Biodata

My photo
Bachok, Kelantan, Malaysia
Guru Cemerlang Kesusasteraan Melayu Moden STPM Panel Penggubal soalan percubaan peringkat negeri Pemeriksa Kertas Kesusasteraan Melayu STPM Penceramah Teknik Menjawab Kesusasteraan Melayu Kertas 2

Bahagian A
Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden
SENARAI SEMAK TAJUK-TAJUK PENTING
BAHAGIAN A (SEJARAH PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU
MODEN)
1. Tahap (Zaman)
1.1 Zaman Abdullah Munsyi
i. Ketokohan
ii. Faktor-faktor Abdullah Munsyi Membawa pembaharuan
iii. Sikap dan pemikiran Abdullah Munsyi

1.2 Zaman Sebelum Perang
i. Perkembangan Genre (Cerpen)
a. Tema dan Persoalan
b. Faktor Perkembangan
c. Contoh karya

ii. Peranan / sumbangan Golongan Penulis (Agama / Guru)
a. Tokoh
b.Bentuk Karya
c. Peranan / sumbangan

1.3 Zaman Selepas Perang
i. Perkembangan Genre (Cerpen / Drama)
ii. Peranan / sumbangan Golongan Penulis (Guru / Wartawan)

2. Tokoh Penulis
2.1 Tokoh lama
i. Muhammad Yassin Maamor (Pungguk)
ii. Abd. Rahim Kajai
iii. Ishak Hj. Muhammad

2.2 Penerima ASN
i. A.Samad Said
ii. Nordin Hassan
iii. Arenawati
iv. Abdullah Hussein

3. Institutsi
3.1 ASAS 50
3.2 Universiti Malaya

4. Persoalan dan Realiti Masyarakat
4.1 Pertembungan Timur Barat
4.2 Reformasi pemikiran
4.3 Emasipasi Wanita
4.4 Nasionalisme
4.5 Dasar Ekonomi Baru

Bentuk Soalan dan Contoh cadangan skema :

Tajuk: 1.1 Zaman Abdullah Munsyi
i. Ketokohan
ii. Faktor-faktor Abdullah Munsyi mencipta zamannya (membawa pembaharuan)
iii. Sikap dan pemikiran Abdullah Munsyi

Contoh Soalan 1:
Ditinjau dari persefektif sejarah, ternyata Abdullah Munsyi mencipta zamannya sendiri dalam konteks kesusasteraan Melayu Moden. Abdullah Munsyi diiktiraf sebagai pelopor sastera Melayu moden. Berdasarkan kenyataan tersebut huraikan,

a. Latarbelakang beliau [ 6]

b. Faktor-faktor yang mendorong beliau mencipta zamannya sendiri. [10]

c. Sikap dan pemikiran Abdullah Munsyi yang menjadi gagasan utama dalam karya-karyanya. [ 9]

Cadangan Skema Jawapan:

a. Latar belakang Abdullah Munsyi.
Fakta 1: Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi
Fakta 2: Beliau telah dilahirkan pada tahun 1796, di kampung Pali Melaka.
Fakta 3: Beliau merupakan anak bongsu dari empat orang adik beradik dan telah kematian ketiga-tiga abangnya sejak kecil lagi.
Fakta 4: Ayahnya berketurunan Arab Yaman manakala ibunya Salamah berketurunan dari India.
Fakta 5: Sejak kecil dia telah diajar mengaji Al-Quran dan tulisan Jawi serta tatabahasa bahasa Melayu oleh bapanya.
Fakta 6: Beliau juga turut belajar bahasa Tamil, Hindi dan juga bahasa Inggeris.
Fakta 7: Beliau juga pernah bertugas sebagai jurutulis kepada Sir Stamford Raffles
Fakta 8: Beliau juga pernah membantu paderi Thomson dan Milne menterjemah kitab Injil ke dalam bahasa Melayu.
Fakta 9: Pernah menjadi guru bahasa Melayu kepada askar Inggeris keturunan India.
Fakta 10: Pernah memangku jawatan pengetua di Anglo-Chinese College ketika Paderi Thomson pulang bercuti di England.
Fakta 11: Meninggal dunia pada usia 58 tahun di Jeddah pada tahun 1854 ketika dalam perjalanan ke Mekah.

Taburan Markah: Pilih mana-mana 5 fakta sahaja.
1 isi = 1 markah (5 isi x 1 markah = 5 markah)






b. Faktor-faktor yang mendorong beliau mencipta zamannya sendiri

Fakta 1: Faktor kuasa barat mulai bertapak di Tanah Melayu.
Huraian/Contoh: Penjajahan barat oleh Inggeris ke atas Tanah Melayu telah menyebabkan kuasa golongan feudal mulai merosot, pada ketika proses transisi inilah Abdullah Munsyi tampil sebagai penulis yang membawa perubahan. Ini dapat dibuktikan melalui karya-karya yang dihasilkan beliau seperti Kisah Pelayaran Abdullah (1838) yang menceritakan pengalaman yang dilalui oleh beliau semasa mengikuti rombongan penjajah Inggeris ke negeri-negeri pantai Timur.

Fakta 2: Faktor arus modenisasi yang dibawa oleh penjajah barat.
Huraian/Contoh: Kehadiran alat cetak yang dibawa bersama arus modenisasi barat telah memungkinkan karya-karya yang ditulis oleh Abdullah Munsyi dicetak dan diterbitkan. Beliau merupakan pengarang Melayu pertama yang karyanya dicetak. Antara karyanya yang terawal dicetak ialah Kisah Pelayaran Abdullah (1838).

Fakta 3: Faktor pergaulan dengan orang-orang barat.
Huraian/Contoh: Hubungan beliau dengan orang-orang barat sama ada ketika beliau bekerja ataupun menjadi guru bahasa Melayu, telah memperluaskan pemikirannya selari dengan modenisasi yang di bawa oleh orang-orang barat. Beliau pernah menjadi jurutulis kepada Sir Stamford Raffeles dan pernah bekerja dengan Paderi Thomson yang merupakan pengetua Anglo-Chinese College.

Fakta 4: Faktor pendidikan yang diterima sejak dari awal lagi.
Huraian/Contoh:Sejak kecil lagi beliau telah diberi pendedahan tentang pendidikan sama ada pendidikan agama mahu pendidikan dunia yang berupa tatabahasa Melayu. Beliau telah menguasai dan khatam Al-Quran seawal usia 7 tahun kemudian beliau mula menjadi guru bahasa Melayu seawal usianya 14 tahun.

Fakta 5: Faktor keturunan dan latar belakang keluarganya
Huraian/Contoh: Beliau dilahirkan hasil perkahwinan campur antar bapanya yang berketurunan arab dan ibunya berketurunan India. Ayahnya tergolong dalam kelompok ilmuwan dan intelek(guru agama, guru bahasa dan juga seorang pedagang) didikan yang berteraskan ketegasan dalam ilmu telah banyak membantu Abdullah menjadi orang yang berpengetahuan dan mencipta zamannya sendiri dengan membawa banyak perubahan dan pembaharuan dalam kesusasteraan Melayu.

Fakta 6: Faktor bakat dan kebolehan semulajadi dalam bidang tulis menulis.
Huraian/Contoh: beliau memang berbakat dalam tulis-menulis, idea yang diberikan kreatif. Olahan cerita yang disampaikannya juga menarik serta terperinci. Idea dan pemikiran dalam karya-karyanya yang berbentuk autobiografi seperti Syair Singapura terbakar (1830) Kisah Pelayaran Abdullah (1838) membuktikan beliau memang berbakat dalam bidang penulisan yang melayakkannya berada dalam zamannya sendiri.

Fakta 7: Faktor zaman Abdullah Munsyi adalah zaman pergolakkan
Huraian/Contoh: Abdullah Munsyi berada dalam dua situasi iaitu menjelang keruntuhan kuasa politik kaum bangsawan Melayu dan bermulanya kegemilangan pengaruh asing. Senario itu telah memungkinkan Abdullah membawa pembaharuan dalam karya-karyanya yang tidak terikat lagi pada tradisi istana. Ini jelas dalam kebanyakkan karyanya tidak lagi memberi penekanan pada golongan feudal seperti dalam Hikayat Abdullah.

Fakta 8: Faktor penyebaran agama kristian.
Huraian/Contoh: Penyebaran agama kristian yang dibawa oleh mubaligh-mubaligh dari barat turut membawa masuk ilmu-ilmu barat yang mula berkembang dan mula melemahkan kuasa golongan feudal orang Melayu. Abdullah Munsyi yang turut belajar dengan beberapa orang paderi seperti Thomson dan juga Milne telah menerima tempias keilmuan barat sehingga memungkinkannya mencipta pembaharuan dalam karya-karya beliau ini terbukti melalui penggunaan istilah-istilah Inggeris dalam karya beliau seperti Hikayat Abdullah Munsyi. Antaranya police dan college.

Taburan markah:
1 isi = 2 markah (1 markah fakta dan 1 markah Huraian/contoh)
5 isi x 2 markah = 10 markah.

c. Sikap dan pemikiran Abdullah Munsyi yang menjadi gagasan utama dalam karya-karyanya.

Fakta 1: Sikap dan pemikirannya terhadap Bahasa Melayu.
Huraian/Contoh: Munsyi Abdullah begitu berminat untuk mempelajari dan mendalami bahasa Melayu dan pemikirannya terhadap bahasa Melayu jelas apabila beliau menegaskan betapa pentingnya bahasa Melayu perlu dipelajari oleh orang Melayu. Kenyataan ini dapat dijelaskan berdasarkan pendiriannya terhadap bahasa Melayu seperti yang dtulis oleh beliau dalam karyanya Kisah Pelayaran Abdullah (1838) yang antara lainnya beliau menyatakan rasa kesalnya terhadap orang-orang Melayu yang tidak mengambil berat tentang bahasa Melayu.

Fakta 2: Sikap dan Pemikirannya terhadap ilmu-ilmu lain.
Huraian/Contoh: Kesedaran beliau terhadap betapa mundur dan ceteknya pemikiran bangsanya telah mempengaruhi sikap dan pemikiranya terhadap ilmu-ilmu lain yang dibawa masuk oleh orang-orang barat. Situasi itulah yang mendorong beliau untuk mempelajari ilmu-ilmu baharu yang dibawa masuk oleh orang-orang barat. Dalam Hikayat Abdullah dinyatakan beliau belajar ilmu bumi seperti bentuk bumi, gerhana dan ilmu kira-kira.






Fakta 3: Sikap dan pemikirannya terhadap orang Melayu yang mengabaikan bahasa Melayu.
Huraian/Contoh: Munsyi Abdullah yang jelasnya bukan orang Melayu tulen maka tidak hairanlah dia dengan begitu berani mengkritik orang-orang Melayu. Sikap dan pemikirannya terhadap orang Melayu jelas apabila dia tidak bersetuju dengan pandangan dan sikap orang Melayu yang mengabaikan bahasa Melayu seperti yang dinyatakan dalam Hikayat Abdullah yang betapa bodohnya orang Melayu kerana tidak mahu mempelajari bahasa sendiri.

Fakta 4: Sikap dan pemikirannya terhadap cara hidup orang Melayu.
Huraian/Contoh: Munsyi Abdullah dalam karyanya khususnya Kisah Pelayaran Abdullah (1840) turut mencetuskan pandangannya terhadap cara hidup orang Melayu. Beliau beranggapan orang Melayu malas, lalai dan pengotor. Bahasa percakapan orang Melayu juga buruk, makanan orang Melayu disebut terdiri dari bahan-bahan kotor. Beliau juga turut memuji sikap rajin perempuan kelantan rajin menjalankan perniagaan.

Fakta 5: Sikap dan pemikirannya terhadap golongan feudal / bangsawan / raja
Huraian/Contoh: Abdullah Munsyi menunjukkan sikap benci dan menganggap budaya raja-raja Melayu sebagai kolot. Beliau menganggap raja-raja Melayu zalim kerana kehendak mereka tidak boleh dihalang atau dilarang jika tidak buruk padahnya. Sikap danpemikirannya yang bencikan golongan jelas melalui gambaran betapa hodoh dan bodohnya raja-raja Melayu dalam karyanya seperti Hikayat Abdullah Munsyi seperti gambaran tentang Sultan Hussin yang dikatakan gemuk dan kuat makan.

Fakta 6: Sikap dan pemikirannya terhadap kepercayaan orang Melayu.
Huraian/Contoh: Abdullah Munsyi tidak bersetuju dengan kepercayaan orang Melayu yang terlalu percaya kepada perkara yang tahyul. beliau beranggapan perkara itu karut dan sewajarnya tidak diikuti ini adalah kerana kepercayaan itu akan menjadi halangan untuk kemajuan bangsa Melayu . Ini dapat dilihat penentangannya terhadap adat menjual anak seperti yang dinyatakan dalam Hikayat Abdullah.

Fakta 7: Sikap dan pemikirannya terhadap orang-orang Inggeris/ barat.
Huraian/Contoh: Abdullah menghargai dan mengagumi orang-orang Inggeris yang dikatakannya membawa pengetahuan dan kemajuan. Sikap rajin dan keilmuan orang Inggeris menjadi perhatian beliau seperti dalam Hikayat Abdullah, beliau sangat kagum dengan Tuan Raffles yang rajin.

Taburan Markah:
1 isi = 3 markah ( 1 markah fakata dan 2 markah Huraian/Contoh)
Perlu 3 isi x 3 markah = 9 markah.






Bentuk Soalan dan Contoh cadangan skema :
1.2 Zaman Sebelum Perang
i. Perkembangan Genre (Cerpen)
a. Tema dan Persoalan
b. Faktor Perkembangan
c. Contoh karya

1. Perkembangan genre cerpen pada dekad 1930-an dan 1940-an memperlihatkan golongan –golongan tertentu menguasai penulisannya.Berdasarkan penyataan di atas,

(a) nyatakan dua golongan penulis dan namakan dua tokoh penulis dekad 1930-an dan 1940-an . [4 ]

(b) jelaskan dengan memberikan contoh empat persoalan yang diperkatakan dalam genre cerpen dekad 1930-an dan 1940-an .[12]

(c) huraikan tiga faktor yang menimbulkan kesedaran golongan di atas terhadap persoalan yang diperkatakan dalam genre cerpen. [9]


Rangka Jawapan:
(a) nyatakan dua golongan penulis,
(i). Golongan penulis guru (1 markah)
(ii). Golongan penulis wartawan (1 markah)

namakan dua tokoh penulis dekad 1930-an dan 1940-an .
(i). Ishak Hj. Muhammad (1 markah)
(ii). Abd. Rahim Kajai (1 markah)
(iii). Muhammad Yassin Maamor (1 markah)
(iv). Muhammad Dahlan Masud (1 markah)
(v). Harun Muhammad Amin (1 markah)

(b). empat persoalan yang diperkatakan dalam genre cerpen dekad 1930-an dan 1940-an

Fakta 1 : Persoalan moral
Huraian/contoh: Merangkumi soal-soal lain seperti kebaikan berbudi bahasa, sabar, murah hati, jujur , kesetiaan , kehidupan masyarakat tempatan, keruntuhan/ kepincangan/ pengaruh barat dan sebagainya. Antara cerpen yang membawa persoalan moral ialah, Gelombang Hidup oleh Yusof Adil, Menyelam Di Lautan Percintaan, Hantu Judi atau Isteri yang Berbakti, Salah sendiri dsb.





Fakta 2 : Persoalan Kebebasan sosial
Huraian/contoh: Ianya dipersoalkan dengan meluas terutama ketika masyarakat Melayu bertembung dengan pengaruh budaya barat, isu ini merangkumi aspek kebebasan memilih jodoh dan mengatur kehidupan rumahtangga. Antara cerpen yang memperkatakan tentang persoalan ini ialah Tanggungan Muda , Kesedihan Perkahwinan Paksa, Meracun Pertemuan, Sampaikan Salamku Kepadanya dan Kerana Ringgit Bercerai Kasih.

Fakta 3: Persoalan pelajaran / pendidikan
Huraian/contoh: Kesedaran tentang betapa pentingnya pendidikan kepada orang Melayu/kesedaran mendidik anak bangsa dengan pelajaran / pelajaran agama. Antara cerpen yang memperkatakan persoalan ini ialah “Berpantang Mati Sebelum Ajal” oleh Muhammad Dahlan Masud. “Hindun Seorang Murid Yang Miskin” atau “Isteri Yang Berbahagia atau Ibu Yang Berjasa”.

Fakta 4: Persoalan Nasionalisme/semangat cintakan tanahair.
Huraian/contoh: Sikap anti penjajah/kebencian terhadap penjajah yang menganaktirikan pribumi, kesedaran tentang nasib bangsa yang tertindas di bumi sendiri, ketidakpuasan hati terhadap penjajah/keinginan untuk memerdekakan tanahair. Antara cerpen-cerpennya ialah “Rumah Besar Tiang Sebatang” oleh Ishak Hj. Muhammad “Anak Dibuat Denak” , “Disini Kita Bukannya Orang Dagang”

Fakta 5:Persoalan Ekonomi
Huraian/contoh: Kecurigaan masyarakat pribumi terhadap kaum pendatang/mendedahkan kelemahan/kedudukan ekonomi orang Melayu yang jauh ketinggalan. Kesedaran tentang perlunya perubahan sikap orang Melayu terhadap ekonomi / penglibatan orang Melayu dalam ekonomi. Antara cerpen” Dari Perangkap ke Penjara, kemudian lalu ke syurga”-Ishak Hj.Muhammad. “Dolly, Bidadari Dari Shanghai” dan “Cerita Awang Putat”

Fakta 6: Persoalan Bercorak pengembaraan dan detektif
Huraian/corak: Gambaran tentang pengembaraan/perjalanan manusia ke angkasa/kisah-kisah/pengalaman-pengalaman negeri antara cerpennya “Panglima di Rimba, “Terbang ke bulan” “Pelayaran yang Dahsyat”

Fakta 7: Persoalan kelucuan / jenaka
Huraian/contoh: Sifat/perangai manusia yang menimbulkan kelucuan/kebodohan yang ada pada setengah-setengah mereka. Bertujuan untuk memberi hiburan tetapi pada masa yang sama terselit sindiran-sindiran yang tajam antara cerpennya “Bodoh Mengena” , “Tipuan Yang Hendak Mengenyangkan Perut dan Menghilangkan Dahaga”, “Mengangguk Kepala Kerana Penyakit”






(c). tiga faktor yang menimbulkan kesedaran golongan di atas terhadap persoalan yang diperkatakan dalam genre cerpen.

Fakta 1: Kesedaran tentang pengaruh barat / moden membawa keburukan
Huraian/contoh: Unsur-unsur negatif yang dibawa masuk oleh pengaruh barat, menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak ./ moral di kalangan penduduk tempatan. Dolly Bidadari Dari Shanghai.

Fakta 2: Kesedaran tentang sikap kaum pendatang yang buruk / menipu/menjahanamkan masyarakat pribumi.
Huraian/contoh: Golongan pendatang sama ada DKK atau DKA yang mengambil kesempatan menipu dan cuba menjahanamkan masyarakat Pribumi seperti cerpen Awang Putat.

Fakta 3: Kesedaran tentang dasar pendidikan barat/sekolah Inggeris
Huraian/contoh: pihak penjajah yang tidak membuka ruang untuk pribumi menguasai ilmu. Hindun Seorang Pelajar Yang Miskin.

Fakta 4: Kesedaran tentang kelalaian dalam ilmu agama
Huraian/contoh: Masyarakat melayu yang mudah terjebak dengan gejala negatif yang meruntuhkan akhlak/pergaulan bebas. Bertukar Agama Kerana Cinta.

Fakta 5:Kesedaran kebangsaan/ politik orang Melayu
Huraian/contoh: Orang Melayu mulai sedar sikap penjajah yang lebih mengutamakan kaum pendatang hingga menyebabkan orang Melayu tertinggal dan terbiar.

Fakta 6: Kesedaran tentang orang Melayu yang jauh ketinggalan dari segi ekonomi.
Huraian/contoh: Penguasaan ekonomi oleh kaum pendatang yang lebih diutamakan oleh penjajah menyebabkan orang Melayu mundur dan miskin.

Faktor-Faktor Perkembangan Genre Cerpen
Zaman Sebelum Perang (1920-an hingga 1940-an)

Faktor :Perkembangan alat Cetak
Pemodenan dalam alat cetak membuka ruang kepada perkembangan akhbar dan Majalah yang merupakan wadah utama bagi genre cerpen pada era sebelum perang.
Sepanjang tempoh 1920 hingga 1941 sebanyak 734 buah cerpen mengisi ruang sastera dalam akhbar dan majalah Melayu pada era tersebut.
(Ruj:Othman Puteh: Pertumbuhan dan perkembangan Cerpen Melayu Moden Sebelum Perang Dunia Kedua. Hlm.156)







Faktor: Penglibatan Institusi penerbitan / Akhbar dan Majalah
Syarikat-syarikat penerbitan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan akibat daripada perkembangan alat cetak menjadi cukup signifikan dengan perkembangan genre cerpen.
Sepanjang tempoh 1896 hingga 1940 sebanyak 153 buah akhbar dan majalah diterbitkan dan 147 daripadanya berbahasa Melayu dan 64 buah daripadanya menyiarkan cerpen. Antara surat khabar dan majalah yang terpenting yang menyiarkan cerpen ialah Majalah Guru, Warta Jenaka, Warta Ahad, Utusan Zaman dan Mastika.

Faktor: Perkembangan Sistem Pendidikan (Agama dan Sekular)
Perkembangan sistem pendidikan menerusi sekolah-sekolah Melayu / agama memberi lebih ruang kepada orang Melayu belajar menulis dan membaca .
Penubuhan Sultan Idris Training College (SITC) di Tanjung Malim, Perak menjadi pemangkin dalam perkembangan genre sastera. Ini berikutan terbentuknya Pejabat Karang Mengarang (PKM) yang memberi tunjuk ajar dan latihan menulis kepada guru-guru Melayu dalam penulisan karya-karya kreatif termasuklah genre cerpen. Hasilnya ramai kalangan lepasan SITC terlibat secara langsung dalam perkembangan genre cerpen antara mereka ialah, Yusof Adil, Pungguk, Kasmani Hj. Arif, Harun Muhammad Amin, Abdullah Yahya, Yusof Arshad dan Abdullah Sidek.

Faktor: Pertembungan Kebudayaan Timur dengan Kebudayaan Barat
Pengarang-pengarang yang lahir pada era ini melihat pengaruh buruk dan gejala negatif boleh membawa keburukan bagi survival orang Melayu.
Senario ini telah mendorong mereka berkarya bagi memberi kesedaran kepada orang Melayu hasilnya terhasillah cerpen-cerpen yang membawa persoalan tentang Persoalan moral yang turut menyentuh soal-soal keruntuhan akhlak kesan pengaruh budaya barat

Faktor: Dasar penjajah / modenisme barat dengan membawa masuk imigran dari China dan India.Kemasukan mereka ke tanah Melayu yang dibawa oleh orang Inggeris telah mencetuskan banyak permasalahan bagi orang Melayu khususnya dari aspek ekonomi.Fenomena sosial ini telah mendorong kalangan pemuda-pemuda Melayu yang juga terdiri daripada penulis-penulis cerpen memperkatakan isu ini dalam karya-karya mereka sebagai memberontak terhadap cara hidup mereka yang menyebabkan orang Melayu menjadi mundur.

Faktor: Pertambahan bilangan penulis (Kesan langsung pertambahan bilangan akhbar dan majalah)Peningkatan ini berlaku kerana akhbar dan majalah yang menyediakan ruangan khas bagi cerpen memerlukan ramai penulis bagi mengisi ruangan tersebut.Sepanjang tahun 1920-an seramai 42 orang penulis muncul namun pada tahun 1930-an seramai 216 orang penulis cerpen telah dapat dikesan.
(Ruj: Hashim Awang: Cerpen-cerpen Melayu Sebelum Perang Dunia kedua. Hlm: 7)





Faktor: Perubahan Gaya Hidup Moden / Pengaruh urbanisasi(bandar)
Kalangan penulis guru dan wartawan yang berhijrah ke kota-kota , mereka prihatin terhadap segala perubahan yang menjelikkan akibat urbanisasi.Perubahan-perubahan yang berlaku menyebabkan mereka pancarkan melalui genre cerpen antaranya cerpen “Menyelam di Lautan Percintaan” dan “Gelombang Hidup” Yusof Adil
“Salah Sendiri” oleh Penulis Khas Tanjong Malim (Harun Aminurashid) “Hantu Judi atau Isteri Yang Berbakti”-(tanpa nama pengarang)

Faktor: Perubahan Gaya Hidup Yang Bertentangan dengan ajaran Islam
Gaya hidup barat yang mulai menular di kalangan muda-mudi bandar serta pengaruh pendakwah-pendakwah kristian amat mengusarkan penulis-penulis cerpen
Kebimbangan ini mereka salurkan melalui cerpen-cerpen berikut antaranya,”Siapa Salah” oleh Melati Sarawak, “Bertukar Agama Kerana Cinta” oleh Abdul Rahman Hj.Ahmad dan “Tercabut Iman Kerana Cinta” oleh Penulis Khas Tanjong Malim.

Faktor: Perkembangan Politik dan kebangkitan semangat nasionalisme
Tertubuhnya pertubuhan-pertubuhan politik Melayu dan kesedaran kebangsaan juga turut mempengaruhi perkembangan genre cerpen.Secara seriusnya persoalan ini diperkatakan lewat tahun 1930-an,antara penulis cerpen yang prolifik ialah Ishak Hj. Muhammad antara cerpennya ialah “Anak Dibuat Denak”, “Amin! Kepada Encik Amin dan Cik Aminah” dan “Istana Berembun”.



Contoh Soalan dan cadangan skema : (Soalan Klon STPM 2005)
Persoalan Nasionalisme dan Ekonomi

“Persoalan nasionalisme dan ekonomi dalam karya-karya awal Kesusasteraan Melayu moden telah pun bermula sejak tahun1930-an”.

Berdasarkan pernyataan di atas,

a. Nyatakan dua golongan penulis yang terlibat dalam membawa persoalan di atas serta berikan nama dua tokoh tersebut. [ 4 ]

b. Jelaskan dengan memberikan contoh, dua bentuk persoalan ekonomi dan dua bentuk persoalan nasionalisme pada tahun 1930-an. [12]

c. Huraikan tiga faktor yang menyebabkan persoalan nasionalisme dan Ekonomi diperkatakan dalam karya-karya sastera tahun 1930-an. [ 9 ]






Rangka Jawapan:
(a). dua golongan penulis yang terlibat dalam membawa persoalan di atas serta berikan nama dua tokoh tersebut.

Golongan Penulis
i. Penulis Guru (1 markah)
ii. Penulis Wartawan (1 markah)

Nama tokoh
i. Muhammad Yassin Maamor (1 markah)
ii. Ishak Hj. Muhammad (1 markah)


(b). dua bentuk persoalan ekonomi dan dua bentuk persoalan nasionalisme pada tahun 1930-an.
(i) dua bentuk persoalan ekonomi
Fakta 1: Kelemahan ekonomi orang Melayu
Sikap penjajah yang lebih mengutamakan kaum pendatang sehingga mereka menjadi kaum yang menguasai ekonmi di Tanah Melayu menimbulkan perasaan curiga dan kebencian Orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu mengganggap kedatangan kaum pendatang terutama orang cina adalah untuk membolot ekonomi Tanah Melayu.Cerpen-cerpen Dari Perangkap ke penjara, kemudian Lalu ke Syurga, Dolly Bidadari dari Shanghai karya Ishak Hj.Muhammad mengemukakan persoalan dia atas.

Fakta 2: Penipuan orang bukan Melayu
Kelicinan orang-orang bukan Melayu di dalam kegiatan ekonomi, mereka menggunakan tipu muslihat dalam mempengaruhi para pembesar untuk memperolehi hak dan kekayaan di Tanah Melayu. Cerpen ”Cerita Awang Putat” karya Abd. Rahim Kajai yang mengisahkan seorang DKK, Cikgu Majid Syah yang bersekongkol dengan Ah Kau untuk menipu dan menguasai ekonomi tetapi akhirnya disedari oleh Awang Putat.

Fakta 3: Kebaikan berkerja sendiri / perniagaan
Kegiatan bertani, berniaga dan membuka perusahaan-perusahaan lain juga diberi penekanan dan sekiranya ia dijalankan dengan baik maka pendapatannya adalah jauh lebih baik daripada kerja makan gaji. Cerpen Jangan Berharapkan Makan Gaji, (Warta Ahad, 28 Feb. 1937) karya Abang Port Swettenhem. Mengisahkan kelebihan kerja sendiri.

Fakta 4: Sikap orang Melayu yang boros dan membazir.
Kebiasaan orang-orang Melayu mengamalkan berbelanja banyak dan membazir ketika mengadakan majlis-majlis kenduri atau nikah kahwin. Antara cerpen-cerpen yang memperkatakan persoalan ini ialah ”Seorang Ahli Perkebunan Dengan Anak-Anaknya” (Masa Jun-Nov, 1927) karya Zabha Ch.s yang mengisahkan tentang Si suami yang mahu mengadakan majlis perkahwinan anaknya secara sederhana, tetapi isterinya mahu mengadakan majlis secara besar-besaran.

Fakta 5: Sikap golongan raja / pembesar yang sanggup mengkhianati bangsa.
Golongan raja / pembesar Melayu yang mudah diumpan dengan wang ringgit oleh kaum pendatang yang hendak menguasai ekonomi Tanah Melayu terutamanya untuk dapat tanah-tanah lombong. Cerpen :Tengku Achar Diraja Paku Alam” karya Abu Bakar Ali, mengisahkan sikap pembesar Melayu ynag mudah dipergunakan oleh kaum pendatang.

(b). dua bentuk persoalan nasionalisme

Fakta 1: Sikap yang anti / bencikan penjajah.
Sikap tersebut terjelma kesan daripada perkembangan Politik di tanah Melayu antaranya tertubuhnya Kesatuan Melayu Muda tahun 1937, walau bagaimanapun sikap itu Dilahirkan dalam bentuk sindiran yang tidak begitu tegas namun sikap yang lebih jelas dan berani hanya dikemukakan Oleh Ishak Hj. Muhammad dalam cerpennya bertajuk “Rumah Besar Tiang Sebatang” iaitu katanya “Orang putih sangat sombong dan khianat”

Fakta 2: Keinginan hendak membebaskan / memerdekakan tanah air
Sikap penjajah yang menekan pribumi(pemerintahan) kaum pendatang yang menguasai ekonomi negara kesannya menyedarkan anak bangsa untuk membebaskan tanah air dari terus dijajah oleh penjajah. Judul Karya: Cerpen Cermin Pergaulan Hidup oleh Shamsuddin Salleh mengisahkan kesedaran anak bangsa tentang kaum pendatang yang diberi peluang oleh British sehingga menguasai ekonomi Tanah Melayu.

Fakta 3: Seruan untuk bersatu padu untuk menyingkirkan penjajah
Seruan semangat nasionalisme yang dilakukan melalui tulisan di akhbar dan majalah agar semua bangsa Melayu bersatu padu bagi menyingkirkan penjajah dari Tanah Melayu
Contoh:Judul Karya: “ Nasib Pengarang Muda Penulis: Muhammad Yassin Maamor
Ulasan:menceritakan tentang Ajmain seorang nasionalis yang giat menulis tentang semangat kebangsaan orang-orang Melayu dengan menyeru mereka agar bersatu padu dan dia kemudian dihukum buang negeri ke Hong Kong selama 10 tahun.

Fakta 4: Ancaman dalam bidang ekonomi yang boleh mengugat orang Melayu.
Sikap penjajah yang lebih mengutamakan kaum pendatang sehingga mereka menguasai ekonomi Tanah Melayu, menyebabkan orang Melayu mulai sedar tentang ancaman dan boleh mengugat ekonomi Orang Melayu. “Dolly Bidadari Shanghai” Utusan Zaman 24 Ogos – 21 September 1940 Ishak Hj. Muhammad watak Dolly yang telah menjadi alat orang-orang Cina untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu menerusi para pembesar Melayu yang dungu.

Fakta 5: Kritikan terhadap golongan pembesar-pembesar Melayu yang mengkhianati bangsa.
Sikap raja-raja dan para pembesar Melayu yang mengutamakankKepentingan peribadi tanpa mempedulikan nasib anak bangsa dilihat sebagai perbuatan khianat terhadap anak bangsa sendiri Cerpen Anak Dibuat Denak oleh Ishak Hj.Muhammad kisah Datuk Getah Para yang bersekongkol dengan tauke Tong Sam Pah membuka ladang getah demi kepentingan peribadi tanpa mengira nasib anak bangsanya.

Contoh Soalan dan Cadangan Skema jawapan:

1. Pada tahun 1920-an dan 1930-an , persoalan yang dikemukakan oleh golongan penulis genre cerpen tidaklah memperlihatkan garapan persoalan yang besar, namun soal kebebasan sosial yang ditimbulkan kesan dari pertembungan Kebudayaan Timur dan Kebudayaan Barat jelas mendapat perhatian penulis cerpen pada era tersebut.

Berdasarkan petikan di atas,

a). Berikan nama dua penulis dan contoh karya mereka yang memperkatakan persoalan kebebasan sosial. [4]

b). Huraikan dengan memberikan contoh empat persoalan kebebasan sosial dalam cerpen-cerpen Melayu tahun 1920-an dan 1930-an. [12]
c). huraikan tiga faktor yang menimbulkan kesedaran golongan penulis cerpen berhubung dengan persoalan kebebasan sosial [9]

a). Berikan nama dua penulis dan contoh karya mereka yang memperkatakan persoalan kebebasan sosial.

nama dua penulis contoh karya
i. Muhammad Yusof Ahmad - Mencari Isteri
ii. Yusof Adil - Gelombang Hidup
iii. Muhammad Yusof Arshad - Hantu Judi @ Isteri Yang Berbakti
iv. Muhammad Yassin Maamor - Tanggungan Muda
v. Abd. Rahim Kajai - Jamil dan Jamilah

Taburan markah:
1 markah nama penulis dan 1 markah karya
2 isi x 2 markah = 4 markah

b). Huraikan dengan memberikan contoh empat persoalan kebebasan sosial dalam cerpen-cerpen Melayu tahun 1920-an dan 1930-an

Fakta 1: Kebebasan untuk memilih pasangan hidup sendiri.
Huraian/Contoh: Pengarang cerpen pada era tersebut cuba membawa isu tentang golongan muda seharusnya diberi peluang untuk berkenal-kenalan dan menjalinkan hubungan percintaan barulah membina ikatan perkahwinan supaya hidup mereka lebih bahagia. Antara contoh cerpen yang membawa persoalan ini ialah cerpen Jamil dan Jamilah karya Abd. Rahim Kajai siaran Bil. 5, 19 Okt. 1936, Warta Jenaka.




Fakta 2: Persoalan Perkahwinan Paksa
Huraian/Contoh: Masyarakat Melayu pada era ini masih berpegang teguh dengan adat resam, termasuklah soal jodoh anak-anak yang ditentukan oleh ibubapa. Anak-anak terutama anak gadis akan dipaksa berkahwin untuk tujuan-tujuan seperti mendapat kekayaan dan pangkat. Cerpen Kesedihan Perkahwinan Paksa dan cerpen ”Kerana Ringgit Bercerai Kasih”oleh Pungguk atau Muhammad Yassin Makmur.

Fakta 3: Percintaan muda-mudi yang berlainan agama.
Huraian/Contoh:Kehadiran para imigran ke Tanah Melayu telah menjadikan negara ini terdiri dari pelbagai kaum. Situasi ini memberi idea kepada penulis untuk memaparkan persoalan percintaan golongan muda-mudi yang berlainan agama. Cerpen ”Mencari Isteri” (Majalah Guru, 1 Ogos 1928-1 Mei 1932) oleh Muhammad Yusof Ahmad yang mengisahkan percintaan antara Ramli dengan gadis Tionghua iaitu Yap Ah Moi.

Fakta 4: Kehidupan kota yang menjijikkan
Huraian/Contoh: Kehidupan kota yang moden, yang dipengaruhi oleh barat dengan pelbagai masalah sosial yang negatif, seperti pergaulan bebas, perjudian, perempuan kabaret, arak dan sebagainya. Memberi kesedaran golongan penulis untuk memperkatakan isu ini, cerpen Gelombang Hidup (Bulan Melayu, Mei 1931) oleh Yusof Adil. ”Hantu Judi atau Isteri Yang Berbakti (Warta Kinta, 24 Disember 1937) oleh Muhammad Yusof Arshad. Cerpen Hantu Arak (Majalah Cerita, Januari 1939) oleh Yahya Yusof.

Fakta 5: Pengaruh agama kristian di kalangan orang Melayu
Huraian/Contoh: Kecenderungan mubaligh kristian untuk mempengaruhi orang Melayu untuk memeluk kristian menyedarkan golongan penulis cerpen untuk memperkatakan isu ini antara cerpen yang memperkatakan persoalan ini ialah ”Salah Siapa?” (Warta Malaya, 28 Feb – 3 Mac 1938) oleh Melati Sarawak. ”Bertukar Agama Kerana Cinta”(Warta Malaya 14 Mac 1938) oleh Abd. Rahman Hj. Ahmad- yang mengisahkan tentang Abd. Fatah yang bercinta dengan Miss Emilia dan akhirnya bertukar agama menjadi penganut kristian dengan menggunakan nama Mr.Mad.

Fakta 6: Peristiwa kehidupan rumahtangga / keharmonian.
Huraian/Contoh: Kerukunan rumahtangga tidak mungkin tercapai tanpa perasaan kasih sayang antara suami isteri. Tanpa persefahaman dan timbang rasa mungkin perkahwinan akan bermasalah sama ada akibat perbuatan suami yang tidak jujur atau isteri yang terlalu cemburu dan akhirnya ia membawa kepada penceraian. Antara cerpen yang membawa persoalan rumahtangga ialah cerpen” Isteri” (Bulan Melayu, Mac –April 1931) oleh Yusof Adil. ”Apa Boleh Buat Talak Sudah Gugur (Warta Jenaka, 25 Nov 1937) oleh Abd. Rahim Kajai.






c). huraikan tiga faktor yang menimbulkan kesedaran golongan penulis cerpen berhubung dengan persoalan kebebasan sosial

Fakta 1: Peranan akhbar dan Majalah
Huraian/Contoh :Akhbar dan majalah yang muncul pada era ini seperti cendawan selepas hujan yang menyediakan ruangan khas untuk cerpen memberi peluang kepada para penulis menulis dan memperkatakan persoalan yang berkaitan dengan kebebasan sosial. Antara akhbar dan majalah yang prolifik menyiarkan cerpen ialah Warta Jenaka, Warta Ahad , Majalah Guru dan lain-lain.

Fakta 2: Kesedaran tentang perubahan sosio-ekonomi orang Melayu
Huraian/Contoh: Perubahan sosio ekonomi orang Melayu kesan pengaruh modenisasi barat telah membawa gejala negatif yang bertentangan dengan adat dan ajaran Islam, telah menyedarkan golongan penulis untuk memperkatakan persoalan kebebasan sosial.
Antaranya Muhammad Yusof Arsad dan lain-lain.

Fakta 3: Perlunya kebebasan untuk memilih jodoh.
Huraian/Contoh: Kehidupan orang Melayu yang dikongkong oleh adat dan peraturan-peraturan yang dirasakan lapuk dan tidak sesuai dengan keadaan semasa, khususnya soal jodoh anak-anak dimana ibubapa menentukan jodoh anak-anak mereka. Kesannya golongan penulis cerpen turut memperkatakan isu in seperti dalam cerpen Kesedihan Perkahwinan Paksa.

Fakta 4: Kebimbangan terhadap kehidupan kota yang bebas / gejala negatif
Huraian/Contoh: Kemodenan yang dibawa oleh barat turut membawa bersama pengaruh dan gejala yang negatif seperti pergaulan bebas, judi , arak dan sebagainya yang meninggalkan kebimbangan di kalangan penulis pada masa itu.

Fakta 5: Pengaruh agama kristian yang semakin menular di kalangan orang Melayu.
Huraian/Contoh: Kegiatan para mubaligh kristian yang semakin aktif menyebarkan ajaran kristian membimbangkan golongan penulis yang juga terdiri dari kalangan guru, mendorong mereka memperkatakan persoalan kebebasan sosial dalam karya-karya mereka.












Contoh Soalan dan cadangan skema
Perkembangan genre Novel Zaman Sebelum Perang.

Bincangkan persoalan emasipasi wanita dalam novel-novel sebelum perang. [25]
(Soalan percubaan negeri Melaka tahun 2004)

Fakta
Huraian
Contoh
1. Keinginan kaum wanita untuk mendapat kebebasan
sosial
Kebebasan bergaul, bercakap bersuara serta menyertai masyarakat dalam kerja-kerja amal di luar rumah
1. Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh Al-Hadi
2. Iakah Salmah?
oleh Ahmad Rasyid Talu
2.Keinginan untuk
mendapat hak yang sama rata dengan kaum lelaki

Golongan wanita mahu mereka diberi hak sama dengan lelaki tidak lagi hanya berada di rumah
1. Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh Al-Hadi
2. Iakah Salmah?
oleh Ahmad Rasyid Talu
3. Keinginan kaum wanita untuk menentukan jodoh
sendiri

Golongan wanita juga mahu mereka diberi peluang untuk menentukan pasangan hidup sendiri
1. Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh Al-Hadi
2. Iakah Salmah?
oleh Ahmad Rasyid Talu
4.Menentang perkahwinan paksa di kalangan anak gadis
Perkahwinan paksa turut diberi perhatian kerana ianya memberi kesan kepada kehidupan wanita.
1.Bidadari Tanah Melayu oleh Raja Mansur
2.Senyuman Pemuda oleh Muhammad Isa Mahmud
5. Keinginan kaum wanita
diberi peluang untuk
menerima pelajaran &
pendidikan

Golongan wanita mahu mereka juga diberi peluang untuk mendapat pelajaran dan pendidikan sehingga ke peringkat yang paling tinggi setaraf dengan lelaki
1. Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh Al-Hadi
2. Iakah Salmah?
oleh Ahmad Rasyid Talu
6. Keinginan kaum wanita untuk berganding bahu dengankaum lelaki membantu membangunkan negara

Wanita juga berhasrat menyumbangkan tenaga dan wang ringgit bagi membangunkan negara
1. Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh Al-Hadi
-Faridah telah menderma sebahagian hartanya untuk tujuan pembiayaan pembinaan sekolah kanak-kanak perempuan
7. Kekuatan dan keazaman
kaum wanita dalam
menempuhi kehidupan
moden

Wanita juga bersedia menghadapi kehidupan moden yang penuh dugaan dan cabaran.
1. Iakah Salmah?
oleh Ahmad Rasyid Talu
-Watak Salmah yang dicemuh masyarakat kerana telah menerima cara hidup moden melalui pergaulan dan caranya berpakaian.



2. Tokoh Penulis- (Soalan terakhir ialah pada 2002)

2.1 Tokoh lama ( tokoh Zaman Sebelum Perang)
i. Muhammad Yassin Maamor (Pungguk)
ii. Abd. Rahim Kajai
iii. Ishak Hj. Muhammad


Contoh Soalan dan cadangan Skema

1. Muhammad Yassin Maamor merupakan antara tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan Kesusasteraan Melayu moden. Bincangkan

(a) Tiga aspek latar belakang dan pendidikan beliau [ 9]

(b) Empat sumbangan beliau kepada perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden dan pembaharuan dalam genre puisi. [16]

Skema jawapan:
Ceraian (a) Tiga aspek latar belakang dan pendidikan beliau

latar belakang
Fakta 1: Lahir pada 18 September 1910
Fakta 2: Dilahirkan di Brickfield, Kuala Lumpur.
Fakta 3: Meninggal dunia pada 3 Julai 1971.
Fakta 4: Menggunakan beberapa nama samaran antaranya Keris Melayu, Malim Deman, Pengarang, Pensil Biru, Pujangga , Tanah Emas dan Pungguk.
Fakta 5: Beliau pernah menjadi buruh, penoreh getah, guru penolong, guru besar, guru pelawat, wartawan dan sidang pengarang.
Fakta 6: pernah dipenjarakan selama setahun kerana penglibatannya dalam kegiatan politik ketika menganggotai KMM.

Pendidikan
Fakta 7: Pada tahun 1918 mula bersekolah di Sekolah Melayu Petaling
Fakta 8: Belajar di Sekolah Melayu Batu Belah ketika mengikut ibunya.
Fakta 9: Pernah belajar di Sekolah Melayu Beranang ketika mengikut abangnya.
Fakta 10: Beliau juga pernah mendapat pendidikan agama di Sekolah Agama di Beranang.
Fakta 11: Persekolahan akhirnya ialah di Sekolah Ulu Gombak.
Fakta 12: Lulus cemerlang darjah V ketika di Sekolah Ulu Gombak.
Fakta 13: Pada tahun 1929 – 1931 berjaya menyambung pelajaran di Sultan Idris Training College (Maktab Perguruan Sultan Idris), Tanjong Malim.
Fakta 14: Pernah memenangi hadiah pertama peraduan mengarang pantun berkait tentang adat Melayu yang dianjurkan oleh Tuan Sherferd pada tahun 1930.



Ceraian (b) Empat sumbangan beliau kepada perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden dan pembaharuan dalam genre puisi.

Fakta 1: Memulakan tradisi penulisan kritikan yang bermula pada tahun 1935 menggunakan nama samaran Keris Melayu.
Huraian/Contoh: Menganalisa secara kritis berdasarkan keupayaan ilmiah zamannya tentang isi dan gaya bahasa.
Beliau telah memperkatakan tentang karya Tun Seri Lanang (Sejarah Melayu) dan Abdullah Munsyi (Hikayat Abdullah Munsyi) yang telah disiarkan dalam Majalah Guru keluaran 1 Julai 1935.

Fakta 2: Memulakan Penyiaran penulisan sajak dalam Majalah Guru ketika menjadi ketua pengarang pada tahun 1934 – 1938.
Huraian/Contoh: Beliaulah orang yang nmenjadikan genre sajak berkembang dengan menjadikan sajak sebagai genre tetap dalam penerbitan Majalah Guru.
Sajak Pujukan Hati tulisan beliau sendiri dengan menggunakan nama samaran Pungguk telah disiarkan pada Mac 1934.

Fakta 3: Turut menceburkan diri dalam penulisan genre cerpen sejak 1934 hingga 1941.
Huraian/Contoh: Sepanjang penglibatannya dalam penulisan genre cerpen beliau telah berjaya menghasilkan sebanyak 21 buah cerpen yang telah disiarkan dalam pelbagai penerbitan seperti Warta Jenaka, Warta Ahad dan Malah Guru. Kebanyakan cerpen penulisan beliau bertemakan tentang cinta, kahwin paksa, moral , pengaruh moden, soal politik, ekonomi dan nasionalisme. Antara cerpen-cerpen yang ditulis oleh beliau ialah

Fakta 4: Beliau turut menulis novel
Huraian/Contoh: Walau bagaimanapun sepanjang penglibatannya dalam dunia penulisan beliau hanya berjaya menulis sebuah novel sahaja yang dihasilkannya pada tahun 1936 dengan ketebalan 120 muka surat sahaja. Novel yang dihasilkannya bertajuk Suka dan Duka yang bertemakan kahwin paksa yang merupakan isu yang cukup signifikan dengan zamannya.

Fakta 5: Dianggap pelopor dalam penulisan sajak.
Huraian/Contoh: Menurut pengkaji sejarah kesusasteraan melayu beliau adalah pelopor dalam penulisan puisi baru yang bentuknya bebas dan tidak terikat dengan penulisan puisi tradisional. Pada tahun 1933 beliau muncul dengan sajak yang bertajuk Di Tengah Segara yang telah disiarkan dalam Majalah Guru keluaran Disember 1933.

Fakta 6: Bentuk puisi yang ditulisnya sudah berbentuk bebas.
Huraian/Contoh: Puisi-puisi ciptaanya telah bebas dari bentuk puisi tradisional sama ada dari segi rima suku kata dan sebagainya. Antaranya sajak bertajuk Di Tengah Segara dan juga Pujukan Hati.





Ishak Hj. Muhammad merupakan tokoh sasterawan Melayu yang dianggap prolifik dalam menghasilkan karya-karya sastera zaman sebelum perang. Berdasarkan kenyataan tersebut. Jelaskan perkara-perkara berikut:

a. Latar belakang Ishak Hj. Muhammad [ 5]

b. Peranan beliau dalam sejarah Kesusasteraan Melayu Moden [10]

c. Keistimewaan karya beliau. [10]

Skema jawapan:
a. Latar belakang Ishak Hj. Muhammad
Fakta 1: Nama sebenarnya ialah Awang Ahmad bin Muhammad
Fakta 2: Dilahirkan pada 14 November 1909, di kampung Bukit Saguntang, Termeloh Pahang.
Fakta 3: Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Termeloh, melanjutkan pelajaran di sekolah Inggeris Kuala Lipis dan lulus School Certificate.
Fakta 4: Melanjutkan pelajaran di Malay College Kuala Kangsar
Fakta 5: Pernah berkhidmat sebagai pegawai pelatih Melayu di Temerloh, berkhidmat sebagai pemangku pegawai Daerah Bentong dan bertugas sebagai Hakim ketiga di Kuala Lumpur.
Fakta 6: Pernah menjadi guru bahasa Inggeris di Madrasah Hj. Taib, Muar
Fakta 7: Pernah berkhidmat sebagai wartawan dengan akhbar Warta Malaya, Utusan Melayu, Semangat Asia dan Fajar Asia serta pernah dilantik sebagai Ketua Pengarang akhbar Berita Malai.
Fakta 8: Menggunakan nama pena seperti Pak Sako, Hantu Raya, Isako San, Pak Pandir Moden dan Anwar.
Fakta 9: Dianugerahkan tokoh penulis Pahang.

b. Peranan beliau dalam sejarah Kesusasteraan Melayu Moden

Fakta 1: Sasterawan berpengalaman
Huraian/Contoh: Beliau telah berkecimpung dalam bidang kesusasteraan seawal tahun 1930-an. Terlibat secara langsung dalam pelbagai genre kesusasteraan antaranya genre novel dan cerpen .

Fakta 2: Penulis genre cerpen
Huraian/Contoh: Beliau penulis cerpen sebelum dan selepas perang yang prolifik dan penyedar masyarakat. Beliau telah berjaya menghasilkan 23 buah cerpen. Antara cerpen-cerpen beliau yang cukup signifikan dengan beliau ialah Anak Dibuat Denak, Istana Berembun, Rumah Besar Tiang Sebatang, Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang.


Fakta 3: Penulis Genre Novel
Huraian/Contoh: Beliau adalah antara penulis novel yang dianggap pelopor dalam memperkatakan persoalan berkaitan dengan nasionalisme. Antara novel beliau yang signifikan dengan persoalan tersebut ialah Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila.

Fakta 4: Penulis rencana dan Esei
Huraian/Contoh: Beliau mengendalikan ruangan pojok di akhbar-akhbar seprti Warta Malaya, Utusan Melayu dan juga Utusan Zaman. Antara rencana dan esei tulisan beliau ialah Setahun di Malay College, Tiga Tahun di Singapura, Sekolah Rakyat bagi bangsa kita.

Fakta 5: Penulis wartawan / Editor
Huraian/Contoh: Beliau dikategorikan sebagai antara penulis wartawan yang prolifik menghasilkan karya-karya sastera menerusi surat khabar. Ini sesuai dengan jawatannya sebagai orang yang terlibat dalam mengelolakan ruangan kreatif.

c. Keistimewaan karya beliau.

Fakta 1: Karyanya membawa persoalan nasionalisme
Huraian/Contoh: Karya cerpen dan novel yang dihasilkan oleh beliau dengan berani dan lantang memperkatakan isu / persoalan nasionalisme melalui penentangannya terhadap penjajah Inggeris yang dianggapnya menindas orang Melayu.
Cerpen Rumah Besar Tiang Sebatang dan Novel Putera Gunung Tahan.

Fakta 2:





















Contoh bentuk Soalan Lain tentang tokoh (Kombinasi tajuk tokoh dan persoalan)

Ishak Hj. Muhammad merupakan antara tokoh penulis yang sangat terkenal dalam perkembangan kesusasteraan Melayu moden, khususnya memperjuangkan persoalan nasionalisme dalam karya-karya beliau.

Bincangkan sumbangan beliau dalam perkembangan kesusasteraan Melayu yang membawa persoalan nasionalisme pada dekad 1930-an dan 1940-an
(Klon STPM 2002).

Soalan 1

1. Abdul Rahim Kajai dan Noordin Hassan merupakan dua orang tokoh sasterawan yang memberi sumbangan besar pada kesusasteraan Melayu moden. Berdasarkan SAMADA Abdul Rahim Kajai ATAU Noordin Hassan jelaskan perkara-perkara berikut:

A. ABDUL RAHIM KAJAI

a. Latar belakang tokoh (4m)
Nama sebenar haji Abdul Rahim bin haji Salim
Nama penanya Pak Lacuk/ Wak Ketuk
Lahir di Setapak, Kuala Lumpur pada tahun 1894, meninggal dunia pada 5 Disember 1943 di Geylang, Singapura.
Keluarganya berasal dari Kampung Kajai Di Sumatera Tengah, Indonesia.
Menerima pendidikan awal si Sekolah Melayu Setapak hingga lulus darjah lima
Juga menerima pendidikan Inggeris dan lulus darjah tiga
1906 menyambung pelajaran ke Mekah dalam bidang agama dan bahasa Arab.
1917 pulang ke Tanah Melayu
Beliau bekerja sebagai pengarang di pelbagai penerbitan akhbar dab Majalah, seperti Akhbar Majlis, Warta Ahad, Warta Jenaka, Utusan Melayu, Mingguan Edaran Zaman dan Mingguan Saudara.
1930 dilantik sebagai penolong pengarang akhbar saudara
Dianggap sebagai ‘bapa Kewartawanan’ dan ‘pelopor Cerpen Melayu Moden’

Pilih 4 isi x 1m = 4m
1 isi = 1m
4 isi x 1m = 4 m

b. Sumbangan beliau dalam Kesusasteraan Melayu Moden (12m)
i. Beliau menghasilkan cerpen
Beliau banyak menghasilkan cerpen antaranya ialah Awang Putat, Jamil Jamilah, dan Si Mat Pisang Rebus. Antologhinya yang tekenal ialah
1. Pustaka Kajai Jilid I-IV (1949)
2. Banyak Udang banyak garam (1960)
3. Lain Padang Lain Belalang (1961)
4. Satira Kajai

ii. Karya terjemahan
1. Hikayat Dzul Ruhain (1930-31)

iii. Memberi sumbangan dalam perkembangan akhbar
1. 1925 menjadi penulis khas akhbar “Edaran Zaman” di Pulau Pinang
2. 1928 penulis khas akhbar “Saudara”
3. 1931 pengarang akhbar “Majlis” di Luala Lumpur
4. 1935 wartawan khas akhbar harian “Warta Malaya” di Kuala Lumpur
5. 1936 ketua pengarang akhbar harian “Warta Ahad” dan “Warta Jenaka” di Singapura
6. 1936 Ketua pengarang akhbar harian Utusan Melayu – “Utusan Melayu Press” di Singapura
7. 1939 menerbitkan “Utusan Zaman”
8. 1942 pengarang akhbar “Perubahan Baru” dan “Berita Malai”

iv. Melahirkan karya yang membawa pelbagai tema
Menyedarkan masyarakat Melayu tentang nasib bangsa mereka dengan menghasilkan karya-karya yang membawa tema nasionalisme, ( Awang Putat, Si Mat Pisang Rebus) politik, ekonomi ( Awang Putat, Ceretera Hiburan Raya Aidilfitri) dan agama(Siapa salah, Tercabut Iman Kerana Cinta)

Perlu 3 isi x 4m = 12m
1 Fakta x 2m = 2m
H/C = 2m

c. Peranan atau sumbangan (9m)
1. Digelar “Bapa Kewartawanan Melayu” kerana kegiatannya dalam perkembangan akhbar Melayu.Sumbangan dan jasanya dalam dunia kewartawanan Melayu amat besar dan sukar ditandingi
2. Beliau dianggap sebagai “Pelopor Cerpen Melayu” – menulis cerepen mulai tahun 1930 – 1942 dan menghasilkan 48 buah cerpen
3. Wartawan pertama yang berani menyuarakan istilah Darah Keturunan Keling(DKK)
4. Berani dan lantang mengkritik pemimpin Melayu yang melakukan penyelewingan

Perlu 3 isi x 3m = 9m
Fakta = 2m
H/C = 1m






Tokoh Abd. Rahim Kajai

Contoh soalan dan skema cadangan:

Ketokohan Abdul Rahim Kajai terserlah dalam penulisan genre cerpen sebelum perang dunia kedua, sesuai dengan profesionnya sebagai wartawan , beliau memperlihatkan kepekaannya sebagai wartawan dengan memerhati, melapor, mengupas, mengkritik dan menganalisis pola masyarakat dalam karya-karya cerpennya.
(Petikan dari Esei bertajuk ”Cerpen-cerpen Abdul Rahim Kajai: Pemikiran dan Aspirasinya oleh Amida@Hamidah Haji Abdul Hamid, DBP)

Berdasarkan kenyataan di atas bincangkan pemikiran dan isu sosial yang terdapat dalam karya-karya cerpen Abdul Rahim Kajai. [25]

Fakta 1: Kehilangan jati diri Melayu apabila digantikan dengan budaya barat.
Huraian/Contoh: Perubahan yang berlaku pada anggota masyarakat Melayu kesan dari pengaruh budaya barat yang bertentangan dengan budaya timur telah membimbangkan beliau lalu beliau luahkan menerusi cerpen beliau yang bertajuk ”Punggok Merindukan Bulan – Peperangan Moden dengan Adat Pepatih” (Mastika, September 1941 – Oktober 1941) yang mengisahkan perilaku keluarga Abdul Rauf yang terpesong daripada pola budaya Melayu dengan mengamalkan cara hidup barat menerusi sambutan hari jadi.

Fakta 2:Bangsa pendatang menindas mentaliti orang Melayu
Huraian/Contoh: Nasib bangsa Melayu menjadi lebih genting apabila kehadiran bangsa pendatang khususnya dari kalangan keturunan Arab dan India Muslim. Kaum pendatang yang bergerak aktif dalam perniagaan ini memberi tamparan hebat kepada kehidupan orang Melayu. Cerpen Buang Bangsa Buang Harta Keranamu Tuan, jelas memperlihatkan kepekaan Abdul Rahim Kajai tentang ketaksuban orang Melayu terhadap kaum pendatang.

Fakta 3: Orang Melayu mengagungkan status keturunan dan kekayaan
Huraian/Contoh: Ketaksuban orang Melayu terhadap keturunan kaum pendatang khususnya yang berketurunan Arab yang pada anggapan mereka perlu disanjung kerana mereka dikatakan dari kalangan orang yang baik-baik sehingga ada yang sanggup memaksa anak-anak mereka berkahwin dengan keturunan ini. Cerpen ” Cetera Harta, Cinta dan Roh Kebangsaan” (Utusan Zaman, 24 Disember 1939, 31 Disember 1939, 7 Januari 1940) yang mengisahkan Hj. Abd. Latif memaksa anaknya Salamiah berkahwin dengan Sayid Ambrus al-Mutaki dan lupakan kekasihnya iaitu Mas’ud.

Fakta 4: Bangsa Melayu perlu bersatu untuk memartabatkan kedaulatan bangsa.
Huraian/Contoh: Nasib orang Melayu juga terancam dengan kelicikan dan tipu muslihat kaum pendatang yang mahu mengaut keuntungan dengan melakukan pelbagai tipu muslihat. Cerpen ”Cerita Awang Putat” (Utusan Zaman 1 Nov 1941 – 8 Nov 1941) mengisahkan bagaimana Awang Putat menyeru orang-orang Melayu agar bersatu padu melalui penubuhan kedai kerjasama bagi mengatasi kelicikan tipu muslihat Ah Kau dalam perniagaan.

Fakta 5: Bangsa Melayu harus celik ekonomi dalam membangunkan bangsa.
Huraian/Contoh: Nasib orang Melayu yang mudah diperkotak-katikkan oleh kaum pendatang yang mengambil kesempatan diatas kemulian budi orang Melayu boleh ditebus menerusi celik ekonomi Cerpen ”Cerita Awang Putat” jela memaparkan celik ekonomi watak Awang Putat telah berjaya menyedarkan orang Melayu tentang kelicikan dan tipu muslihat kaum pendatang terutama orang Cina untuk mengaut keuntungan dengan menipu orang Melayu.

Fakta 5: Harapan agar orang Melayu berpandangan jauh (futuristik) bagi memajukan bangsa Melayu.
Huraian/Contoh: Masyarakat melayu jika hendak maju dan mencapai kejayaan seharusnya memberi penekanan kepada soal yang berkaitan dengan pelajaran dan sikap tolong menolong. Cerpen ” ”Punggok Merindukan Bulan – Peperangan Moden dengan Adat Pepatih” jelas memperlihatkan aspek pelajaran seharusnya dimanfaatkan oleh orang Melayu untuk kemajuan bangsa seperti yang dinyatakan oleh Cik Tiyana.

Fakta 6: Persoalan persamaan hak wanita untuk mendapat pendidikan
Huraian/Contoh: Pendidikan juga seharusnya diberikan kepada kaum wanita agar mereka juga boleh membantu kaum lelaki membangunkan negara dan kemajuan bangsa. Cerpen Buang Bangsa, Buang Harta Keranamu Tuan jelas dapat dijejaki persoalan itu menerusi syarahan Syarifah Bardiah yang menyeru kaum ibu supaya memberi penekanan terhadap pendidikan sama dengan kaum lelaki.

Fakta 7:Persoalan isu poligami
Huraian/Contoh: Poligami pada pandangan beliau sebagai penyelesai masalah yang melanda hati dan rumahtangga. Cerpen ”Cetera Hiburan Raya Aidilfitri” dan ”Air Sungai Kausar Disangka Racun” jelas membawa isu poligami, beliau melukiskan watak Cik Wan dan Ratna bersalam-salaman dengan muka yang manis .

Taburan markah:
1 isi = 5 markah (2 markah fakta , 1 markah huraian dan 2 markah contoh)
5 isi x 5 markah = 25 markah.



(a) Nyatakan akhbar dan majalah yang membicarakan isu politik dan kesedaran kebangsaan dalam cerpen-cerpen Melayu sebelum perang.

1. Warta Ahad (1 markah)
2. Majlis (1 markah)
3. Warta Jenaka (1 markah)
4. Majalah Cerita (1 markah)
5. Warta Malaya (1 markah)
6. Kehidupan Dunia Akhirat (1 markah)
7. Warta Ahad (1 markah)
8. Utusan Zaman (1 markah)
9. Majlis (1 markah)
10. Lembaga Malaya (1 markah)

5 isi
1 isi = 1 markah
5 isi x 1 markah = 5 markah (5 markah)

(b) Berikan dua tokoh penulis dan hasil karya mereka dalam genre cerpen yang membicarakan isu politik dan kesedaran kebangsaan .

Fakta 1: Ishak Haji Muhamad (2 markah)

Fakta 2:
i. Anak Dibuat Denak (Warta Malaya 3 Disember 1936) (2 markah)
ii. Macam Gergaji Dua Mata (Warta Ahad, 5 Jun – 19 Jun 1938) (2 markah)
iii. Istana Berembun (Warta Ahad, 3 April – 10 April 1938)(2 markah)
iv. Hujan Emas di Negeri Orang (Semangat Asia, Februari 1943) (2 markah)

Fakta 3: Abd. Rahim Kajai (2 markah)

Fakta 4:
i. Buang Bangsa Buang Harta Keranamu Tuan (Utusan Zaman Mei 1941)
(2 markah)
ii. Cerita Awang Putat (Utusan Zaman Nov 1941)
(2 markah)
iii.

4 isi
1 isi = 2 markah
4 isi x 2 markah = 8 markah (8 markah)


(c) Huraikan dengan memberikan contoh empat persoalan isu politik dan kesedaran kebangsaan dalam cerpen-cerpen Melayu sebelum perang.

Fakta 1: Sikap yang anti / bencikan penjajah.

Huraian/Contoh: Persoalan ini dilahirkan dengan tidak begitu tegas dan ianyan dinyatakan dalam bentuk sindiran yang tajam khususnya kepada penjajah Inggeris. Sikap anti penjajah dikemukakan dengan jelas dan berani seperti dalam cerpen yang ditulis oleh Ishak Hj. Muhamma yang bertajuk “Rumah Besar Tiang Sebatang”. Beliau dengan berani memperkatakan tentang “Orang putih sangat sombong dan khianat.(Warta Ahad 7 Dis. 1941)

Fakta 2: Keinginan hendak membebaskan / memerdekakan tanah air

Huraian/Contoh: Rasa benci kepada penjajah dan perasaan tidak puashati telah mencetuskan keinginan yang kuat untuk membebaskan / memerdekakan tanah air dari belenggu penjajah. Persoalan ini dapat ditelusuri menerusi cerpen “Anak Dibuat Denak” oleh Ishak Hj. Muhammad (Warta Ahad 12 – 19 Julai 1938). Situasi dan tindakan orang bukan Melayu menerusi watak Tauke Tong Sam Pah dan orang peranakan DKK, Tuan Muhammad Iskandar Maidin yang ingin menguasai politik Tanah Melayu mencetuskan rasa benci dan memberi motivasi kepada Mat Kerengga mengembalikan kekuasaan orang Melayu.
Contoh lain: Cerpen Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang
Ishak Hj. Muhammad – Utusan Zaman ,
15 Jun – 6 Julai 1940

Siasat Yang Tiada Diminta
Abu Bakar Ahmad (Lembaga Malaya 18 April – 16
Mei 1941)

Fakta 3: Kritikan terhadap golongan pembesar-pembesar Melayu yang
mengkhianati bangsa.

Huraian/Contoh: Kebencian terhadap para pembesar Melayu yang mementingkan kepentingan peribadi dengan mengutamakan nafsu serakah sehingga sanggup menggadaikan maruah diri dan tanah air. Hal ini pernah di sebut oleh Shamsuddin Salleh dalam cerpennya yang bertajuk “ Cermin Pergaulan Hidup Di Dunia”- Utusan Zaman 1 Jun 1940- yang memperkatakan golongan pembesar Melayu yang sanggup memberi peluang kepada pendatang sedangkan anak bangsa diketepikan.


Contoh lain: Istana Berembun – Ishak Hj. Muhammad
Buang Bangsa Buang Harta Keranamu Tuan
Cerita Awang Putat- oleh Abd. Rahim Kajai.

Fakta 4: Seruan untuk bersatu padu untuk menyingkirkan penjajah

Huraian/Contoh: Seruan semangat nasionalisme yang dilakukan melalui tulisan di akhbar dan majalah agar semua bangsa Melayu bersatu padu bagi menyingkirkan penjajah dari Tanah Melayu.
Contoh cerpen yang mengemukakana persoalan ini ialah cerpen yang bertajuk “ Nasib Pengarang Muda” oleh Muhammad Yassin Maamor yang menceritakan tentang Ajmain seorang nasionalis yang giat menulis tentang semangat kebangsaan orang-orang Melayu dan dia kemudian dihukum buang negeri ke Hong Kong selama 10 tahun.
Contoh Lain: Bintang Kemajuan Menyuluh di Kampung Johol
Oleh: Ababa Teruna ( Warta Ahad 27 April – 4 Mei 1941)
Dari Perangkap Ke Penjara, Kemudian Lalu ke Syurga
Oleh: Ishak Hj. Muhammad ( Utusan Zaman 13 Julai – 10
Ogos 1940)
Fakta 5: Ancaman dalam bidang ekonomi yang boleh mengugat orang Melayu

Huraian/Contoh: Orang Melayu turut rasa terancam dalam aspek ekonomi kedatangan dan aktiviti orang bukan Melayu yang dibawa masuk oleh penjajah turut mengoyahkan orang Melayu. Ancaman ekonomi ini dengan berani dan lantang telah disuarakan oleh Ishak Hj. Muhammad menerusi cerpennnya yang bertajuk “Dolly Bidadari Shanghai” Utusan Zaman 24 Ogos – 21 September 1940. yang mengisahkan watak Dolly yang telah menjadi alat orang-orang Cina untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu menerusi para pembesar Melayu yang dungu.

Fakta 6: Kesedaran tentang kemunduran dan kemerosotan orang Melayu dalam
pelbagai bidang.

Huraian/Contoh: Kemunduran dan kemerosotan orang Melayu dalam pelbagai bidang telah menyebabkan timbulnya kekecewaan di kalangan nasionalis, lantas kesedaran kebangsaan dan politik mulai disuarakan dengan lantang . Cerpen “Tengku Achar Diraja Paku Alam” oleh Abu Bakar Ali ( Warta Ahad 17 -24 Mac 1940) dan cerpen “Awang Putat” oleh Rahim Kajai (Utusan Zaman 1 – 8 November 1940) Dalam cerpen Awang Putat yang mengisahkan Awang Putat yang berjaya menubuhkan Kedai Syarikat Kerjasama dan akhirnya berjaya menyaingi Kedai Ah Kau.



Fakta 7: Membela nasib bangsa dan Negara.

Huraian/Contoh: Sikap penjajah yang membelakangkan orang Melayu dan lebih mengutamakan golongan pendatang menyebabkan ramai orang Melayu yang kecewa dan patah hati dengan penjajah. Kekecewaan itu membuatkan mereka berazam untuk membela nasib bangsa dan Negara. Cerpen “Disini Kita Bukannya Orang Dagang” karya Ishak Hj.Muhammad yang mengisahkan Ramli yang telah merantau kerana kecewa dengan penjajah akhirnya kembali semula ke tanah air untuk menyatupadukan anak bangsa bagi membela nasib bangsa dan Negara.

Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta, 2 markah Huraian/Contoh)
4 isi x 3 markah = 12 markah. (12 markah)

1. Persoalan tentang nasionalisme orang Melayu misalnya telah menjadi perbincangan hebat dalam tema cerpen-cerpen sebelum perang ini,dan menurut Hashim Awang, hal ini lebih ketara setelah pertubuhan politik Melayu berkembang subur.

Berdasarkan petikan di atas,

a). Berikan dua golongan penulis dan dua nama tokoh yang terlibat dalam memperkatakan persoalan nasionalisme dalam cerpen-cerpen sebelum perang. [ 4 ]

b). Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan timbulnya persoalan nasionalisme dalam cerpen-cerpen sebelum perang. [ 9 ]

c). Huraikan dengan memberikan contoh empat persoalan nasionalisme dalam cerpen-cerpen Melayu sebelum perang. [12]

Skema Pemarkahan:

a). Berikan dua golongan penulis dan dua nama tokoh yang terlibat dalam memperkatakan persoalan nasionalisme dalam cerpen-cerpen sebelum perang.
dua golongan penulis

i. Golongan penulis guru 1 markah
ii. Golongan penulis wartawan 1 markah

dua nama tokoh

i. Muhammad Yassin Maamor 1 markah
ii. Ishak Hj.Muhammad 1 markah
iii. Ab. Rahim Kajai 1 markah


(lain-lain jawapan yang signifikan juga diterima)

b). Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan timbulnya persoalan nasionalisme dalam cerpen-cerpen sebelum perang. [ 9 ]

F1 : Pertubuhan politik Melayu - KMM
H/C : Pertubuhan politik ini ialah sebuah perkumpulan radikal yang ingin menuntut kemerdekaan tanah air tanpa bekerjasama dengan pemerintah Inggeris. Keadaan inilah yang telah mencetuskan sikap antipenjajahan,

F2 : Kekuasaan politik dikuasai oleh Inggeris
H/C :Penguasaan Inggeris dalam politik di Tanah Melayu bermula semenjak berlakunya perjanjian Pangkor pada tahun 1874, senario ini menyebabkan kekuasaan raja-raja Melayu mulai terbatas.

F3 : Kekuasaan raja-raja Melayu terhad
H/C : Penguasaan Inggeris telah mengakibatkan kekuasaan raja-raja Melayu hanya terhad pada urusan yang bersangkutan dengan agama dan adat resam orang Melayu sahaja. Situasi ini, menyebabkan orang-orang Inggeris lebih berkuasa.

F4 : Inggeris tidak berusaha memajukan orang Melayu
H/C : Inggeris yang menguasai politik di Tanah Melayu, tidak mempedulikan orang Melayu, orang Melayu dipinggirkan serta Inggeris hanya mahu mengejar keuntungan tanpa mempedulikan nasib orang-orang Melayu yang terus dibelenggu dengan kemiskinan.

F5 : Inggeris menindas orang Melayu-ekonomi
H/C : Inggeris terus menindas orang Melayu dalam segala aspek dan lapangan, sama ada dalam bidang ekonomi, pelajaran dan politik. Keadaan inilah yang menyebabkan timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang Inggeris hanya mementingkan keuntungan tanpa mempedulikan nasib orang Melayu.

F6 : Kedatangan kaum pendatang serta aktiviti mereka
H/C : Kehadiran kaum imigran akibat daripada pintu terbuka kaum penjajah semakin menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang Melayu. Ini adalah kerana aktiviti yang dilakukan oleh mereka yang cuba untuk membolot kekayaan Tanah Melayu. Senario ini memberi kesan kepada kedudukan ekonomi orang Melayu.


Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3 markah (2 markah Fakta, 1 markah Huraian/Contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah

c). Huraikan dengan memberikan contoh empat persoalan nasionalisme dalam cerpen-cerpen Melayu sebelum perang. [12]

Fakta 1: Sikap yang anti / bencikan penjajah.
H/C :Persoalan ini dilahirkan dengan tidak begitu tegas dan ianyan dinyatakan dalam bentuk sindiran yang tajam khususnya kepada penjajah Inggeris. Sikap anti penjajah dikemukakan dengan jelas dan berani seperti dalam cerpen yang ditulis oleh Ishak Hj. Muhamma yang bertajuk “Rumah Besar Tiang Sebatang”. Beliau dengan berani memperkatakan tentang “Orang putih sangat sombong dan khianat.(Warta Ahad 7 Dis. 1941)

Fakta 2: Keinginan hendak membebaskan / memerdekakan tanah air
H/C :Rasa benci kepada penjajah dan perasaan tidak puashati telah mencetuskan keinginan yang kuat untuk membebaskan / memerdekakan tanah air dari belenggu penjajah. Persoalan ini dapat ditelusuri menerusi cerpen “Anak Dibuat Denak” oleh Ishak Hj. Muhammad (Warta Ahad 12 – 19 Julai 1938). Situasi dan tindakan orang bukan Melayu menerusi watak Tauke Tong Sam Pah dan orang peranakan DKK, Tuan Muhammad Iskandar Maidin yang ingin menguasai politik Tanah Melayu mencetuskan rasa benci dan memberi motivasi kepada Mat Kerengga mengembalikan kekuasaan orang Melayu.Contoh lain: Cerpen Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang Ishak Hj. Muhammad – Utusan Zaman ,15 Jun – 6 Julai 1940
Siasat Yang Tiada Diminta
Abu Bakar Ahmad (Lembaga Malaya 18 April – 16
Mei 1941)

Fakta 3: Kritikan terhadap golongan pembesar-pembesar Melayu yang mengkhianati bangsa.
H/C :Kebencian terhadap para pembesar Melayu yang mementingkan kepentingan peribadi dengan mengutamakan nafsu serakah sehingga sanggup menggadaikan maruah diri dan tanah air. Hal ini pernah di sebut oleh Shamsuddin Salleh dalam cerpennya yang bertajuk “ Cermin Pergaulan Hidup Di Dunia”- Utusan Zaman 1 Jun 1940- yang memperkatakan golongan pembesar Melayu yang sanggup memberi peluang kepada pendatang sedangkan anak bangsa diketepikan.
Contoh lain: Istana Berembun – Ishak Hj. Muhammad
Buang Bangsa Buang Harta Keranamu Tuan
Cerita Awang Putat- oleh Abd. Rahim Kajai.

Fakta 4: Seruan untuk bersatu padu untuk menyingkirkan penjajah
H/C :Seruan semangat nasionalisme yang dilakukan melalui tulisan di akhbar dan majalah agar semua bangsa Melayu bersatu padu bagi menyingkirkan penjajah dari Tanah Melayu.Contoh cerpen yang mengemukakana persoalan ini ialah cerpen yang bertajuk “ Nasib Pengarang Muda” oleh Muhammad Yassin Maamor yang menceritakan tentang Ajmain seorang nasionalis yang giat menulis tentang semangat kebangsaan orang-orang Melayu dan dia kemudian dihukum buang negeri ke Hong Kong selama 10 tahun.
Contoh Lain: Bintang Kemajuan Menyuluh di Kampung Johol
Oleh: Ababa Teruna ( Warta Ahad 27 April – 4 Mei 1941)
Dari Perangkap Ke Penjara, Kemudian Lalu ke Syurga
Oleh: Ishak Hj. Muhammad ( Utusan Zaman 13 Julai – 10
Ogos 1940)
Fakta 5: Ancaman dalam bidang ekonomi yang boleh mengugat orang Melayu
H/C :Orang Melayu turut rasa terancam dalam aspek ekonomi kedatangan dan aktiviti orang bukan Melayu yang dibawa masuk oleh penjajah turut mengoyahkan orang Melayu. Ancaman ekonomi ini dengan berani dan lantang telah disuarakan oleh Ishak Hj. Muhammad menerusi cerpennnya yang bertajuk “Dolly Bidadari Shanghai” Utusan Zaman 24 Ogos – 21 September 1940. yang mengisahkan watak Dolly yang telah menjadi alat orang-orang Cina untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu menerusi para pembesar Melayu yang dungu.

Fakta 6: Kesedaran tentang kemunduran dan kemerosotan orang Melayu dalam pelbagai
bidang.
H/C :Kemunduran dan kemerosotan orang Melayu dalam pelbagai bidang telah menyebabkan timbulnya kekecewaan di kalangan nasionalis, lantas kesedaran kebangsaan dan politik mulai disuarakan dengan lantang . Cerpen “Tengku Achar Diraja Paku Alam” oleh Abu Bakar Ali ( Warta Ahad 17 -24 Mac 1940) dan cerpen “Awang Putat” oleh Rahim Kajai (Utusan Zaman 1 – 8 November 1940) Dalam cerpen Awang Putat yang mengisahkan Awang Putat yang berjaya menubuhkan Kedai Syarikat Kerjasama dan akhirnya berjaya menyaingi Kedai Ah Kau.

Fakta 7: Membela nasib bangsa dan Negara.
Huraian/Contoh: Sikap penjajah yang membelakangkan orang Melayu dan lebih mengutamakan golongan pendatang menyebabkan ramai orang Melayu yang kecewa dan patah hati dengan penjajah. Kekecewaan itu membuatkan mereka berazam untuk membela nasib bangsa dan Negara. Cerpen “Disini Kita Bukannya Orang Dagang” karya Ishak Hj.Muhammad yang mengisahkan Ramli yang telah merantau kerana kecewa dengan penjajah akhirnya kembali semula ke tanah air untuk menyatupadukan anak bangsa bagi membela nasib bangsa dan Negara.

Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta, 2 markah Huraian/Contoh)
4 isi x 3 markah = 12 markah. (12 markah)














Ceraian (a) Tokoh Pengasas Angkatan ASAS ’50 [ 4 ]

1. Usman Awang [ 1 ]
2. Abdul Samad Ismail [ 1 ]
3. Keris Mas [ 1 ]
4. Jimy Asmara [ 1 ]
5. Masuri SN [ 1 ]
6. Mas [ 1 ]
7. Asraf [ 1 ]

Pilih 4 tokoh sahaja
1 Tokoh = 1 markah
4 Tokoh x 1 markah = 4 markah

Ceraian (b) Tiga tujuan penubuhan Angkatan ASAS ’50 [ 9 ]

F1 : Memperluaskan dan mempertinggikan martabat kesusasteraan dan
kebudayaan Melayu.

H/C1 : Ahli-ahli Asas 50 bersepakat untuk bersama-sama berjuang untuk memperluas dan mempertinggikan status kesusasteraan dan kebudayaan Melayu yang menjadi tunjang dan tulang belakang bangsa yang majmuk di Tanah Melayu sekitar tahun 1950-an. mempelajari bidang karangan tentang sastera : seperti cerita, lakonan, buku, rencana, pengetahuan, kebudayaan dan peradaban Melayu.-mengubah dan mencipta perkara-perkara di atas yang mengandungi aliran dan fikiran yang maju untuk disiarkan dan diterbitkan.mengatur dan mengadakan syarahan dan perdebatan tentang segala lapangan sastera.menyatakan sebarang usaha karang-mengarang tentang bahasa dan sastera.

F2 : Melindungi hak-hak muslihat seluruh ahli dan pengarangnya.

H/C2 : Angkatan Sasterawan 50 juga mengariskan matlmatnya untuk menjaga dan melindungi anggotanya dari segi undang-undang dan peraturan negara. Ahli- ahli ASAS 50 akan mendapat perlindungan undang-undang dan hak yang sewajarnya sebagai penulis atau pengarang.menentukan bayarang mengikut harga karangan yang dihasilkan.Membantu sasterawan dalam menajukan cita-cita dan kewangan..Memberi perlindungan di sisi undang-undang, jira tulisan ahli terkeluar dari pada undang-undang.
Mempelajari undang-undang negeri yang berhubung dengan penerbitan.



F3 : Mengadakan pembaharuan dalam sastera tanpa melenyapkan yang lama.

H/C3 : Asas 50 juga mengariskan matlamat pertubuhannya di mana ahli-ahlinya akan mengadakan dan menerima pembaharuan – pembaharuan dalam bidang sastera dan bahasa selari dengan perkembangan zaman. Tetapi dalam hal yang sama Asas 50 tidak akan menghapuskan khazanah dan langgam sastera lama yang telah diwarisi demi untuk kemajuan sastera dan bahasa Melayu. .Memaju dan memperbaiki bahasa Melayu dalam penghasilan karya sastera. Mengubah, mencipta, membasmi dan membina perkataan-perkataan untuk memperkayakan bahasa dan sastera.

F4: Bahasa dan Kesusasteraan mestilah dijadikan alat untuk perpaduan kebangsaan dan perjuangan kemerdekaan.

H/C4 : Bahasa dan kesusasteraan adalah alat untuk memajukan fikiran rakyat, sesuai dengan cita-cita keadilan masyarakat . Ini semua seperti yang termaktub dalam Kongres Bahasa 1956 seperti yang tercatat dalam Memoranda ASAS 50.

F5: Keadilan masyarakat , kemakmuran rakyat dan perdamaian hidup

H/C5: Memajukan pemikiran rakyat dan perpaduan kebangsaan menerusi bahasa dan kesusasteraan Melayu agar masyarakat sedar bahawa bahasa dan kesusasteraan Melayu adalah jambatan ke arah itu, seperti yang termaktub dalam Memoranda ASAS 50.

F6: Kesusasteraan harus mengubah nilai yang usang kepada yang baru

H/C6: Kesusasteraan berfungsi untuk menyedarkan rakyat dari tidur yang lena di pangkuan penjajah dan meniupkan semangat dengan kesedaran kemerdekaan terutama dalam bidang sastera dari segi teknik. kebanyakannya jelas terlihat pada tulisan-tulisan tokoh-tokoh ASAS 50 yang tersiar dalam Utusan Zaman dan Mastika serta dalam ceramah-ceramah di radio.

Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3 markah ( 1 markah Fakta dan 2 markah Huraian/Contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah












Ceraian ( c) Aktiviti dan sumbangan ASAS 50. [12]

F1 :Penulis Angkatan ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang penulisan sajak.

H/C1 : Sajak-sajak penulis ASAS 50 tersiar dalam akhbar dan majalah Hiburan, Mutiara, Kencana, Utusan Zaman dan Mastika. Sajak ASAS 50 membawa persoalan perjuangan kemerdekaan , nasib kaum buruh, dan kemiskinan petani yang selari dengan slogannya ”Seni Untuk Masyarakat”.Penyajak ASAS 50 adalah Usman Awang(Tongkat Warrant) dan Masuri SN. Sajak ”Nelayan, Gadis Kuburan, Pak Utih, Nasib Buruh dan Ke Makam Bonda” karya Usman Awang. Antologi Puisi Baru, Awan Putih, Warna Suasana karya Masuri SN.

F2 :Penulis Angkatan ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang penulisan cerpen.

H/C2 : Cerpen-cerpen penulis ASAS 50 tersiar dalam akhbar dan majalah Hiburan, Juita,Mutiara, Mastika, Utusan Zaman .Cerpen ASAS 50 membawa persoalan darurat , nasib kaum buruh, dan ketidakadilan sosial yang selari dengan slogannya ”Seni Untuk Masyarakat”.Cerpenis ASAS 50 adalah Keris Mas, Awa nil-Sarkam dan A. Samad Said. Cerpen ASAS 50 Antologi Cerpen “ Mekar dan Segar dan Patah Tumbuh “ karya Keris Mas.

F3 : Penulis Angkatan ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang kritikan sastera.

H/C3 : Tulisan kritikan sastera ASAS 50 banyak tersiar dalam majalah Mastika dan Utusan Zaman .Penghasilan tulisan kritikan sastera ASAS 50 memperjuangkan slogan ”Seni Untuk Masyarakat” dan fungsi kesusasteraan kepada masyarakat.Berlaku polimek antara Asraf –”Seni Untuk Masyarakat ”dengan Hamzah ”Seni Untuk Seni” menyebabkan Hamzah keluar dari ASAS 50. Pengkritik ASAS 50 adalah Asraf, Keris Mas dan Hamzah. Tulisan kritikan Aasas 50 ”Mencari Pembaharuan Dalam Kesusasteraan Melayu” dan ”Esei Sastera ASAS 50 ”(Antologi Esei Kritikan bersama) karya Araf. ”Asas Kebudayaan Kebangsaan (antologi bersama) dan ”Di sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972 (antologi bersama) karya Keris Mas.


F4 : Penulis Angkatan ASAS 50 juga menceburi bidang penulisan novel.

H/C4 : Penulisan novel juga diceburi oleh penulis ASAS 50 walaupun tidak begitu cergas dan popular Persoalan utama penulisan novel ASAS 50 ialah percintaan muda-mudi, kemiskinan dan ketidak adilan sosial. Penulis novel ASAS 50 adalah Rosmera dan Wijaya Mala (Abu Yazid Abidin) Novel “Perempuan Berbaju Hijau, Melati Korban Cinta Suci, Pelukis Muda dan Meja Bola” karya Rosmera. Novel “ Mata Intan, Saka Kampung Gergasi , Muda Tak Sudah” karya Wijaya Mala.

F5 : Penulis ASAS 50 juga menceburi bidang penulisan Bahasa.

H/C5 : Penulis ASAS 50 gigih berusaha bagi memperkembangkan dan mendaulatkan bahasa Melayu di sekitar tahun 50-an. Berhasil menjadikan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi dengan tidak melupakan tulisan jawi. Tokoh bahasa ASAS 50 adalah Asraf ASAS 50 menjayakan Kongres Bahasa Melayu dan Persuratan Melayu I, II dan III.


F6: Mempopularkan lagi bidang kesusasteraan

H/C6: Tulisan-tulisan pada zaman ASAS 50 sama ada esei, kritikan dan polimik yang berlaku telah berhasil menyampaikan suara kesusasteraan kepada khalayak masyarakat.

Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 3 markah ( 1 markah Fakta dan 2 markah Huraian/Contoh)
4 isi x 3 markah = 12 markah









Tajuk-tajuk Utama
PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU ZAMAN SELEPAS PERANG

1. PERKEMBANGAN GENRE
- GENRE CERPEN
- GENRE DRAMA

ASPEK-ASPEK PENTING;
I. PERSOALAN YANG DIGARAP OLEH PENULIS
II. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERKEMBANGAN
III. PENGLIBATAN INSTITUTSI TERTENTU

2. TOKOH (PENERIMA ANUGERAH ASN)
- A.SAMAD SAID
- ABDULLAH HUSSIN
- ARENAWATI
- NORDIN HASSAN

3. INSTITUTSI
- ASAS 50
- DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

























PERKEMBANGAN GENRE CERPEN SELEPAS PERANG

PERSOALAN:
1. DARURAT
2. EKONOMI
3. SINDIRAN TERHADAP GOLONGAN
TERTENTU.
4. POLITIK & NASIONALISME
5. KERUNTUHAN MORAL DAN MASALAH SEKS
6. PERPADUAN KAUM (STPM 2001)
7.INSTITUTSI KEKELUARGAAN
8. PEMBANGUNAN
9. PSIKOLOGI

Contoh soalan dan cadangan skema
PERSOALAN PEMBANGUNAN DALAM CERPEN-CERPEN TAHUN 1960-an.

PEMBANGUNAN
PERSOALAN PEMBANGUNAN TENTANG PEMBUKAAN
TANAH.

PERSOALAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR

PERSOALAN PEMBANGUNAN EKONOMI.

HURAIAN:
SELEPAS MERDEKA, KERAJAAN BERHASRAT MEMBANTU ORANG MELAYU YANG KEBANYAKKANNYA MISKIN , MELALUI PEMBUKAAN TANAH-TANAH BARU.
HURAIAN:
PENYEDIAAN KEPERLUAN ASAS TERUTAMA JALAN RAYA, BEKALAN ELEKTERIK BAGI TUJUAN KEMUDAHAN DAN LAMBANG PEMBANGUNAN

HURAIAN:
MENEKANKAN TENTANG PENGLIBATAN ANGGOTA MASYARAKAT DALAM PERNIAGAAN YANG MERUPAKAN ELEMEN PENTING PEMBANGUNAN ORANG MELAYU.
CONTOH:
CINTA DI SAWAH LADANG OLEH SHAHNON AHMAD
YANG MENGISAHKAN TENTANG TAJUL ARIF YANG MERUPAKAN
PEGAWAI DAERAH YANG CUBA MEMBAWA PERUBAHAN MENERUSI
PEMBUKAAN TANAH PINGGIR.

CONTOH:
SERANGAN OLEH SHAHNON AHMAD YANG MENGISAHKAN KEGIGIHAN CIKGU JUSUH UNTUK MEMBANTU PENDUDUK KAMPUNG MEMPEROLEHI PEMBANGUNAN.
CONTOH:
CERPEN PELANDUK DIJERAT RUSA YANG KENA KARYA KHADIJAH HASHIM YANG MENGISAHKAN TENTANG CIKGU ANUAR YANG GIGIH MENJALANKAN PERNIAGAAN HAMPARDANI YANG DITENTANGN OLEH AYAHNYA NAMUN DENGAN KEGIGIHANNYA DIA AKHIRNYA BERJAYA DALAM PERNIAGAAN





























Institutsi : Angkatan Sasterawan 50

Contoh Soalan dan Cadangan skema

0 comments:

Post a Comment