskan kehidupan setiap insan harus berusaha / gigih melakukan apa sahaj demi kelangsungan hidup.
umpamanya seorang buruh suatu petang
yang sedang membersihkan longkang
sebagai ganti daun kering dan kotoran
ia menyapu potongan-potongan nasib
serpihan-serpihan masa depan dan

Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3 markah (1 markah fakta dan 2 markah huraian/contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah.

2 comments:

ecikguwitz@yahoo.com said...

Salam sastera... terima kasih atas bahan ini... Bagaimanapun, tafsiran Tuan tentang sajak ini pada pendapat saya agak terpesong daripada makna sebenar sajak ini. Tuan tidak menyentuh tentang pendapat Vicente Huidobro yang ditulis sebagai permulaan sajak ini sedangkan inilah 'kunci' untuk memahami sajak ini. T.Alias Taib tidak memasukkan pendapat Huidobro itu tanpa maksud. Sajak ini ada kaitan dengan peranan penyajak mentafsir 'banyak rahsia' dalam kehidupan. Dengan kalimah dan kata-kata sebagai penyajak, T. Alias Taib memaksudkan bahawa dia menyingkap banyak rahsia dan misteri kehidupan. Terima kasih. Salam sastera.(ecikguwitz@yahoo.com)

saidateenarawi said...

thanks atas semua maklumat yang telah di keluarkan

Post a Comment