Biodata

My photo
Bachok, Kelantan, Malaysia
Guru Cemerlang Kesusasteraan Melayu Moden STPM Panel Penggubal soalan percubaan peringkat negeri Pemeriksa Kertas Kesusasteraan Melayu STPM Penceramah Teknik Menjawab Kesusasteraan Melayu Kertas 2

Untuk Bahagian Kritikan
Tumpuan harus diberikan pada bahagian pengenalan terutama yang melibatkan tajuk Definisi Kritikan,
Meliputi calon seharusnya dapat mengemukakan definisi bagi konsep kritikan iaitu, elemen seperti menganalisa teks menggunakan pendekatan tertentu, menentukan nilai serta dapat menyatakan tentang kelebihan dan juga kekuatan sesebuah teks.
Ciri-ciri Kritikan juga perlu diberi perhatian
Meliputi keenam-enam ciri kritikan iaitu sanjungan, teguran, saranan, pendekatan , penganalisian serta penilaian.
calon seharusnya mempunyai kebolehan untuk menyatakan maksud , kriteria yang perlu ada dalam ciri kritikan tersebut.
Fungsi Kritikan
Calon seharusnya dapat mengemukakan apakah fungsi kritikan berdasarkan teks yang telah dikaji.

Bahagian B (Genre Novel)
Calon seharusnya memberi tumpuan pada bab 1 - 25, soalan adalah berdasarkan petikan . Jika dianalisa soalan petikan biasanya melibatkan aspek-aspek seperti watak dan perwatakan, soalan peristiwa serta elemen-elemen lain contoh mesej dll. Tumpuan haruslah diberikan pada watak penting seperti watak En. Muhammad dan juga watak Sudin. Ianya merangkumi aspek seperti latarbelakang ( kedudukan keluarga, pekerjaan, dll) Peranan watak juga perlu diberi perhatian (jika nak jawap peranan calon dapat mengemukakan tanggungjawab yang dimainkan oleh watak seperti peranannya sebagai ayah yang penyayang) Peristiwa pula mestilah yang ada hubungan dengan kedua-dua watak tersebut.

0 comments:

Post a Comment