Biodata

My photo
Bachok, Kelantan, Malaysia
Guru Cemerlang Kesusasteraan Melayu Moden STPM Panel Penggubal soalan percubaan peringkat negeri Pemeriksa Kertas Kesusasteraan Melayu STPM Penceramah Teknik Menjawab Kesusasteraan Melayu Kertas 2

Nota Kritikan


NOTA DAN STRATEGI MENJAWAB
GENRE KRITIKAN


ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN
1.1 Sukatan Pelajaran Kritikan
1.2 Analisa Soalan Genre Kritikan 1998 – 2007
1.3 Kelemahan dan Kekuatan Calon dalam Peperiksaan STPM
1.4 Strategi Menjawab

2.0 NOTA KOMPREHENSIF
2.1 Pengenalan Kritikan
2.1.1 Sejarah Awal Kritikan
2.1.2 Definisi Kritikan (Tanggapan Awal dan Kini)
2.1.3 Fungsi Kritikan
2.1.4 Ciri-ciri Kritikan

2.2 Sejarah Ringkas
2.2.1 Tahap
i. Bermula pada 1949
ii. Sebelum Perang dan ASAS 50
iii. Selepas Perang
2.2.2 Tokoh
i. Asraf
ii. Hamzah
iii. Yahya Ismail
iv. Kassim Ahmad
v. Hashim Awang
vi. Shahnon Ahmad
vii. Sahlan Mohd. Saman
viii. Abdul Rahman Hanafiah
ix. Ramli Isin
x. Mohd. Yusof Hassan

2.2.3 Isu
i. Konsep Pertentangan Fungsi Seni
ii. Idealisme Formalistik
iii. Kaitan sastera dengan masyarakat
iv. Konsep sastera Islam / murni
v. Penggunaan pendekatan Barat dengan Pendekatan Melayu.

2.3 Pendekatan

2.3.1 Pendekatan Formalistik
i. Ciri-ciri Formal dalam Karya sastera
ii. Hal-hal tersurat dan tersirat
iii. Keharmonian unsur dalam karya

2.3.2 Pendekatan Agama / Moral
i. Nilai-nilai keagamaan
ii. Nilai-nilai murni / moral dalam karya

2.3.3 Pendekatan Kemasyarakatan (Sosiologi)
i. Karya sebagai Cerminan Masyarakat
ii. Karya sebagai dokumen sosial

2.3.4 Pendekatan kemanusiaan (Psikologi)
i. Hubungan Sastera dengan kejiwaan manusia
ii. Hubungan watak-watak karya dengan realiti masyarakat
iii. Pengajaran yang ditinggalkan
iv. Kejiwaan dan pemikiran pengarang

2.3.5 Keindahan (Estetik / bahasa)
i. Konsep keindahan pengalaman, perasaan, imaginasi dan wawasan.
ii. Memahami dan menghayati keindahan penggunaan bahasa dalam karya sastera.
iii. Keindahan dan keistemewaan dalam pengolahan karya


3.0 CONTOH SOALAN DAN CADANGAN SKEMA JAWAPAN.

4.0 LAMPIRAN

Analisa Soalan-soalan Kritikan 1998 - 2007

Tahun Soalan Aspek yang disoal
1998

2. Pendekatan kemanusiaan merupakan pendekatan yang sering digunakan dalam kegiatan kritikan sastera.
a). Jelaskan pengertian pendekatan kemanusiaan (4 M)
b). Huraikan 3 unsur yang ditekankan dalam pendekatan kemanusiaan. (9 M)
c). Nyatakan 3 sebab pendekatan kemanusiaan penting digunakan dalam kritikan sastera. (12 M)
Pendekatan Kemanusiaan
- Pengertian
- Unsur
- Fungsi pendekatan kemanusiaan.
1999
2. Kesusasteraan dianggap sebagai Cermin Masyarakat. Justeru itu, kesusasteraan diterima sebagai satu dokumen sosial bagi masyarakat yang melahirkannya.
a). Huraikan maksud penerimaan kesusasteraan sebagai satu dokumen sosial. (9 M)
b). Jelaskan bagaimana peristiwa atau latarbelakang masyarakat dapat menjadi bahan bagi seseorang pengarang berkarya. (16 M)

Pendekatan Sosiologi.

(a).Dokumen sosial
(b)latarbelakang masyarakat

2000 Kritikan sastera di Malaysia ialah satu bidang yang baru dalam dunia Kesusasteraan Melayu. Jelaskan tahap-tahap awal perkembangan kritikan sastera di Malaysia, iaitu;

a). Sebelum perang dunia kedua (9 M)
b). Pada tahun-tahun 50-an (16 M)

Tahap (Sejarah Kritikan)

- Sebelum perang dunia
- tahun 50-an
2001

;2. Hashim Awang ialah salah seorang pengkritik dan penulis esei kesusasteraan Melayu yang bergiat dalam bidang kritikan sastera pada tahun 1970-an. Kini beliau adalah pengkritik sastera yang berwibawa. Merujuk kepada ketokohan beliau itu, jelaskan perkara yang berikut

a). Lima aspek latarbelakang dan pendidikan beliau.(10 M)
b).Tiga sumbangan beliau kepada perkembangan ktirikan sastera di Malaysia. (15 M)
- latarbelakang dan pendidikan
- sumbangan
2002
2. Pendekatan moral merupakan pendekatan yang tertua dalam dunia kritikan sastera.
a).Jelaskan maksud pendekatan moral [ 9]
b).Huraikan empat prinsip kritikan pendekatan moral [16]
Pendekatan moral
-maksud
- prinsip
2003
“Sahlan Mohd. Saman merupakan antara tokoh kritikan sastera tanah air Yang terkemuka” Huraikan pernyataan ini daripada aspek

a)Latar belakang beliau, dan [ 5]
b).Empat sumbangan beliau terhadap dunia kritikan sastera [20]
Tokoh
Sahlan Mohd. Saman

- Latar belakang
- sumbangan
2004
Salah satu ciri kritikan sastera terawal di Malaysia ialah “pujian dan Sanjungan” manakala dalam zaman moden, ciri kritikan telah dialihkan arahnya kepada “teguran dan saranan”

(a)Huraikan lima alasan mengapa ciri-ciri “pujian dan sanjungan dikatakan berkait rapat dengan budaya Melayu itu sendiri .[10]
(b) Bincangkan lima kelebihan ciri kritikan “teguran dan saranan” [15]
Ciri Kritikan
- lima alasan mengapa ciri-ciri “pujian dan sanjungan
- kelebihan ciri kritikan “teguran dan saranan
2005
2. Bincangkan lima bentuk kritikan sastera sebelum era kritikan yang dirintis oleh Aminuddin Baki. [25]

Tahap era sebelum zaman Aminuddin Baki
- lima bentuk kritikan sastera
2006
2. ”Pendekatan psikologi dikatakan memiliki keistemewaan tersendiri untuk berdiri sebagai salah satu pendekatan kritikan sastera yang penting dan dinamis.” Berdasarkan penyataan ini, bincangkan unsur-unsur yang diberikan penekanan oleh pengkritik dengan mengaitkan aspek pengarang, karya dan khalayak. [25] Pendekatan psikologi

- unsur-unsur yang diberikan penekanan oleh pengkritik dengan mengaitkan aspek pengarang, karya dan khalayak.
2007
2.”Kritikan kesusasteraan Melayu di Malaysia dikatakan bermula pada tahun 1935.” Berdasarkan penyataan ini.
(a). Nyatakan penulis dan tajuk kritikan tersebut. [4]
(b). Jelaskan dua faktor yang menyebabkan kritikan itu dianggap sebagai kritikan kesusasteraan. [6]
(c). Huraikan tiga isi kandungan kritikan tersebut[9]
(d). Jelaskan dua kesan kritikan itu terhadap perkembangan kritikan kesusasteraan Melayu [6] Tahap tahun 1935

- penulis dan tajuk kritikan
- dua faktor
- isi kandungan kritikan
- kesan kritikan itu terhadap perkembangan kritikan kesusasteraan Melayu



KELEMAHAN DAN KEKUATAN CALON

1.0 Kelemahan Calon

Keseluruhan calon untuk peperiksaan STPM tidak berminat menjawab soalan genre kritikan. Anggapan genre kritikan merupakan bahagian yang sukar menjadi kelaziman di kalangan pelajar . Buktinya bilangan calon yang menjawab genre kritikan sastera pada setiap kali peperiksaan STPM jumlahnya sangat kecil berbanding dengan soalan sejarah perkembangan kesusasteraan melayu moden. Hasil analisa yang dibuat berdasarkan jawapan calon pada setiap kali peperiksaan telah dikenalpasti kelemahan lazim dalam jawapan calon antaranya.

1.1 Fakta jawapan yang diberikan tidak menepati skema jawapan yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
1.2 Huraian terlalu dangkal serta tidak menepati kiteria yang diperlukan oleh pihak MPM.
1.3 Calon gagal mengemukakan contoh-contoh yang releven dan signifikan dengan skema jawpan.
1.4 Jawapan yang diberikan terlalu dangkal, membuktikan calon tidak mempunyai maklumat yang sepatutnya.
1.5 Jawapan calon tidak memperlihatkan kematangan menjawab terutama dari aspek teknikal dimana jawapan tidak menepati kiteria jawapan yang melibatkan Fakta, Huraian serta contoh.
1.6 Calon gagal memahami kehendak soalan, soalan yang dikemukakan agar mecabar pemikiran calon.

2.0 Kekuatan Calon

Walaupun bilangan calon yang menjawab soalan genre kritikan ini kecil kuantitinya, namun masih ada di kalangan calon yang memgemukakan jawapan yang mempunyai kekuatan yang tersendiri. Antara kekuatan calon dalam bahagian genre kritikan ini ialah,

2.1 Calon dapat mengemukakan fakta jawapan yang tepat mengikut kehendak soalan.
2.2 Huraian yang diberikan detail serta menepati skema jawapan yang disediakan.


4.1 Strategi Menjawab

Bagi calon-calon yang berminat untuk menjawab soalan genre kritikan, strategi menjawab sangat penting dikuasai calon. Jika sekiranya strategi menjawab yang digunakan dengan betul dan tepat, maka jawapan yang di berikan akan menepati skema jawapan yang disediakan oleh MPM. Berikut adalah maklumat penting strategi menjawab bagi genre kritikan.

4.1.1 Asas Strategi menjawab
Jawapan yang hendak dikemukakan oleh calon dalam setiap soalan yang dikemukakan mestilah berpendukan pada
a. Fakta
b. Huraian
c. Contoh

4.1.2 Strategi Menjawab Mengikut Tajuk.

a. Ciri-ciri Kritikan
Berdasarkan soalan STPM tahun 2004, soalan yang dikemukakan memerlukan calon mengemukakan alasan dan kelebihan ciri kritikan Pujian dan sanjungan serta ciri kritikan teguran dan saranan.
Untuk menjawabnya calon mesti memahami budaya orang Melayu yang sering menggunakan pujian dan sanjungan dalam kehidupan mereka. Justeru itu bagi menjawab soalan ini calon mesti berfikiran kritis dimana calon perlu mengaitkan dengan budaya orang Melayu seperi

b. Tahap Perkembangan Kritikan
Berdasarkan soalan STPM tahun 2000 dan 2005 calon dikehendaki mengemukakan tahap perkembangan serta bentuk kritikan berdasarkan era antaranya sebelum perang dan selepas perang serta zaman sebelum Aminuddin Baki.
Untuk menjawab soalan ini calon mestilah mempunyai maklumat tentang sejarah perkembangan kritikan di Malaysia yang melibatkan aspek-aspek seperti;
i. Tokoh yang terlibat
ii. Ciri-ciri kritikan pada era tersebut.
iii. Alasan kenapa kritikan era tersebut memenuhi ciri-ciri kritikan.
iv. Pendekatan yang digunakan.
v. Contoh karya kritikan yang ditulis.

c. Tokoh Kritikan
Berdasarkan soalan STPM 2001 dan 2005, soalan tokoh biasanya akan melibatkan aspek-aspek seperti, latarbelakang serta pendidiikan dan juga aspek sumbangan tokoh dalam genre kritikan. Untuk menjawabnya, calon seharusnya memahami kehendak soalan agar jawapan yang diberikan akan menepati kiteria yang ditetapkan oleh MPM.
i. Latarbelakang tokoh:- antara maklumat yang perlu ada dalam jawpan calon ialah:
- Nama penuh
- Tarikh dan Tempat lahir
- Pendidikan
- Anugerah yang diperolehi
- Pendekatan yang digunakan dalam kritikan

ii. Sumbangan
-
Nota Komprehensif:

Fungsi Kritikan Sastera

Sebagai satu cabang disiplin ilmu yang bersistematik serta bersifat saintifik, kritikan juga mempunyai tujuan serta fungsi yang tertentu:

i. Proses Berkarya
a. Menentukan status sesebuah karya kreatif sama ada berkualiti atau tidak
b. Memudahkan pengarang melihat ciri-ciri karya kreatif yang bermutu, bagi membantu pengarang menghasilkan karya yang lebih baik
c. Membantu pengarang menepati kehendak pembaca / kelompok pembaca karya kreatif (Memberi keterangan kepada pengarang bagaimana menyesuaikan diri sendiri dengan pembaca)
d. Menepati kiteria-kiteria karya kreatif
e. Menolong pengarang mendidik orang ramai

ii. Penghayatan Karya

a. Memudahkan pembaca menikmati / menghayati sesebuah karya kreatif (kupasan / analisa)
b. Membantu pembaca memilih karya yang berkualiti (menolong membezakan karya yang baik dan yang tidak baik)
c. Membudayakan budaya membaca. (Memberi perangsang dan mendidik orang ramai supaya lebih giat membaca)
d. Memperkenalkan buku-buku baru kepada orang yang tidak sempat membacanya

iii. Dunia Kritikan

a. Memperkembang serta menyebarluaskan ilmu pengetahuan
b. Mempromosi / mempopularkan ilmu kritikan sebagai satu disiplin ilmu yang boleh membantu percambahan pengetahuan
c. Menyedarkan masyarakat tentang realiti sebenar kesusasteraan (Menolong menghapuskan sebarang prasangka yang buruk terhadap sastera)
d. Membantu menjadi jalan tengah di antara pembaca dengan penulis (Membaiki salah faham di antara pengarang dengan pembaca)

KRITIKAN SARANAN

Menganjurkan sesuatu untuk memperbaiki kekurangan atau memantapkan lagi unsur-unsur membina sesebuah karya sastera atau memberi alternatif dari segi teknik dan sebagainya.Kritikan ini jelas akan mengalirkan nilai positif dan amat signifikan kepada khalayak pembaca, pengarang dan kritikan sastera itu sendiri. Pengkritik sewajarnya bertindak Secara objektif, prihatin dan profesional.

KRITIKAN PENDEKATAN

Pertimbangan dan penilaian terhadap hasil sastera Yang dilakukan dengan menggunakan sesuatu aspek atau landas tinjauan yang tertentu. Landas atau tinjauan itu merupakan ilmu atau Teori tertentu.


KRITIKAN PENGANALISISAN

Kritikan yang bertujuan menyelidik sesuatu karya untuk mengetahui keadaan yang sebenar, termasuk menentukan kedudukan, prestasi dan pencapaian karya. Dalam proses ini pengkritik akan melihat sesuatu aspek dalam karya secara terperinci dan mendalam sama ada tentang bahasa, tema,plot perlambangan, nilai, sudut pandangan, aliran dan ideologi yang menyerlah di dalam karya.

KRITIKAN PENILAIAN

Kritikan yang dibuat dengan melakukan pemberian nilai tertentu kepada sesuatu teks sastera yang menyangkut tentang mutu. Dalam kritikan ini sesuatu teks sastera itu dapat ditentukan mutunya melalui kekuatan dan kelemahan yang terkandung di dalamnya. Apa
Pun pengkritik tidak boleh bersikap bias / emosional atau memihak kepada mana-mana
Individu. Pengkritik harus jujur dengan menunjukkan kekuatan dan kelemahan karya secara nyata.

Nota Ringkas Kritikan Sastera

Tajuk: Ciri-ciri Kritikan

Ciri Pendekatan
KRITIKAN PENDEKATAN
Pertimbangan dan penilaian terhadap hasil sastera Yang dilakukan dengan menggunakan sesuatu aspek atau landas tinjauan yang tertentu. Landas atau tinjauan itu merupakan ilmu atau Teori tertentu.
Maksud:
Pendekatan bermaksud suatu proses atau cara mendekati ssesuatu.Ianya merupakan usaha yang dirangka dalam aktiviti pengkajian atau kaedah untuk mencapai pengertian tentang masalah penelitian.

Contoh:
1. PENDEKATAN INTRINSIK
2. PENDEKATAN EKSTRINSIK
3. PENDEKATAN MORAL / AGAMA
4. PENDEKATAN PSIKOLOGI
5. PENDEKATAN SOSIOLOGI

KELEBIHAN / PERANAN
1. KAJIAN LEBIH BERVARIASI
Penggunaan pendekatan akan memudahkan pembaca memahami kritikan
2. MUDAH DIFAHAMI
Memungkinkan teks dikaji daripada beberapa aspek dengan kepelbagaian.
3. LEBIH WAJAR
Pendekatan memudahkan kajian dilakukan dan jelas.
4. PEMAHAMAN YANG BERKESAN
Pendekatan yang digunakan akan memberi kesan yang lebih mendalam

Ciri Penganalisisan
KRITIKAN PENGANALISISAN
Kritikan yang bertujuan menyelidik sesuatu karya untuk mengetahui keadaan yang sebenar, termasuk menentukan kedudukan, prestasi dan pencapaian karya. Dalam proses ini pengkritik akan melihat sesuatu aspek dalam karya secara terperinci dan mendalam sama ada tentang bahasa, tema,plot perlambangan, nilai, sudut pandangan, aliran dan ideologi yang menyerlah di dalam karya.



Maksud:
Penganalisisan bermakna menyelidik sesuatu karya untuk mengetahui keadaan sebenarnya, termasuk menentukan kedudukan, prestasi atau pencapaian. Ianya juga bererti pengkritik melaksanakan kerja penghuraian atau penganalisisan.

KELEBIHAN / PERANAN

1. Pengkritik melihat sesuatu aspek secara rinci /mendalam
2. Pengkritik melihat teknik penulisan yang digunakan
3. Pengkritik akan meninjau kepengarangan
4. Meneliti kecenderungan karya



Ciri Penilaian
KRITIKAN PENILAIAN
Kritikan yang dibuat dengan melakukan pemberian nilai tertentu kepada sesuatu teks sastera yang menyangkut tentang mutu. Dalam kritikan ini sesuatu teks sastera itu dapat ditentukan mutunya melalui kekuatan dan kelemahan yang terkandung di dalamnya. Apa
Pun pengkritik tidak boleh bersikap bias / emosional atau memihak kepada mana-mana
Individu. Pengkritik harus jujur dengan menunjukkan kekuatan dan kelemahan karya secara nyata.

Maksud:
Kritikan yang dibuat dengan melakukan Pemberian nilai tertentu kepada sesuatu teks Sastera yang menyangkut tentang mutu.

KELEBIHAN / PERANAN
1. Menentukan kekauatan atau kelemahan sesuatu karya sastera
2. mengetahui dan memahami banyak aspek
3. mengemukakan hujah dalam memberi justifikasi
4. jujur dan tidak bersikap bias


Sejarah Perkembangan Kritikan:
Kritikan Tahun 1950-an (Corak Kritikan ASAS 50)

Fakta 1: Kritikan berasaskan percanggahan falsafah berkarya.
H/C : Falsafah seni di antara ”Seni untuk masyarakat’ dengan ”Seni untuk seni” telah menambahkan kerancakkan dalam bidang kritikan kesusasteraan.
Seni untuk masyarakat telah didukungi oleh Asraf, A.Samad Ismail, Keris Mas manakala seni untuk seni pula dianuti oleh Hamzah.

Fakta 2: Kritikan lebih mementingkan mesej,persoalan,pengajaran dan memberi kesedaran.
H/C : Kebanyakkan karya sastera yang ditulis oleh kebanyakkan penulis ASAS 50 inginkan karya sastera berarah,berfalsafah dan bermatlamatkan kesedaran masyarakat pembaca.

Fakta 3: Kritikan turut menekankan Fungsi sosial
H/C : Karya sastera yang memberi tumpuan dan penekanan pada fungsi sosial akan dilihat sebagai karya yang berjaya dan jika sebaliknya ianya akan di anggap gagal.Kiteria inilah yang tidak dipersetujui oleh Hamzah, kerana baginya sastera mestilah berfungsi mendidik dan menghiburkan.

Fakta 4: Kritikan menggunakan pendekatan Formalistik
H/C : Aspek-aspek gaya bahasa, plot dan perwatakan turut menjadi tumpuan untuk dianalisis dalam kebanyakan kritikan yang ditulis oleh kebanyakkan penulis ASAS 50.

Fakta 5: Kritikan berkisar kepada pemasalahan keunggulan karya sastera.
H/C : Karya-karya sastera yang paling unggul ialah karya sastera yang secara totalnya memihak dan membangunkan rakyat. Ini jelas dalam esei asraf yang berjudul ”Mencari Pembaharuan dalam Kesusasteraan Melayu ” (Mastika, Mei 1950).

Fakta 6: Kecenderungan bentuk kritikan kepada sesuatu ideologi atau pegangan tertentu.
H/C : Kebanyakan esei kritikan yang ditulis berkisar pada ideologi tertentu iaitu sama ada ideologi ” Seni untuk masyarakat” ataupun ”Seni untuk seni”.

Fakta 7: Kritikan-kritikan teori yang menintikberatkan permasalahan estetik sastera tidak diterima.
H/C : Kritikan-kritikan yang agak terbuka dan membicarakan soal estetika karya sastera tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Ini adalah kerana slogan ASAS 50 yang lebih dominan telah menyebabkan kritikan tersebut ditolak. Dimana Hamzah yang banyak membicarakan soal estetika karya sastera tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dan kemudiannya dia telah disingkirkan daripada pertubuhan ASAS 50.
Fakta 8: Kritikan sastera tidak begitu tersusun dengan baik .
H/C :Persoalan dan idea tentang sastera sering dicampuradukkan dengan soal-soal peribadi sehingga kritikan-kritikan sastera yang terhasil menjadi lebih bersifat krisis peribadi.


SEJARAH PERKEMBANGAN KRITIKAN

ZAMAN SELEPAS PERANG (1960-1970 an)

Latarbelakang:

Kritikan sastera bertambah baik dan maju (walaupun sebenarnya ianya agak perlahan) Namun jika diteliti menerusi aspek-aspek tertentu jelas
Kritikan sudah mulai diterima sebagai salah salah satu genre sastera.
Kritikan sastera pada era ini lebih bersifat teoritikal sudah ada arah tuju dan lebih berdisiplin.

Aspek-aspek yang dinilai
1.Pertambahan bilangan penulis
Latarbelakang:
Terdiri daripada pelbagai latarbelakang pendidikan, profesion, ilmu dan pengalaman.
Golongan Pertama:
Golongan ini mendapat pendidikan secara formal dalam bidang
Kesusasteraan (termasuk bidang Kritikan)
Ciri-ciri Kritikan golongan pertama
 Bersifat ilmiah (Kajian & Penelitian terperinci)
 Dihasilkan dalam bentuk tesis, disertasi dan monograf
 Merangkumi banyak genre
 Lebih beragam
 Menggunakan pendekatan Formalistik / struktural
Golongan kedua:
Golongan peminat sastera & Kritikan (tidak mendapat pendidikan secara formal dalam bidang Kesusasteraan)
Ciri-ciri Kritikan golongan kedua
 Dihasilkan dalam bentuk karangan pendek yang kurang penelitian
 Kebanyakan dalam bentuk esei
 Kurang daya analisis
 Disiarkan dalam majalah dan akhbar
 Pendekatan terlalu subjektif / tidak bersifat impresionis

2.Keragaman/Variasi pendekatan
2.1 Pendekatan Sosiologi (warisan ASAS 50)
2.2 Pendekatan Formalistik
2.3 Pendekatan Struktural
2.4 Pendekatan Psikologi



Antara tokoh-tokoh kritikan yang menggunakan
Pendekatan di atas ialah:
Kassim Ahmad, Baharudin Zainal,Umar Junus ,Shahnon Ahmad, Hashim Awang, Yahya Ismail, Ramli Isin.

3.Memiliki ilmu Kritikan khusus
3.1 Esei Kritikan Lebih teliti
3.2 Kebanyakkan kritikan bersifat kajian
3.3 Kritikan lebih terarah kerana terdapatnya penggunaan
pendekatan tertentu
3.4 Huraian / Analisis bersifat objektif

4.Ketelitian Kritikan yang ditulis
Memiliki Ilmu Kritikan Secara khusus
 Ilmu Kritikan diajar diperingkat Universiti
(Universiti Malaya 1952 – Singapura)
 Universiti Malaya pindah ke Kuala Lumpur
Jabatan Pengajian Melayu.
 DBP turut mengeluarkan majalah berkaitan dengan sastera.

5.Esei kritikan dibukukan
Karya kritikan dibukukan untuk bahan rujukan pelajar universiti menjadikannya sebagai tesis
Contoh:
Yahya Ismail (Menggunakan Pendekatan Sosiologi & Formalistik)
1. Kesusasteraan Moden Dalam Esei dan Kritikan 1 1967
2. Mengkaji Fiksyen 1967
3. Kesusasteraan Moden dalam Esei dan Kritikan 11 1968

Kassim Ahmad
1. Perwatakan Dalam Hikayat Hang Tuah 1964
2. Jalan Pulang, Ranjau Sepanjang Jalan & Salina


2. Kritikan sastera di Malaysia pada tahap selepas kemerdekaan lebih maju dan tinggi perkembangannya , berdasarkan kenyataan tersebut, jelaskan perkembangan kritikan sastera, iaitu
Skema Soalan 2.
Ceraian (a) Tahun-tahun 1960-an [16]

Fakta 1: Kritikan bertambah baik dan maju berbanding sebelumnya.
Huraian/Contoh: Pertambahan bilangan penulis yang semakin ramai terlibat dalam penulisan kritikan menjelaskan yang bidang ini semakin maju.
Antaranya ialah Yahya Ismail yang tampil dengan pendekatan yang dikenali sebagai pendekatan New Criticsm.

Fakta 2: Berlaku pertambahan bilangan penulis / pengkritik
Huraian/Contoh: Kebanyakan penulis/pengkritik datang dari pelbagai latarbelakang sama ada yang mendapat pendidikan formal dalam bidang kesusasteraan ataupun tidak.


Fakta 3: Keragaman dan variasi pendekatan yang digunakan dalam kritikan
Huraian/Contoh: Selain daripada penerusan / kesinambungan pendekatan sosiologi yang digunakan sejak zaman ASAS 50 muncul beberapa pendekatan lain yang turut digunakan oleh pengkritik yang mendapat ilmu dari Universiti tempatan mahupun luar negeri.
Yahya Ismail tampil dengan pendekatan Formalistik, Hashim Awang pula dengan pendekatan struktural.

Fakta 4: Ketelitian penulisan kritikan
Huraian/Contoh: Penulisan kritikan lebih teliti dan terperinci kerana bersifat kajian kritikan lebih tersusun dan jelas serta bersifat objektif.
Umar Junus menggunakan Pendekatan Formalistik di mana beliau mengkritik puisi-puisi melayu yang termuat dalam bukunya yang berjudul Perkembangan puisi Melayu moden.

Fakta 5: Pengkritik kebanyakkannya memiliki ilmu kritikan secara khusus.
Huraian/Contoh: Pembukaan Universiti Malaya dan perpindahannya ke Kuala Lumpur membuka ruang kepada ramai pelajar mendapat ilmu berkaitan dengan kritikan.
Antaranya ialah Kassim Ahmad yang merupakan antara pengkritik yang cukup dominan dalam tahun 1960-an.

Fakta 6: Karya/Esei kritikan yang ditulis oleh pengkritik mulai dibukukan / didokumentasikan.
Huraian/Contoh: Karya/Esei yang dihasilkan oleh mahasiswa/siswi dibukukan untuk tujuan rujukan yang kebanyakkannya dalam bentuk latihan ilmiah ataupun tesis.
Yahya Ismail menggunakan pendekatan formalistik dan sosiologi menghasilkan karya yang berjudul Kesusasteraan Moden Dalam Esei dan Kritikan 1 tahun 1967.

Taburan markah:
1 isi = 4 markah (Fakta =2 markah, Huraian/Contoh = 2 markah)
4 isi x 4 markah = 16 markah

Skima ceraian (b) Pada tahun 1970-an [ 9]

Fakta 1:Pengkritik muncul dengan pendekatan baru
Huraian/Contoh: Terdapat diantara pengkritik yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara di peringkat sarjana. Kritikan di barat sudah berada pada tahap yang maju dan berkembang serta diterima sebagai satu disiplin ilmu.
Hashim Awang tampil dengan pendekatan Psikoanalisis kerana terpengaruh dengan teori yang dikemukakan oleh pakar psikologi Sigmund Freud.

Fakta 2: Terdapat pengkritik yang menerapkan nilai-nilai agama
Huraian/Contoh Agama yang merupakan sebahagian sastera kerana ianya pernah menjadi wahana dalam penyaluran nilai-nilai agama.
Kitab suci al-Quran merupakan karya sastera yang terlalu agung dan tinggi nilainya yang tidak termampu untuk ditandingi manusia.

Fakta 3: Tercetusnya polemik di antara pengkritik
Huraian/Contoh Polemik tercetus akibat daripada para sarjana tidak bersetuju dengan idea dan pendapat yang disuarakan berhubung dengan doktrin, falsafah dan teologi.
Antara polemik yang mencetus kontroversi dan berpanjangan ialah polemik antara Shahnon Ahmad dengan Kassim Ahmad sekitar tahun 1982 berhubung dengan konsep sastera Islam yang disiarkan dalam majalah Dewan sastera.

Fakta 4: Kritikan yang dihasilkan mulai terikat dengan etika.
Huraian/Contoh Pengkritik yang menghasilkan kritikan mulai memperlihatkan etika kritikan dengan bersifat jujur dan ikhlas. Kritikan tidak lagi menyentuh soal peribadi, lebih bertanggungjawab, setiap pernyataan diikuti dengan hujah dan bukti-bukti yang jelas dan kukuh.Antara karya kritikan yang dapat dilihat ialah karya Dharmawijaya iaitu Nasionalisme dalam puisi-puisi melayu.

Fakta 5:Ilmu kritikan diterima sebagai satu cabang ilmu Kesusasteraan Melayu.
Huraian/Contoh: Ilmu kritikan diterima dan mulai diajar sebagai satu disiplin ilmu dalam kesusasteraan melayu di Institutsi Pengajian Tinggi.
Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan dan Universiti Sains Malaysia telah memperkenalkan kritikan sebagai satu cabang ilmu.

Fakta 6: Penggunaan pendekatan-pendekatan baru.
Huraian/Contoh: Ramai pengkritik tampil dengan pendekatan-pendekatan baru yang lebih tepat dan kegiatannya juga semakin berkembang.
Antara tokoh pengkritik baru yang tampil dengan pendekatan baru ialah Muhammad Hj. Salleh dengan pendekatan puitika, Hashim Awang dengan pendekatan Estetika.

Fakta 7: Kritikan telah diperkatakan secara meluas dan mendapat perhatian pihak-pihak tertentu.
Huraian/Contoh: Kegiatan kritikan telah menjadi bahan yang turut diperkatakan dalam seminar dan juga mendapat perhatian daripada pihak-pihak tertentu.
Pada tahun 1973 Seminar Kritikan Sastera telah diadakan di Johor Baharu yang dianjurkan bersama Kementerian Belia dan Sukan.

Taburan markah:
1 isi = 3 markah (Fakta = 1 markah dan Huraian/Contoh = 2 markah)
3 isi x 3 markah = 9 markah

Perkembangan Tahun 1960-an
Skema cadangan:
Ceraian (a) Tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan kritikan sastera.

F1: Faktor penubuhan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Huraian/contoh: Telah melahirkan ramai tokoh-tokoh akademik dan pengkritik muda yang menerima ilmu kritikan secara formal. Antaranya ialah Kassim Ahmad, Umar Junus dsb.(m.s 698 Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden)

F2: Faktor perkembangan media massa dan media elektronik

Huraian/contoh: Kebanyakan akhbar dan majalah pada era ini menyediakan ruangan khas untuk kritikan. Antara akhbar dan majalah yang prolifik menyiarkan kritikan ialah Utusan Melayu, Berita Harian, Mastika dsb. .(m.s 698 Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden)

F3: Faktor Peningkatan sistem pendidikan

Huraian/contoh: perkembangan sistem pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan telah menambah bilangan pembaca dan seterusnya melahirkan generasi yang berminat dalam kritikan antaranya golongan pendidik, polis, kerani dsb. .(m.s 699 Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden)

F4: Faktor kritikan sastera mulai diterima sebagai satu disiplin ilmu

Huraian/contoh: Kritikan sastera mulai diterima sebagai satu disiplin ilmu yang tidak kreatif tetapi deskriptif dan ilmiah sifatnya. Ini mendorong pihak universiti memperkenalkannya sebagai satu kursus dalam pengajian. .(m.s 699 Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden)

F5: Faktor Pendekatan kritikan mula diamalkan

Huraian/contoh: Kritikan mulai dikerjakan secara formal dan ilmiah dengan pelbagai pendekatan, dan ini membolehkan kritikan memiliki arah dengan natijah tertentu. Antara pendekatan kritikan yang digunapakai seperti pendekatan Formalistik, Sosiologi dan pendekatan moral.

F6: Kemunculan ramai penulis-penulis muda / perkembangan dalam bidang penulisan / karya sastera yang dihasilkan semakin bertambah.

Huraian/contoh: Kesan langsung perkembangan sistem pendidikan, keghairahan golongan muda berkarya, membuka ruang kepada perkembangan kritikan. Sebagai contoh genre novel sekitar tahun 1960-64 yang diterbitkan hanya 31 buah, telah meningkat menjadi 187 buah di sekitar tahun 1965 – 69. (m.s 70 Teori dan Pendekatan Kritikan Sastera Moden oleh Mana Sikana)

F7: Pendedahan meluas terhadap kritikan sastera di peringkat antarabangsa / barat


Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3 markah (1 markah fakta, 1 markah huraian dan 1 markah contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah
maksimum 9 markah


Ceraian (b) empat ciri Kritikan jurnalistik (m.s 699 -701 Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden)

F1: Kritikan yang belum cukup serius pengolahannya/ tidak cukup ilmiah

Huraian/contoh: Kritikan yang dilakukan hanya bersifat selenjang terbang tidak lengkap dengan catatan atau catatan kaki serta bibliografi sebagai rujukan.

F2: Kebanyakkan disiarkan dalam ruang khas dalam akhbar dan majalah.

Huraian/contoh: Kebanyakan kritikan jurnalistik mendapat tempat dalam ruangan sastera yang disediakan oleh kebanyakkan akhbar dan majalah antara suratkhabar dan majalah yang menyiarkan kritikan jurnalistik ialah Utusan Melayu, Berita Minggu

F3: Tidak menggunakan pendekatan tertentu

Huraian/contoh:Pengkritik yang terlibat dalam menghasilkan kritikan pada era ini kebanyakan tidak terdedah dengan teori dan pendekatan tertentu. Mereka terdiri daripada peminat kesusasteraan yang kebanyakannya penulis lepasan sekolah menengah. Antaranya seperti Keris Mas, A. Samad Said, M.Noor Azam.

F 4: Kritikan tidak analitis / pendek / kurang daya analitis

Huraian/contoh: Kritikan yang dihasilkan adalah dalam bentuk esei-esei pendek yang yang disiarkan dalam suratkhabar. Ini kerana mereka belum didedahkan kepada teori, pendekatan dan amalan kritikan secara formal.

F5: Pengkritik yang terlibat tidak menerima pendidikan secara formal.

Huraian/contoh:Mereka terdiri dari kalangan peminat kesusasteraan Melayu yang menulis hasil daripada pembacaan buku. Ada diantaranya bekerja sebagai kerani, anggota polis, tentera. editor, pemberita dan pegawai tadbir.


F6: Kritikan jurnalistik ditulis dalam bentuk mudah seperti ulasan / resensi dan pengenalan.

Huraian/contoh: Ianya berpunca kerana rangsangan yang kuat daripada editor akhbar dan majalah demi memenuhi tuntutan selera pembaca semasa. Di samping wujudnya persaingan dari segi pertambahan bilangan akhbar dan majalah berbahasa Melayu.

F7: Kritikan jurnalistik tidak memperincikan sesuatu hal perbincangan secara kritis.

Huraian/contoh:Bentuk kritikan sebegini memaparkan buah fikiran tentang karya atau pandangan yang mereka tulis sesuai dengan tuntutan dan kehendak ruang akhbar yang terhad, begitu juga dengan jumlah audiensnya.

Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 2 markah (1 markah fakta dan 1 markah huraian/contoh)
4 isi x 2 markah = 8 markah
maksimum 8 markah



Ceraian (c) dua pendekatan kritikan yang digunakan oleh pengkritik pada era

F1: Pendekatan Formalistik

Huraian/contoh: Pendekatan ini memberikan penekanan terhadap isi dan bentuk karya sastera, dengan kata lain perhatian formalistik adalah terhadap persoalan dan struktur karya seperti plot, perwatakan, latar sudut pandangan dan lain-lain.

Yahya Ismail – Kesusasteraan Melayu dalam Esei Kritikan I dan II
Mengkritik novel Rentung karya Shahnon Ahmad, Sisa
Laut oleh Wijaya Mala, Tak Ada Jalan Keluar oleh Suratman Markasan.

Hashim Awang - Cerpen Melayu Sebelum Perang Satu analisa tentang tema dan struktur.

F2: Pendekatan Sosiologi

Huraian/contoh: Satu cara melihat karya sastera dengan mengaitkannya dengan masyarakat. Mementingkan masyarakat kerana sastera adalah cerminan masyarakat.

Kassim Ahmad - Esei Kesusasteraan Melayu Baru dalam Masyarakatnya(Majalah Bahasa) Beliau telah mengkritik novel Musafir karya Hassan Muhamad Ali.

Ramli Isin - Riak dan gelombang

F3: Pendekatan Moral
Huraian/contoh: Ukuran moral paling asas yang digunakan dalam kritikan sastera adalah menolak karya-karya tidak bermoral dan sebaliknya menggalakkan pengolahan dan penghasilan karya-karya bermoral sebagai contoh dan teladan kepada pembaca.

Baharuddin Zainal - mengkritik sajak “Sidang Roh” dan “Penyairmu” karya Kassim Ahmad.

Mohd. Noor Azam - mengkritik cerpen “Rindu Anak Pada Ayah” karya Rokiah Abu Bakar.

Pendekatan Estetika :
Definisi
Pengetahuan yang luas tentang Estetika iaitu yang membicarakan
Tentang teknik penulisan, seni mengarang, kreativiti dalam
Pengolahan dan persembahan khususnya kemahiran mencipta
Dan melahirkan bentuk-bentuk baru terutama dalam bahasa.

Tumpuan/Penekanan:
1. Kesan keindahan, pengalaman, perasaan, imaginasi dan
wawasan.
2. Memahami dan menghayati keindahan penggunaan gaya
bahasa pengarang dalam menghasilkan karya sastera.
3. Keindahan dan keistemewaan, ketrampilan pengarang dalam
pengolahan karya.

Ciri-ciri Karya Sastera sebagai karya Seni:
1. Menerangkan keindahan Sastera berdasarkan ciri-ciri keindahan bahasa.
2. Kesatuan karya Sastera itu dibina Atau dianyam Secara tersusun
3. Kerumitan karya Sastera itu berasaskan Isi dan unsur-unsur Bahasa yang di
gunakan


4. Karya sastera Yang baik atau bermutu Harus memiliki Kualiti dari Aspek
Gaya bahasa.

Rumusan:
Karya sastera adalah rakaman pengalaman kehidupan Insan di sarwajagat ini dengan tafsiran pengarangnya. Ianya merupakan cerita-cerita biasa. Akan tetapi ia dijanakan atau disalingbaurkan dengan daya imaginasi, kreativiti dan disesuaikan pula dengan pengalaman atau pendidikan Pengarang menghasilkan karya sastera yang indah dan menarik.

Contoh & Karya:
Novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad merupakan sebuah novel biasa yang memaparkan Persoalan kemiskinan hidup petani menerusi watak Lahuma dan Jeha, tetapi ianya menjadi indah dan menarik ditangan Shahnon Ahmad kerana pengarangnya berupaya meninggalkan impak (kesan) kepada emosi, imaginasi dan pengalaman pembacaan tentang nasib keluarga Lahuma dan Jeha. Shahnon juga berupaya menguasai laras bahasa petani-mudah, tepu dengan perulangan dan ianya adalah stail pengarang.

Dalam Puisi aspek gaya bahasa dimanipulasikan dengan baiknya untuk menghasilkan sebuah karya seni yang indah dan menarik. Antara penyair yang mendapat perhatian Ialah: Usman Awang, Rahman Shaari, Lim Swee Tin, Kemala dan T. Alias Taib.mereka amat prihatin dalam pemilihan diksi bagi memperoleh kepersisan, teliti dalam pembinaan kalimat dan penggunaan simbol serta citra, di samping unsur rima dan Ritmanya.

2. “Mana Sikana merupakan tokoh kritikan tanah air yang yang terkenal”
Bincangkan sumbangan beliau dalam perkembangan sastera tanah air. [25]

Skema Jawapan

(a) Latar belakang

F1 : Nama sebenar Abdul Rahman Napiah.

F2 : Lahir pada 9 Oktober / 1945 di Bagan Serai Perak.

F3 : Menerima pendidikan awal di Sekolah Umum, Bukit Chandan / Kuala Kangsar, Perak.

F4 : Meyambung pelajaran di SM Izzuddin Shah, Ipoh (1959 – 1967)

F5 : Giat menulis sejak dibangku sekolah / pernah dilantik sebagai pengarang majalah sekolah.

F6 : Mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur (1967-1968)

F7 : Pernah mengajar di beberapa buah sekolah di Johor Baharu.

F8 : Aktif menulis skrip drama radio / TV ketika mengajar di Johor Baharu.

F9 : Melanjutkan pelajaran ke UKM / memperoleh Ijazah Sarjana Muda, Kelas Pertama dalam bidang Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu.

F10 : Menyambung pelajaran ke peringkat sarjana.

F11 : Pernah bertugas sebagai pembantu pensyarah / pensyarah drama di -Jabatan Persuratan Melayu, UKM.

F12 : Kini bertugas di Universiti Nanyang, Singapura.


Pilih 5 isi sahaja.
1 isi = 1 markah.
5 isi X 1 markah = 5 markah.



(b) Sumbangan Karya

F1 :Mana Sikana banyak menulis kajian / kritikan sastera
Contoh:
• ”Dalam Tema Kewujudan,” dalam Dewan Sastera. Julai 1976

• ”Sastera Islam dan Hubungannya dengan Sastera Melayu”, dalam Dewan Bahasa, Ogos 1976

• “Pengakuan dan Penyanggahan Resensi dan Kritikan”, dalam Dewan Bahasa, April 1977.

• “Penyair-penyair Muktahir Malaysia Terbaik”, dalam Sewan Bahasa, April 1978.

• “Kaktus-kaktus karya Kemala”, dalam Dewan Bahasa, Disember 1979.


F2 : Banyak terlibat dengan polimik contohnya tentang sastera Islam / perkembangan drama mutakhir / aliran sastera / karya-karya bercorak eksperimental.
Contoh
• Pemikiran Islam dalam Sastera Melayu (1983)

• Aliran dalam Sastera Melayu (1983)


F3 : Giat menulis drama pada awal 1975 hingga kini.
Contoh
• Apa-Apa (1981)

• Jejak-jejak yang Hilang (1982)


F4 : Beliau juga aktif menulis karya kreatif
Contoh
• Api di Lembah Ketibung (1981)

• Api di Lembah Kecubung (1981)

• Santau (1981)


F5 : Mana Sikana banyak menulis esei yang bersifat akademik
Contoh
• Abzyz (1986)

• Kritikan Sastera: Teori dan Kaedah (1986)

• Perkembangan dan Perubahan Drama Melayu Moden (1989)

• Teori Kesusasteraan Moden: Strukturlisme, Samaiotik, Stilistik, Psikoanalisis, Resepsi dan Intertekstualiti (1990)

• Sastera Melayu Moden: perubahan dan Tamadun (1991)


Pilih 5 isi sahaja.
1 isi = 4markah (2 markah Fakta, 2 markah contoh)
5 isi X 4 markah = 20 markah.



ISU

Elemen-elemen yang akan diteliti :
1. Latar belakang (Sejarah)
• Bila
• Siapa
• Di mana
2. Isu (Topik)
• Definisi
• Tokoh yang terlibat
3. Contoh karya yang dihasilkan

1. PERTENTANGAN FUNGSI SENI
Latar belakang:
Tahun 1950-an / Era ASAS 50 wujud 2 kelompok yang memperjuangkan
konsep / falsafah Seni yang berbeza antara Seni untuk masyarakat seni untuk seni.
Di antara tokoh yang Terlibat:
Asraf dan rakan-rakan dengan Hamzah (wujud polemik antara mereka)
Isu / Topik
Pertentangan konsep atau falsafah seni:(antara 2 falsafah seni)
Seni Untuk Masyarakat
Mementingkan fungsi sosial dan menekankan persoalan perutusan unsur didaktik dan sastera harus berupaya menyedarkan masyarakat.
Seni untuk seni
Sastera adalah wahana yang berfungsi untuk mendidik serta memberi
Hiburan kepada khalayak pembaca. Dalam tradisi Yunani ianya
Menekankan keperluan keindahan atau estetika sama pentingnya
Dengan fungsi sosial, persoalan, mesej dan didaktik.

CONTOH:
Esei dan Kritikan
Asraf Disiarkan dalam Utusan Zaman &Majalah Mastika
Kritikan Sastera Hamzah disiarkan dalam Majalah Hiboran.

Kesusasteraan adalah cermin yang membayangkan masyarakat...
Sudah tiba masanya sekarang bagi angkatan Sasterawan tahun
50-an untuk menggambarkan dalam tiap karangan yang ditulisnya
Akan segala yang nyata sebagaimana yang terdapat dalam kalangan
Rakyat purba (Asraf, 1950:27-30)
Gambaran-gambaran yang nyata tentang keadaan sehari-hari dan
Tentang dunia umumnya harus disertai dengan kupasan yang konkrit
Dan saintifik (Asraf, 1950:31-36)

Gambaran-gambaran yang nyata tentang keadaan sehari-hari dan
Tentang dunia umumnya harus disertai dengan kupasan yang konkrit
Dan saintifik (Asraf, 1950:31-36)

Dalam makalah yang bertajuk “Dalam Memajukan Sastera”, Hiburan
Bil. 159, 2 September 1950. Hamzah memperkuatkan pendirian dan
Sikapnya tentang kepentingan nilai estetik di samping nilai sosial dalam
Karya sastera,
Sastera mempunyai bentuk, bentuk itu mengambil rupa sajak, cerita
Pendek, rencana dan lain-lainnya. Apabila mempunyai bentuk, bentuk
Ini berkehendakkan atau berhajat pada irama. Umpamanya irama
Sajak itu berlainan dengan irama cerita pendek, irama karangan yang
Romantik berlainan pada irama cerita-cerita realisme dan lain-lain lagi.
Kemudian di dalam tiap-tiap sastera pula mestilah mempunyai ‘pengaruh’
Pengaruh ini lahir dari pembawaan dan jiwa pengarang ini melahirkan
Isme-isme di dalam karangan mengadakan bentuk, irama dan karangan
...

Daripada 501 buah esei kritikan yang dihasilkan oleh pengarang ASAS 50,hampir 75 % daripadanya membincangkan tentang fungsi seni sastera. Kebanyakkannya berpihak kepada Seni untuk Masyarakat. Hamzah dan kelompok kecilnya terpinggir.

Isu ini cukup signifikan dalam jagat Kritikan Kesusasteraan Melayu dan ianya sama penting dengan penubuhan ASAS 50 itu sendiri.

Kesan percanggahan falsafah seni ini menyebabkan penulisan esei dan kritikan yang menggunakan teori kesusasteraan bertambah rancak dan dihasilkan dalam jumlah yang banyak. Mutu eseinya juga meningkat.

IDEALISME FORMALISTIK
Latar belakang
Pendekatan yang tertua digunakan dalam jagat kritikan di Malaysia
Iaitu menerusi tulisan Keris Melayu tahun 1935. Ada pula pendapat
Yang menyatakan bahawa Aminuddin Baki yang memulakan kritikan
Formalistik apabila beliau mengkritik novel Korban Kesuciannya
Karya Keris Mas tahun 1949.

Penubuhan UM 1952 di Singapura turut menyumbangkan
Perkembangan penggunaan pendekatan Formalistik sabagai satu
Pendekatan dalam kritikan.

Pendekatan ini digunapakai secara serius dalam kritikan pada
1960-an.

Prof. Hashim Awang
Menamakan pendekatan Ini sebagai pendekatan Struktur:
Iaitu menilai aspek-aspek Formal yang terdapat dalam sesebuah karya
Sastera, seperti tema,Plot,watak, latar,s.pandangan dan G.bahasa.

Prof. Rahman Shaari
Dalam karya prosa Formalistik melihat perwatakan, plot,Gaya bahasa, nada dan latar.Bagi karya puisi pula aspek Bunyi, rentak dan gaya bahasa.

Yahya Ismail:
Pendekatan ini disebut juga Ontological criticism beliau adalah pendukung “New Criticsm” Kritikan yang melihat karya Sastera sebagai karya sastera.

TOKOH & KARYA
Prof. Hashim Awang membicarakan novel Keluarga Gerilya Karya Pramodeya Anantatur dengan penelitian rinci melihat unsur plot atau alur
Novel ini. Aspek plot yang dibicarakannya itu mencakupi aspek pemulaan, perumitan,Perkembangan, ketegangan, memuncak dan Peleraian. Perbincangannya mantap sesuai dengan Konsep Formalistik.
Beliau turut menggunakan pendekatan Formalistik dalam kajiannya yang bertajuk“cerpen-cerpen Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua. Satu Kajian Tentang Tema dan Struktur.

Mohd. Affandi Hassan
Mengkritik novel Seroja Masih di Kolam oleh Adibah Amin beliau menyorot dari persepektif watak. Beliau menganggap watak-wataknya lemah. Semasa membicarakan jalinan plot novel Pertentangan karya S.Othman Kelantan, beliau menyatakan bahawa pengemukaan peristiwanya melompat-lompat, tidak ada perpaduan yang rapat antara satu sama lain. Jelas beliau menggunakan aspek intrinsik dalam tulisannya yang berkaitan dengan struktur dalam Karya.


KAITAN SASTERA DENGAN MASYARAKAT
Dari perspektif sejarah, isu ini mula menyerlah dalam jagat kritikan Kesusasteraan di tanah air kita seawal dekad 1950-an. Ianya ditandai dengan kemunculan ASAS 50. Sasterawan yang mengasaskan ASAS 50 bergerak berteraskan Moto “Seni untuk Masyarakat”.Isu perkaitan sastera dengan masyarakat menjadi semakin mantap dan serius dalam dekad 1960-an terutamanya di tangan Kassim Ahmad, di mana beliau memperlihatkan kemantapan dalam pengemukaan isi dan istilah dari aliran realisme sosialis.Kesusasteraan merupakan wahana konkrit dalam bentuk dokumentasi yang berupaya memberikan senario atau gambaran peristiwa masyarakat
Pada era mana pun.Sastera merakamkan segala aktiviti kegiatan manusia atau masyarakat.

Berbicara tentang kaitan sastera dan hubungannya dengan masyarakat bermaksud kita meneliti karya sastera dan hubungannya dengan masyarakat
sama ada masyarakat tempat karya itu dilahirkan atau masyarakat yang menghasilkan karya itu.
(Mastika, Julai-Ogos 1950)
Asraf:
Kesusasteraan ialah lebih dari hanya bayangan sesuatu masyarakat
kesusasteraan tidak terpencil sendiri dalam suatu menara gading yangIndah.Kesusasteraan dan masyarakat, kedua-duanya mempunyai pertalian yang rapat dan tidak terpisah antara satu sama lainnya.

Kassim Ahmad:
Mengkritik novel Musafir karya Hasan Ali, Kassim Ahmad banyak memakai istilah Sosiologi seperti kelas, Radikal, kapitalis, borjuis,Progresif dan proletaris.



Contoh Soalan:
2. Terdapat pelbagai isu dibicarakan dalam tulisan kritikan sastera.

(a) Nyatakan lima isu tersebut [10m]
(b) Huraikan tiga isu tersebut beserta peranannya. [15m]


Skema Jawapan

(a) Isu-isu

F1 : Konsep Pertentangan Fungsi Seni.

F2 : Idealisme Formalistik.

F3 : Kaitan Sastera dengan Masyarakat.

F4 : Konsep Sastera Islam.

F5 : Penggunaan Pendekatan Barat dengan Pendekatan Melayu.

Pilih 3 isi sahaja.
1 isi = 2 markah.
5 isi X 2 markah = 10 markah.

(b) Huraian isu

i. Isu Konsep Pertentangan Fungsi Seni

F1 : Isu ini bermula pada tahun 50-an ketika ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang penulisan.

F2 : Pertentangan konsep ini adalah antara konsep Seni Untuk Masyarakat dan Seni Untuk Seni.

F3 : Konsep ’Seni Untuk Masyarakat’ didukung oleh Ashraf manakala Hamzah Hussain memperjuangkan Seni Untuk Seni. Hamzah dikatakan gagal dalam perjuangannya.

F4 : Konsep ’Seni Untuk Masyarakat’ merupakan hasil karya yang berlandaskan masyarakat, memandangkan masyarakat ketika itu hidup miskin / tertindas.

F5 : Karya-karya yang memperkatakan tentang masyarakat disanjung tinggi kerana kandungannya memperjuangkan cita-cita masyarakat.

F6 : Konsep ’Seni Untuk Seni’ menekankan keindahan dalam karya-karya.

F7 : Isu ini memainkan peranan penting dalam perkembangan sastera tanah air kerana dengan adanya isu ini karya-karya betambah dan kedua-dua pihak bersaing untuk menghasilkan karya yang terbaik.



ii. Isu Idealisme Formalistik

F1 : Penubuhan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya menjadikan kritikan lebih berdisiplin dan berilmu seperti Syed Husin, Ali Ahmad, Hassan Ahmad dan juga Baha Zain.

F2 : Kritikan ini dimantapkan lagi dengan kemunculan Hashim Awang, Shahnon Ahmad, dan Yahya Ismail yang mirip kritikan ala barat.

F3 : Kritikan lebih menitikberatkan keseimbangan antara persoalan dan estetik.

F4 : Peranan penting kritikan yang membabitkan isu ini ialah kritikan yang dilakukan dengan lebih mendalam jika dibandingkan dengan kritikan zaman Aminuddin Baki pada tahun 40-an.

F5 : Kritikan ini tertumpu kepada intrinsik seperti tema / persoalan/ watak / latar dsb.

F6 : Kritikan ini bersifat objektif / tidak dipengaruhi unsur lain seperti latar belakang pengarang.


iii. Isu Kaitan Sastera Dengan Masyarakat

F1: Bermula ketika perjuangan ASAS 50.

F2 : Slogan Seni Untuk Masyarakat lebih mementingkan masyarakat dalam karya.

F3 : Contoh tulisan Ashraf ialah ’Mencari Pembaharuan dalam Kesusasteraan Melayu’.

F4 : Kassim Ahmad mengkritik ’Ranjau Sepanjang Jalan’, dan ’Meditasi’. Kassim Ahmad menganggap ’Ranjau Sepanjang Jalan’ agak aneh kerana tidak menepati realiti hidup petani. Beliau menganggap karya ini bernada pesimis.

F5 : Kassim Ahmad juga menganggap sajak ’Sungai Mekong’ tidak bermanfaat kepada masyarakat.

F6 : Pengarang akan lebih berhati-hati untuk menghasilkan karya-karya mereka seterusnya. :

F7 : Isu ini lebih menekankan realiti masyarakat dan sesuai untuk membentuk corak hidup masyarakat.


iv. Isu Konsep Sastera Islam

F1 : Isu ini ketara pada akhir tahun 1970-an dan 1980-an.

F2 : Isu ini dimulakan oleh Shahnon Ahmad dalam tahun 1977 dengan gagasan bersastera mengikut Islam wajib dijalankan kerana Allah / tiada yang lain melainkan Allah.

F3 : Shahnon berpendapat sastera merupakan salah satu amalan manusia supaya manusia sentiasa merealisasikan dirinya sebagai hamba / khalifah Allah.

F4 : Tercetus polimik antara Shahnon Ahmad dan Kassim Ahmad berhubung konsep sastera Islam; polimik tertumpu kepada sifat, definisi dan fungsi kesusasteraan Islam.

F5 : Bagi Kassim Ahmad seni sastera Islam ialah seni yang dicipta oleh manusia dengan menggunakan bahasa dan mengandungi keindahan / kebenaran / kebaikan serta nilai estetik.

F6 : Isu ini penting dalam karya kerana telah mendapat reaksi dan penilaian beberapa tokoh agama seperti Dr. Mohd Kamal Hassan dan Dr. Ismail Ibrahim.


v. Isu Penggunaan pendekatan Barat dengan Pendekatan Melayu

F1 : Isu ini timbul dalam arus kritikan sastera di Malaysia sekitar awal 1970-an.

F2 : Tokoh yang lantang menyuarakan pendekatan kritikan Barat ini ialah Yahya Ismail yang baginya, sastera Melayu harus belajar dari Barat yang merupakan kerabat kesusasteraan dunia.

F3 : Pengkritik-pengkritik yang berpegang kepada prinsip ini mahu memindahkan teknik kritikan Barat dengan harapan mahu melihat sastera Melayu melepaskan diripada dari cengkaman kebangsaan yang sempit.

F4 : Pendapat ini telah mendapat tentangan hebat penulis/pengkritik Malaysia dan tokoh yang paling lantang ialah Shahnon Ahmad yang berpendapt bahawa sastera Melayu mempunyai nilai, budaya, sejarah dan ukuran tersendiri.

F5 : Sebelum 1970-an Kassim Ahmad dan Pena Patriot cuba menggemukakan pendekatan realisme sosialis yang menjurus kepada melahirkan sisitem masyarakat sosialis.

F6 : Isu ini penting dalam perkembangan sastera tanah air kerana telah mencetuskan konsep kesusasteraan nasional Malaysia seperti yang disarankan oleh Ismail Hussein. Menurut Ismail Hussein kesusasteraan Malaysia mestilah berbahasa Malaysia dan menunjukkan kehidupan bercorak Malaysia.



1 isu maksimum 5 markah.
1 Fakta = 1 markah
5 Fakta X 1 markah X 3 isu = 15 markah

2. Kehadiran isu kritikan dalam jagat kesusasteraan Melayu menjadikan situasi kesusasteraan bangsa kita semakain rancak dan menyerlahkan petanda-petanda yang baik dan matang. Bertitik tolak pada dekad 1950-an sehingga ke penghujung dekad 1990-an dapat dikenal pasti sekurang-kurangnya lima isu yang cukup releven dan signifikan dalam jagat kritikan kesusasteraan. Antaranya isu pertentangan fungsi sastera, isu idealisme formalistik dan juga isu sastera Islam.

Berdasarkan penyatan dia atas,

(a) nyatakan tokoh-tokoh pengkritik yang terlibat dalam memperkatakan isu-isu di atas. [6]

(b) Huraikan isu-isu di atas yang telah menjadi polemik di kalangan tokoh-tokoh pengkritik di atas [12]

(c) Bincangkan kepentingan isu –isu di atas dalam perkembangan kritikan sastera di Negara kita. [7]

Skema jawapan

(a) Tokoh-tokoh pengkritik yang memperkatakan isu-isu dalam kritikan

i. Isu Pertentangan Fungsi Seni
Fakta 1: Asraf (1 markah)
Fakta 2: Hamzah (1 markah)

ii. Isu Idealisme Formalistik
Fakta 1: Yahya Ismail (1 markah)
Fakta 2: Hashim Awang (1 markah)

iii. Isu Sastera Islam
Fakta 1: Kassim Ahmad (1 markah)
Fakta 2: Shahnon Ahmad (1 markah)

6 isi
1 isi = 1markah
6 isi x 1 markah = 6 markah (6 markah)



(b) Huraikan isu-isu di atas yang telah menjadi polemik

i. Isu Pertentangan Fungsi Seni

Fakta 1: Asraf tampil dengan falsafah Seni Untuk Masyarakat

Huraian/Contoh: Mementingkan fungsi sosial dan menekankan persoalan / perutusan
unsur didadktik dan sastera harus berupaya menyedarkan masyarakat.
Ini terbukti menerusi esei tulisannya bertajuk” Mencari Pembaharuan
dalam Kesusasteraan Melayu,” Mastika , Mei 1950.

Fakta 2: Hamzah tampil dengan falsafah Seni Untuk Seni

Huraian/Contoh : Sastera adalah wahana yang berfungsi untuk mendidik serta
memberikan hiburan kepada khalayak pembaca. Dalam tradisi Yunani
ianya menenkankan keperluan keindahan atau estetika sama pentingnya
dengan fungsi sosial, persoalan, mesej dan didaktik.
“Adakah Kesepian di dalam Kesusasteraan Kita”, Majalah Hiboran.

ii. Isu Idealisme Formalistik

Fakta 1: Hashim Awang menamakannya sebagai pendekatan struktur

Huraian/Contoh: Kecenderungan pendekatan ini menelusuri unsur-unsur dalaman atau
struktur yang membina sesebuah karya sastera. Kenyataan ini diperjelaskan oleh beliau dalam bukunya yang bertajuk “Kesusasteraan Melayu dalam Kritikan dan Sejarah”.







Fakta 2: Yahya Ismail menamakannya sebagai pendekatan ontologikal (New Criticsm)

Huraian/Contoh: Pendekatan ini melihat aspek yang membina sesuatu karya sastera
dengan memadukan unsure-unsur ekstrinsik dengan unsure-unsur
intrinsik. Kupasan beliau ini dimuatkan dalam bukunya berjudul “Kesusasteraan Melayu Dalam Esei dan Kritikan I & II”.


iii. Isu Sastera Islam

Fakta 1: Sahnon menegaskan sastera Islam adalah dari segi lahiriah dan batiniah

Huraian/Contoh: Mencakupi fenomena dalam karya, latarbelakang aspirasi dan nawaitu
pengarangnya serta berpaksikan ketauhidan dan keimanan pengarang. Contohnya kertas kerja Shahnon bertajuk” Kesusasteraan : Antara yang
Hak dengan Batil”.

Fakta 2: Kassim memberatkan logik dan berpendapat sastera Islam bersifat sejagat

Huraian/Contoh: Sastera Islam bersifat sejagat dan ianya boleh menerima nilai-nilai
universal . Justeru itu, sastera Islam boleh ditampilkan oleh pengarang
bukan Islam asalkan ianya mempunyai nilai-nilai agama Islam.
Kassim Ahmad dan Shahnon Ahmad, 1987
“Polemik Sastera Islam, K.L, DBP.”

6 isi
1 isi = 2 markah ( 1 markah Fakta, 1 markah Huraian/Contoh)
6 isi x 2 markah = 12 markah (12 markah)


(c) Kepentingan isu-isu di atas dalam perkembangan kritikan

Fakta 1: Melahirkan ramai golongan pengkritik baru.

Fakta 2: Merancakkan lagi dunia kritikan / jagat kritikan

Fakta 3: Menyerlahkan lagi bidang kritikan sebagai satu disiplin ilmu.

Fakta 4: Kritikan Sastera mulai mendapat tempat dalam jagat Kesusasteraan dan diterima sebagai satu genre sastera.

Fakta 5: Membantu menjelaskan senario sebenar tentang sesuatu isu yang menjadi polemik.

Fakta 6; Menyuburkan minat masyarakat kepada genre kritikan sastera sebagai satu disiplin ilmu.

Fakta 7: Memupuk minat membaca di kalangan pembaca akhbar dan majalah berhubung dengan ilmu kritikan.

Fakta 8: Memperkenalkan karya sastera yang baru kepada pembaca yang berminat dengan kesusasteraan.

Fakta 9: Membetulkan salah faham yang timbul berhubung dengan sesuatu isu yang menjadi polemik di kalangan pengkritik.

Perlu 7 isi sahaja
1 isi = 1 markah
7 isi x 1 markah = 7 markah (7 markah)


Pendekatan Agama
Pendekatan agama ialah satu kaedah mencari nilai-nilai agama daripada sebuah karya sastera untuk dijadikan contoh dan teladan bagi Pembaca.

Pendekatan agama dalam Kritikan sastera bertujuan untuk membimbing masyarakat Pembaca/audeins dan Memberi Pengajaran berteraskan Ajaran agama.

Dalam pengertian Falsafah ,agama ialah satu konsep yang telah dirumuskan tuhan dan diturunkan melalui Kitab / sunnah nabi bagi menentukan Kebaikan dan Keburukan.

Apabila agama dikaitkan dengan kesusasteraan, Para peneliti dan Pemina sastera meletakkan bahawa sesebuah karya yang baik itu haruslah memiliki
Nilai-nilai agama berdasarkan ajaran dalam kitab / sunnah nabi.

Ciri-ciri Pendekatan Agama:
Sesebuah karya sastera yang mempunyai nilai-nilai agama harus disanjung.

Mementingkan isi(berteraskan ajaran agama) daripada bentuk

Menganalisis karya dari sudut pengajaran atau didaktiksme

Mempunyai dasar atau norma-norma yang ditetapkan oleh ajaran agama berteraskan kitab al-quran dan hadis

Pendekatan ini turut mengambilkira dasar-dasar agama mementingkan nilai-nilai dan norma masyarakat

Nilai-nilai agama tidak statik dan bersifat dinamis sesuai sepanjang zaman

Contoh Kritikan Pendekatan Agama:

Kritikan Suhor Antarasaudara (Dewan Sastera, Febuari 1976:33-35) Beliau mengkritik kumpulan sajak Penemuan karya A. Wahab Ali kritikannya bukan sahaja menunjukkan nilai-nilai positif yang berhubungan dengan Islam tetapi menegur penyairnya apabila wujud aspek yang dianggap bertentangan atau tidak releven dengan ajaran Islam. Shahnon Ahmad turut mengkritik menggunakan pendekatan agama Ini dapat dilihat menerusi kritikan beliau terhadap novel Salina karya A.Samad Said. Shahnon Ahmad berusaha menerapkan pendekatan agama dalam mengkritik watak dan perwatakan Siti Salina sebagai insan yang “...
kekosongan iman” yang membiarkan dirinya berada dalam”...
kemabukkan rasaa dan sengaja menjerumuskan dirinya ke lembah
pelacuran “di samping”...menyimpan jantan iaitu Abdul Fakar.

Perbandingan antara Pendekatan Moral & Agama
 Perbezaan:
1. Nilai dan norma moral ditentukan oleh sesuatu masyarakat
2. Nilai dan norma agama ada kaitannya dengan peraturan dan hukum-hakam agama yang ditetapkan oleh tuhan.
3. Nilai dan norma moral tidak seragam dan berbeza-beza pula mengikut tempat,masa dan masyarakat.
4. Nilai dan norma agama relevan pada era apa pun dan di mana sahaja.

 Persamaan
1. Matlamat kedua-duanya menjurus kepada kebaikan nahi mungkar
2. Mewujudkan kesejahteraan hidup dalam masyarakat.
3. Cenderung memberi nasihat / pengajaran kepada khalayak pembaca.

PENDEKATAN ESTETIKA/KEINDAHAN
Pendekatan estetika ini bermula sebagai satu cabang Disiplin ilmu lingkuistik yang mula berkembang di Benua Eropah pada penghujung abad ke-19 dan Awal abad ke-20. Dimana nilai sesebuah karya sastera dilihat dari
Sudut keberkesanan penggunaan stailistik atau Gaya bahasa sebagai aspek keindahan dalam Sesebuah karya sastera.

Genre Sastera mempunyai
Nilai-nilai estetika atau keindahan
Yang tersendiri:
Sastera adalah karya seni yang mempunyai keindahan

Keindahan adalah bersifat subjektif

Pentafsiran berasaskan Perasaan & kejiwaan seseorang

Keindahan turut melibatkan Teknik dan aspek gaya Bahasa.

DEFINISI
Menurut Prof. Hashim Awang Kesusasteraan yang menggunakan PendekataN Estetika di mana karya Sastera dianggap sebagai hasil seni Perbincangan dan penilaian keseluruhannya berkisar pada unsur-unsur seni yang terdapat dalam karya.

Pengetahuan yang luas tentang Estetika iaitu yang membicarakan tentang teknik penulisan, seni mengarang, kreativiti dalam pengolahan dan persembahan khususnya kemahiran mencipta dan melahirkan bentuk-bentuk baru terutama dalam bahasa.

Tumpuan:
1. Kesan keindahan, pengalaman, perasaan, imaginasi dan
wawasan.
2. Memahami dan menghayati keindahan penggunaan gaya
bahasa pengarang dalam menghasilkan karya sastera.
3. Keindahan dan keistemewaan, ketrampilan pengarang dalam
pengolahan karya.
Ciri-ciri Karya Sastera Subjektif
Menerangkan keindahan sastera berdasarkan ciri-ciri Keindahan Bahasa.

Kesatuan karya sastera itu dibina atau dianyam secara tersusun kerumitan karya sastera itu berasaskan Isi dan unsur-unsur bahasa yang digunakan

Karya sastera yang baik atau bermutu harus memiliki kualiti dari aspek Gaya bahasa.

Karya sastera adalah rakaman pengalaman kehidupan Insan di sarwajagat ini dengan tafsiran pengarangnya. Ianya merupakan cerita-cerita biasa. Akan tetapi ia dijanakan atau disalingbaurkan dengan daya imaginasi, kreativiti dan disesuaikan pula dengan pengalaman atau pendidikan Pengarang menghasilkan karya sastera yang indah dan menarik.


Novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad merupakan sebuah novel biasa yang memaparkan persoalan kemiskinan hidup petani menerusi watak Lahuma dan Jeha, tetapi ianya menjadi indah dan menarik ditangan Shahnon Ahmad kerana pengarangnya berupaya meninggalkan impak (kesan)kepada emosi, imaginasi dan pengalaman pembacaan tentang nasib keluarga Lahuma dan Jeha. Shahnon juga berupaya menguasai laras bahasa petani-mudah, tepu dengan perulangan dan ianya adalah stail pengarang.

Dalam Puisi aspek gaya bahasa dimanipulasikan dengan baiknya untuk menghasilkan sebuah karya Seni yang indah dan menarik.antara penyair yang mendapat perhatian Ialah:
Usman Awang, Rahman Shaari, Lim Swee Tin,Kemala dan T. Alias Taib Mereka amat prihatin dalam pemilihan diksi bagi memperoleh kepersisan, teliti dalamPembinaan kalimat dan penggunaan simbol serta citra, di samping unsur rima dan ritmanya.



2. Kritikan telah menjadi satu daripada genre penting dalam kesusasteraan Melayu, dikerjakan secara formal dan ilmiah dengan pendekatan-pendekatan yang pelbagai dan ditentukan (juga diterima) supaya setiap tulisan memiliki arah dengan natijah tertentu juga. Hanya dengan mengamalkan pendekatan tertentu sahaja maka kesusasteraan kita dapat dipastikan peningkatannya. (Petikan , Sejarah Kesusasteraan Melayu, hlm. 703)

Berdasarkan petikan di atas.

a). Namakan dua pendekatan dan nama pengkritik yang paling awal digunakan dalam jagat kritikan di Malaysia. [4]

b). Berdasarkan salah satu pendekatan yang anda nyatakan di atas, huraikan

i. Maksud [4]
ii. Ciri-ciri [4]
iii. Tokoh dan contoh karya [4]

c). Penggunaan pendekatan tertentu dalam kritikan jelas dapat meningkatkan lagi mutu kesusasteraan Melayu. Buktikan. [9]

Skema pemarkahan:
a). Namakan dua pendekatan dan nama pengkritik yang paling awal digunakan dalam jagat kritikan di Malaysia.

Pendekatan Tokoh

i. Pendekatan formalsitik Aminuddin Baki
ii. Pendekatan Sosiologi Asraf


b). Berdasarkan salah satu pendekatan yang anda nyatakan di atas, huraikan

i. Maksud [4]
ii. Ciri-ciri [4]
iii. Tokoh dan contoh karya [4]

a. Pendekatan Formalistik

i. Pendekatan Formalistik (maksud)

F1 : Kritikan yang meneliti binaan sesebuah karya dari segi aspek instrinsik.

F2 : Binaan dalamanan sesebuah karya sastera atau struktur binaan sesebuah karya

F3 : Karya prosa aspek yang diteliti melibatkan aspek latar, gaya bahasa, plot dan tema.

F4 : Karya puisi aspek yang diteliti melibatkan aspek, rentak, gaya bahasa, bentuk dan juga struktur.

Pilih 2 isi sahaja.
1 isi = 2 markah





ii. Ciri-ciri Pendekatan Formalistik

F1 : Tema, rumusan atau persoalan yang dibuat selepas tamat membaca sesebuah karya.
F2 : Memberi penekanan terhadap isi dan bentuk karya sastera yang juga dikenali dengan istilah ekstrinsik dan intrinsik.
F3 : Perhatian pendekatan formalistik adalah terhadap persoalan dan struktur karya seperti plot, perwatakan latar, sudut pandangan dan lain-lain.
F4 : Melihat struktur atau bentuk karya mengikut lunas-lunas tertentu seperti tema, plot, watak, gaya bahasa dan beberapa unsur lain.
F5 : Melihat keharmonian / kesesuaian aspek-aspek intrinsik yang membina sesebuah karya sastera.

Pilih 2 isi sahaja.
1 isi = 2 markah

iii. Tokoh dan contoh karya

F1 : Yahya Ismail – Mengkritik novel Lambak karya Zaid Ahmad
H/C1 : Tumpuan terhadap isi cerita, watak – walau bagaimanapun ia turut menyentuh aspek simbolisme. Beliau menganggap aspek gaya bahasa dan teknik novel ini berhasil – Teknik naratif yang digunakan lebih mudah bagi mengawal perjalanan cerita.

F2 : Hashim Awang- Mengkritik novel keluarga Gerilya oleh Pramoedeya Anantateor.
H/C2 : Struktur binaan yang menjadi tumpuan ialah aspek plot, signifikan dengan nama pendekatan struktural. Beliau melihat sudut plot, menurut beliau novel tersebut plotnya terbahagi kepada tujuh peringkat, peringkat-peringkatnya ialah permulaan, pertikaian, perumitan, perkembangan, tegangan, kemuncak, tegangan akhir dan peleraian.


b. Pendekatan Sosiologi

i. Maksud pendekatan Sosiologi

F1 : Setiap hasil karya sastera mestilah bersifat cerminan masyarakat.
F2 : Karya sastera aperlu menggambarkan kehidupan sebenar masyarakat tanpa sebarang usaha pemalsuan.
F3 : Pendekatan ini juga melihat sastera sebagai dokumentsi sosial yang merekodkan gegala peristiwa.

Pilih 2 isi sahaja.

ii. Ciri-ciri Pendekatan Sosiologi

F1 : Menjadikan kehidupan masyarakat dan dirinya sebagai bahan untuk berkarya.
H/C1 : Novel “Empangan” karya Zakaria Ali menceritakan pengalamannya semasa belajar di Amerika Syarikat & kehidupan Masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan.

F2 : Sastera merakamkan kehidupan masyarakat
H/C2 : Pengarang akan merancang dan membangunkan peristiwa dan pengalaman yang dikutip daripada masyarakat kemudiannya dengan unsur-unsur sastera
seperti gaya bahasa, emosi, intelek, imaginasi dan teknik ianya dikembangkan menjadi sebuah karya sastera.Contoh: Cerpen “Perjalanan Yang Tak Direncanakan” Razak Mamat.

F3 : Penyusunan peristiwa dan pengalaman
H/C3 : Menerusi kreativiti , imaginasi dan kehendak pemikiran pengarang kehidupan sesebuah masyarakat yang dibawa masuk ke dalam karya sastera akan ditokok tambah dan akan disesuaikan dengan kehendak pengarang contoh:Drama “Lawyer Dahlan” karya: Shahrom Hussein

F4 : Pengarang tidak boleh menghasilkan karya hanya menerusi imaginasi/ khayalan sahaja.
H/C4 : Pengarang seharusnya merujuk kepada masyarakat yang akan menjadi latar cerita barulah karya yang dihasilkan akan menjadi lebih realistik dan menarik.
Contoh: Cerpen “Nagasaki” Abdullah Hussein.


iii. Tokoh dan contoh karya

F1 :

c). Penggunaan pendekatan tertentu dalam kritikan jelas dapat meningkatkan lagi mutu kesusasteraan Melayu. Buktikan.

F1 : Memperbaiki atau meningkatkan mutu karya sastera
H/C1 ; Pendekatan yang digunakan yang turut melibatkan penggunaan ilmu tertentu boleh memberi impak kepada penulis, dimana penulis boleh mengambil pengajaran terhadap aspek-aspek yang lemah. Contohnya kritikan yang dihasilkan oleh Hashim Awang menjadi rujukan kepada golomngan penulis.

F2 : Dapat mendorong / melahirkan aliran baru / menggiatkan pelbagai ragam / stail penulisan.
H/C2 : Pengkritik bukan hanya menegur, tetapi turut memberikan saranan, senario ini boleh membantu penulis mencuba sesuatu yang baru. Seperti kritikan yang dibuat oleh Yahya Ismail.

F3 : Berfungsi menganalisis, menghurai, menilai karya sastera.
H/C3 : Penggunaan pendekatan tertentu dalam kritikan akan memboleh pengkritik menganalisis sesebuah karya dengan lebih terperinci dan ini akan membolehkan penulis mengenalpasti kelemahan atau kekuatan sesebuah karya sastera dari setiap aspek.


Nota: Lain-lain tokoh juga diterima.

Pilih 1 isi sahaja
1 isi = 4 markah ( 2 markah Fakta, 2 markah Huraian/Contoh)


2. Pendekatan agama merupakan salah satu pendekatan yang semakin popular dalam dunia kritikan di tanah air kita.

(a) Jelaskan maksud pendekatan agama [4]

(b) Huraikan empat prinsip kritikan pendekatan agama [12]

(c) Jelaskan kepentingan pendekatan agama dalam genre kritikan [9]
________________________________________________________________________
Skema Jawapan:

(a) Jelaskan maksud pendekatan agama

Fakta 1: Pendekatan agama ialah Satu kaedah mencari nilai-nilai agama daripada sesebuah karya sastera untuk dijadikan contoh dan teladan bagi pembaca.

Fakta 2: Pendekatan agama dalam Kritikan sastera bertujuan untuk membimbing masyarakat pembaca/audeins dan memberi pengajaran berteraskan ajaran agama.

Fakta 3: Dalam pengertian Falsafah ,agama ialah satu konsep yang telah dirumuskan tuhan dan diturunkan melalui kitab / sunnah nabi bagi menentukan kebaikan dan keburukan.

Fakta 4: Apabila agama dikaitkan dengan kesusasteraan, para peneliti dan peminat sastera meletakkan bahawa sesebuah karya yang baik itu haruslah memiliki nilai-nilai agama berdasarkan ajaran dalam kitab / sunnah nabi



Pilih 2 isi sahaja
1 isi = 2 markah (2 markah fakta)
2 isi x 2 markah = 4 markah

(b) Huraikan empat prinsip kritikan pendekatan agama

Fakta 1: Sesebuah karya sastera yang mempunyai nilai-nilai agama harus disanjung

Huraian/contoh: Karya sastera yang isi ceritanya menekankan nilai-nilai agama iaitu nilai-nilai baik yang termaktub dalam ajaran agama akan mendapat pengiktirafan sebagai sebuah karya yang baik. Pengiktirafan panel penilai terhadap novel Mereka Yang Tertewas karya Hasanudin Md. Isa yang mempunyai nilai-nilai agama telah meletakkan buku itu sebagai novel bercirikan Islam.

Fakta 2: Mementingkan isi(berteraskan ajaran agama) daripada bentuk

Huraian/contoh: Aspek isi ialah cerita dan persoalan yang dipaparkan dalam karya. Isi karya pula ditentukan oleh corak dan aliran masyarakat waktu itu, lebih-lebih lagi persoalan yang menjadi topik semasa. Sastera yang mempunyai nilai-nilai agama adalah sastera yang dianggap bermutu dari segi isinya.

Fakta 3: Menganalisis karya dari sudut pengajaran atau didaktiksme dalam agama

Huraian/contoh: Didaktik dalam sastera ialah karya yang mengandungi unsur-unsur pengajaran yang boleh memandu para pembaca ke suatu arah dan tujuan yang berguna. Dari prinsip itu, kesusasteraan mempunyai suatu tanggungjawab etika iaitu alat untuk memperbaiki masyarakat dari sudut agama.

Fakta 4: Mempunyai dasar atau norma-norma yang ditetapkan oleh ajaran agama berteraskan kitab al-quran dan hadis

Huraian/contoh: Karya sastera sebagai sumbangan bagi meninggikan adab/kemanusiaan dari sudut agama.

Fakta 5: Pendekatan ini turut mengambilkira dasar-dasar agama

Huraian/Contoh: Dalam kritikan tempatan ajaran agama islam turut diberi penekanan, elemen-elemen yang berkaitan dengan dasar-dasar agama seperti yang termaktub dalam kitab.

Fakta 6: Nilai-nilai agama tidak statik dan bersifat dinamis sesuai sepanjang zaman

Huraian/Contoh: Perubahan nilai masyarakat terus terjadi dan ianya turut mempengaruhi karya-karya sastera yang mana didalamnya turut memuatkan nilai-nilai agama yang sesuai sepanjang zaman.

Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta dan 2 markah huraian / contoh)
4 isi x 3 markah = 12 markah (12 markah)

(c) Jelaskan kepentingan pendekatan agama dalam genre kritikan

Skema Jawapan:

Fakta 1 : Menjurus kepada kebaikan / nahi mungkar dan kesejahteraan hidup masyarakat.

Huraian/contoh: Pengkritik yang menggunakan pendekatan agama akan menjurus / menilai aspek yang dianggap bertentangan atau tidak releven dengan ajaran Islam.Contoh Kritikan oleh Suhor Antarasaudara yang menegur penyair-penyair yang tidak menunjukkan nilai-nilai positif menurut ajaran Islam.

Fakta 2: Memberi nasihat kepada khalayak masyarakat

Huraian/contoh: Nasihat yang berteraskan ajaran agama agar para penulis tidak terpesong dari segi akidah dan pegangannya. Contohnya Shahnon Ahmad yang pernah mengkritik sajak-sajak Kassim Ahmad yang bertajuk “Sidang Roh” dan “Iman”.

Fakta 3: Menentukan karya sastera yang mempunyai elemen-elemen agama.

Huraian/contoh: Pendekatan agama penting bagi menetukan jalur tulisan sesuatu karya sastera berada pada landasan yang betul. Contoh Shahnon Ahmad pernah mengkritik novel Salina karya A.Samad Said dengan tajuk kritikannya “Siti Salina: Sebuah Renungan Kembali” Beliau mengkritik perwatakan Salina sebagai insane yang kekosongan iman kerana menjuruskan dirinya ke lembah pelacuran.


Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3 markah (1 markah fakta dan 2 markah huraian/contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah.

2. Pendekatan Keindahan (Stilitik) merupakan pendekatan yang sering digunakan dalam kegiatan kritikan sastera.

a) Jelaskan pengertian pendekatan tersebut [4]
b) Huraikan TIGA unsur yang ditekankan dalam pendekatan itu. [9] c) Nyatakan TIGA sebab pendekatan ini penting digunakan dalam kritikan
sastera. [12]

Skema jawapan

a) Pengertian Pendekatan Keindahan (Stilistik)

Fakta 1: Kajian yang berkaitan dengan usaha mendapatkan
atau membuktikan ciri-ciri keindahan bahasa yang universal
dalam sesebuah karya.
Fakta 2: Kajian kepada stail dan teknik dalam konteks fungsi keindahan dan
dan intelektual
Fakta 3: Kajian yang melihat karya sastera sebagai hasil seni.
Perbincangan dan penilaiannya berkisar kepada unsur-unsur seni
yang terkandung dalam karya sastera.

Pilih 2 isi
1isi = 2 markah
2 isi X 2 markah = 4 markah


b) Tiga unsur dalam Pendekatan Keindahan (Stilistik)

Fakta 1 Mencari keindahan bahasa
H/C - Memperlihatkan keserasian kekerapan pemakaian bentuk-bentuk
linguistik tertentu seperti ayat-ayat, kata-kata, dan bunyi-bunyi huruf
tertentu.
- Memahami dan menghayati keindahan penggunaan bahasa dalam
karya

Fakta 2 Keragaman bahasa
H/C - Menilai keindahan melalui keragaman bahasa dengan
keserasiannya
- Dapat menunjukkan kebenaran yang dihasratkan penulis

Fakta 3 Menilai kesan keindahan secara menyeluruh
H/C - Memeriksa sastera dengan tumpuan utama kepada gaya dan
teknik penulisan dalam konteks fungsi / makna dalam system nilai
tertentu.
- Menilai keindahan karya dari segi pengalaman, perasaan,
imaginasi, dan wawasan.

Fakta 4 Keindahan dan keistimewaan karya
H/C - Menilai keindahan dan keistimewaan pengolahan karya
- Membicarakan teknik penulisan, seni mengarang, kreativiti dalam
persembahan karya
- Membincangkan unsur-unsur seni yang terkandung dalam karya
sastera.
Pilih 3 isi
1 isi = 3 markah
(1markah Fakta, 2 markah Huraian/Contoh)
3 isi X 3 markah = 9 markah


c) Tiga sebab pendekatan Keindahan (Stilistik)

Fakta 1 Menerangkan keindahan
H/C - Dapat menerangkan keindahan karya sastera itu dengan lebih
baik
- Menunjukkan keselarasan pemakaian ciri-ciri keindahan bahasa
yang universal dan yang tertentu dalam karya sastera

Fakta 2 Membimbing pembaca
H/C - Membantu pembaca menikmati karya sastera dengan lebih baik.
- Unsur keindahan dalam karya dicungkil untuk dibaca dan dihayati
pembaca.
- Membantu pembaca memilih karya / merangsang minat membaca
karya sastera.

Fakta 3 Membimbing penulis
H/C - Membantu penulis membaiki atau meninggikan mutu karyanya
- Membantu penulis memahami kemahuan pembaca.
- Memberi panduan dan merangsang penulis menghasilkan karya
yang baik

Fakta 4 Menilai karya sebagai sebuah hasil seni
H/C - Untuk menentukan sesebuah karya mempunyai unsur-unsur
keindahan
- Membezakan antara teks yang baik dengan teks yang tidak
Bermutu dari segi kepuitisan / keindahan bahasa
- Menyumbang / menyampai pengetahuan melaui tafsiran
tentang karya tersebut.
Pilih 3 isi
1 isi = 4 markah
(2 markah Fakta, 2 markah Huraian/Contoh)
3 isi X 4 markah = 12 markah


Soalan 2

Ceraian (a) Konsep ”Pendekatan Sosiologi” [ 4 ]

F1: Pendekatan Sosiologi merupakan satu cara mengaitkan sastera dengan masyarakat.

F2: Perkaitan sastera dengan masyarakat dalam pendekatan sosiologi dilihat menerusi tempat karya sastera itu dihasilkan.

F3: Pendekatan sosiologi juga melihat karya sastera sebagai cerminan masyrakat.

F4: Pendekatan sosiologi juga melihat karya sastera sebagai satu dokumen sosial.

1 isi = 1 markah
4 isi x 1 markah = 4 markah.

Ceraian (b) Tiga Unsur Dalam Pendekatan Sosiologi. [ 9 ]

F1 : Unsur Perkaitan antara karya sastera dengan masyarakat karya itu dihasilkan.

H1 : Pandangan pengkritik sosiologi terdapat perkaitan/perhubungan yang rapat antara karya sastera dengan masyarakat karya itu dihasilkan. Ini kerana pengarang adalah anggota sesuatu masyarakat tidak dapat mengelak daripada menjadikan kehidupan masyarakatnya dan dirinya sebagai bahan utama untuk menghasilkan karya sastera.

C1 : Novel Empangan , karya Zakaria Ali menceritakan pengalamannya semasa belajar di Amerika Syarikat dan kehidupan masyarakatnya yang mengamalkan adat Pepatih di Negeri Sembilan.


F2 :Unsur karya sastera sebagai cermin masyarakat.

H2 : Pengkritik Sosiologi beranggapan bahawa sesuatu karya sastera itu merupakan bayangan atau refleksi dari kehidupan sesuatu masyarakat. Ini disebabkan sesuatu karya sastera itu seakan-akan boleh menggambarkan gambaran kehidupan sebenar pada masa karya itu di hasilkan.

C2 : Novel Salina , karya A. Samad Said dapat menggambarkan penderitaan hidup segelintir masyarakat Melayu di kota di zaman perang.


F3 :Unsur karya sastera sebagai dokumentasi sosial.

H3 : Pengkritik Pendekatan Sosiologi percaya bahawa sesuatu karya sastera adalah alat perakam atau rekod peristiwa yang boleh dijadikan dokumen sosial sesuatu masyarakat. Ini kerana karya sastera itu berupaya merakam peristiwa dan nilai-nilai masyarakat pada satu-satu waktu tertentu.

C2 : Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur , karya Keris Mas merupakan dokumentasi masyarakat golongan koperat Melayu di era selepas merdeka.

Ceraian ( c ) Empat tokoh Pengkritik Sosiologi dan tulisannya, [12]

F1 : Asraf (Asraf Haji Abdul Wahab)
H/C1 : Berpegang kepada fahaman , kesusasteraan dan masyarakat mempunyai perkaitan yang amat rapat. Mempelopori slogan ”Seni Untuk Masyarakat .”Karya sastera dengan masyarakat tiada terpisah antara satu sama lain.Masyarakat dan sastera adalah satu.Kajian ke atas karya sastera sama dengan kajian ke atas masyarakat di mana karya itu dihasilkan – kerana sastera adalah cermin masyarakat. Tulisan kritikan Asraf :” Mencari Pembaharuan dalam Kesusasteraan Melayu”.dlm. Mastika, Mei 1950.

F2 : Kassim Ahmad
H/C2 : Berpegang kepada fahaman ”realisme sosialis” –dalam menghasilkan karya terdapat kecenderungan yang besar memuatkan masyarakat.menerapkan istilah sosialis dalam kritikan seperti kapitalis, proletar , borjuis , reaksioner , revolusioner , kelas , progresif dan radikal. karya yang bermutu adalah kesepaduan antara persolan-persolan masyarakat dengan nilai estetika/keindahan. menyanjung tinggi karya Masuri SN, Keris Mas dan Usman Awang kerana disamping persoalan masyarakat tidak mengetepikan keindahan karya.Tulisan kritikan Kassim Ahmad, ”Kesusasteraan Melayu Baru dalam Masyarakatnya”. dlm. Bahasa, Januari 1957.

F3 : Ismail Hussein
H/C3 : Berpegang kepada fahaman ”akar umbi” (tradisi) – terdapat perkaitan antara karya dengan masyarakat sesuatu tempat/sejarah tradisinya.mengaitkan teori(ilmu) sastera Melayu dengan dengan tradisi atau akar umbinya.kritikannya bersifat nasionalistik dalam konsep Melayu dan gagasan Nusantara segala penderitaan dan pergolakan yang digambarkan dalam karya seharusnya dikaikan dengan sejarah, politik, kebudayaan dan sistem nilai masyarakat Melayu.Tulisan kritikan Ismail Hussein, ”Sastera dan Masyarakat” Kuala Lumpur, Pustaka Zakry Abadi : 1974.

F4 : M. Noor Azam.
H/C4 : Berpegang kepada fahaman bahawa” proses penghasilan karya sastera terbit daripada masyarakat.”cenderung memperkatakan tema dan persoalan dalam karya ada hubungannya dengan kehidupan masyarakat tersebut.mengupas karya sastera dalam hubunganya dengan kehidupan dan masyarakat yang melahirkan karya berkenaan. Tulisan kritikan M. Noor Azam , ”Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Melayu 1957 -1972 (antologi bersama) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976.

F5 : Ramli Isin
H/C5 : Berpegang kepada fahaman bahawa” terdapat hubung kait sosial karya dengan realiti semasa tumpuan tulisan kritikan terhadap keadaan sosial serta kemanusiaan orang- orang kota dan desa.Isu utama karya adalah penderitaan yang dipancarkan oleh masyarakat kota atau desa melalui karya sastera. Tulisan kritikan Ramli Isin , ”Riak dan Gelombang Sastera Melayu”. Kuala Lumpur .Dewan Bahasa dan Pustaka : 1984.


F6 : Pena Patriot (Abdul Rahman Embong)
H/C5 : Berpegang kepada fahaman bahawa” situasi masyarakat dalam memahami milieu sebenar karya sastera.”Tidak menyalahkan sistem-sistem yang ada dalam masyarakat Malaysia.Masyarakat Malaysia tahun 70-an berbentuk neokolonialis – penjajahan bentuk baru di segi ekonomi, politik dan sosial maka lahirlah karya-karya daripada ahli masyarakat yang tidak menentang sistemnya sendiri. Tulisan kritikan Pena Patriot, tulisan nya dalam majalah ”Truth” Mei-Jun. Julai- Ogos , September-Oktober : 1973.


Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 3 markah ( 1 markah Fakta dan 2 markah Huraian/Contoh)
4 isi x 3 markah = 12 markah.

Bahagian A (Kritikan Sastera)


Aktiviti Luar



Syukur alhamdullilah kerana terpilih untuk turut serta dalam aktiviti bukan P&P banyak pengalaman yang bermakna diperolehi.