Biodata

My photo
Bachok, Kelantan, Malaysia
Guru Cemerlang Kesusasteraan Melayu Moden STPM Panel Penggubal soalan percubaan peringkat negeri Pemeriksa Kertas Kesusasteraan Melayu STPM Penceramah Teknik Menjawab Kesusasteraan Melayu Kertas 2

  1. Nilai

a. Kemanusiaan

b. Kemasyarakatan

c. Keagamaan / Moral

  1. Latar

LATAR memainkan peranan utama dalam memberi suasana kepada peritiwa-peristiwa dan watak-watak yang terdapat dalam sebuah cerita. Latar mungkin wujud dalam bentuk fizikal seperti sebuah kamar, sebuah negeri, atau tempat-tempat tertentu.

a. Tempat : Iaitu lokasi /tempat sesuatu peristiwa itu berlaku

b. Masa /Suasana : Iaitu bila ( zaman / musim ) sesuatu peristiwa itu berlaku

c. Masyarakat / Keadaan : Suasana umum disekeliling kehidupan watak-watak seperti agama, emosi, mental, serta kemasyarakatan dari watak-watak tersebut. Watak yang digambarkan sebagai manusia yang resah / tidak tenteram emosinya akan dapat menyakinkan pembaca akan segala sikap dan tindak-tanduk dalam cerita.

(sumber GLOSARI Istilah Sastera, hal 179)

  1. Plot dan Peristiwa

Dalam cereka atau drama, plot ialah sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa-peristiwa dalam cerita (jalinan cerita / rentetan peristiwa ) yang rapat pertaliannya dengan gerak laku lahiriah dan bathiniah watak dalam cerita. Setiap peristiwa dan gerak laku lahiriah dan batiniah watak. Setiap peristiwa dari awal hingga akhir berlaku berdasarkan kepada hukum sebab dan akibat. Dalam alam realiti/alam nyata setiap peristiwa berlaku secara terperinci / tersusun dan kronologi, tetapi dalam pembinaan plot , pengarang berhak menyusun peristiwa mengikut fantasi atau citarasa /kemahuan pengarang sendiri

a. EKSPOSISI iaitu permulaan plot – pengenalan watak . akibat perhubungan watak ,timbul pertikaian atau konflik

b. KOMPLIKASI iaitu pertengahan cerita – konflik semakin rumit.

c. KONFLIKS

Pertentangan @ perjuangan yang timbul daripada keadaan saling bertindak antara dua kuasa yang berlawanan dalam plot sesebuah cerita. Konflik menimbulkan unsur-unsur ketegangan yang menarik perhatian pembaca

(sumber GLOSARI Istilah Sastera,hal 157)

Konflik terbahagi kepada 5 jenis

1. Konflik dalam diri

2. Konflik dengan watak lain

3. Konfilk dengan masyarakat

4. Konflik dengan unsur alam

5. Konflik dengan nasib dan taqdir

d. KLIMAKS iaitu perumitan /pertentangan / konfliks yang sudah memuncak – konsentrasi yang maksima / detik ketegangan akhir pada konflik. Ini merupakan bahagian yang paling menarik minat pembaca di mana mereka akan memberi tindak balas emosi yang terkuat terhadap kedudukan cerita. Dalam struktur dramatik, klimaks terletak pada titik perubahan aksi naik bertukar menjadi aksi menurun

(sumber GLOSARI Istilah Sastera,hal 145 & 256)

e. PELERAIAN – merupakan peringkat akhir dalam pembinaan plot. Pertemuan peleraian cerita adalah sebagai akibat yang diperolehi dari konflik, dilaksanakan pengarang dalam berbagai-bagai resolusi tertentu. Perkembangan ini adalah lanjutan dari klimaks atau dipanggil anti klimaks. Di sini nasib watak akan ditentukan . Terdapat pelbagai situasi peleraian di mana ada pengarang yang menentukan nasib watak-watak dan terdapat juga pengarang memberikan hak kepada pembaca untuk meleraikan sendiri nasib watak-watak dalam sesebuah karya.

(sumber GLOSARI Istilah Sastera,hal 238 & 256)

SURPRISE – Penyelesaian yang berlainan dari apa yang difikir oleh pembaca

Plot terbahagi kepada dua

a. Plot Kronologi- ikut urutan masa

b. Plot tidak kronologi – tidak ikut urutan masa

4. Watak dan Perwatakan

Berfungsi mengembangkan tema dan persoalan. Dari watak-watak muncul semua peristiwa. Peristiwa terjadi kesan dari sabab dan akibat ( cause and effect) – seterusnya wujudnya lpot. Pengarang boleh menghidupkan watak melalui aksi dan derak laku watak dengan menggunakan bahasa / gambaran hingga dapat menghidupkan watak sebagai realiti. Watak dalam karya adalah manusia yang bergelut dengan masalah-masalah seperti juga watak dan perwatakan manusia di luar karya

a. Jenis Watak

i. Watak Protagonis

Merupakan watak yang memainkan peranan penting / utama dari awal hingga akhir cerita. Tidak semestinya watak protagonis wira yang baik, watak jahat juga boleh menjadi watak utama jika pengarang mementingkannya daripada watak-watak lain

ii. Watak Antagonis

Watak yang menjadi penentang kepada watak protagonis

iii. Watak Bundar

Mempunyai sifat-sifat sebagai manusia biasa, unsure-unsur fizikalnya, psikologi dan unsur kemasyarakatan. Ia lebih menyakinkan atau lebih tepat dengan sifat-sifat manusia dalam kehidupan sehari-harian. Seseorang wira juga ada kelemahan-kelemahan seperti sifat-sifat cemburu, yakin pada diri dan sebagainya

(sumber GLOSARI Istilah Sastera,hal 352)

iv. Watak Pipih

Watak yang tidak berkembang dan berbeza dengan watak bundar. Dikenali sebagai watak sampingan, bukan penggerak cerita, bukan watak utama /penting

v. Watak Dinamik

Watak yang berubah-ubah dan berkembang mengikut kesesuaian atau keperluan tertentu, samada dari segi psikologi, tingkah laku ( aksi dan reaksi ) akibat dari persekitaran atau kesan dari rentetan plot . Fungsinya

· Untuk mengembangkan plot

· Mewujudkan perubahan sikap /sifat watak lain

· Merubah latar dan suasana

· Menonjolkan perwatakan protagonis

vi. Watak Statik

Bertentangan dengan watak dinamik – iaitu watak yang tidak mengalami perubahan dalam menghadapi dugaan dan tidak dapat diubah oleh persekitaran atau fikirannya tidak berkembang dari mula cerita hingga ke akhirnya

b. Peranan Watak

c. Perwatakan

i. Latar dan sejarah watak

ii. Sifat Dalaman

iii. Sifat Luaran

0 comments:

Post a Comment