Biodata

My photo
Bachok, Kelantan, Malaysia
Guru Cemerlang Kesusasteraan Melayu Moden STPM Panel Penggubal soalan percubaan peringkat negeri Pemeriksa Kertas Kesusasteraan Melayu STPM Penceramah Teknik Menjawab Kesusasteraan Melayu Kertas 2

Kenangan Menduduki Peperiksaan PTK TK 52
Sesungguhnya pengalaman menduduki PTK TK 5 DG 52 merupakan pengalaman yang cukup bermakna dan bernilai. Sebenarnya apa yang saya lalui amat sentimental untuk dikongsikan dalam blog ini. Apa yang mengejutkan saya pada hari peperiksaan tersebut, saya menduduki peperiksaan PTK bersama dengan pengarah Pelajaran negeri Kelantan. Tuan Hj. Husin Awang yang menduduki peperiksaan untuk TK 6. Sesungguhnya syukur alhamdullilah keraana semuanya berjalan lanacar, keseluruhannya saya dapat menjawab soalan sama ada fungsional mahupun generik. Namun tak tajulah jawapan yang ditulis menepati kehendak pemeriksa ataupun tidak. TK 5 penilaiannya berasaskan peringkat sintesis, UUUHHH!! memang jawaban tu rasanya dah menepati aras tapi tak tahulah sejauhmana sebab semuanya bergantung persepsi pemeriksan yang memeriksa kertas jawapan tersebut.
Untuk rakan-rakan yang bakal menduduki PTK sama ada untuk TK 4 atau TK 5 harap bersedia dengan lebih awal serta carilah maklumat berkenaan dengan PTK agar nanti ianya akan membantu menangani stress terutama apabila nak menyiapkan tugasan individu serta maklumat tentang peperikisaan.Sesungguhnya ramai yang bersedia untuk membantu dalam kita menyiapkan tugasan individu dan mberdepan dengan peperiksaan. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada beberapa rakan yang telah membantu dan menyumbangkan idea untuk saya menyiapakn tugasan PTK baru-baru ini. Antaranya Pn. Fariza Nurbaya yang tak jemu-jemu mencurahkan pengalaman dan perkongsian ilmu, begitu juga dengan beberapa rakan dari kalangan guru cemerlang seperti cikgu Rohaida Abas, dari SMKA Naim Lilbanat, yang sanggup bersusah payah mencari bahan untuk rujukan jasamu teman hanya ALLAH jua yang membalasnya, muga ALLAH murahkan rezeki dan panjangkan umur dengan rahmah dan Ehsan. Tak lupa juga kepada Cikgu Aziz Mohammad dari SMK Zainab 1, yang banyak membantu berkongsi ilmu dan pengetahuan untuk menyiapkan tugasan PTK. Kepada rakan-rakan lain yang tak disebutkan namanya di sini terima kasih, Hanya ALLAH sahaja yang akan membalasnya.
Kepada teman-teman yang lain, jika ada sebarang kemusykilan tentang PTK TK 4 dan TK5 bolehlah meminta pandangan dan panduan daripada rakan guru cemerlang seperti yang saya nyatakan di atas. Muga-muga keputusan PTK akan memberikan kecerian kepada rakan-rakan yang lain.

0 comments:

Post a Comment