Biodata

My photo
Bachok, Kelantan, Malaysia
Guru Cemerlang Kesusasteraan Melayu Moden STPM Panel Penggubal soalan percubaan peringkat negeri Pemeriksa Kertas Kesusasteraan Melayu STPM Penceramah Teknik Menjawab Kesusasteraan Melayu Kertas 2

SAJAK
v Sajak mengungkapkan perasaan & pemikiran penyair secara imaginative dan disusun dengan menumpukan semua kekuatan bahasa, serta bentuk luaran dan bentuk dalaman.
TEMA SAJAK
v Tema ialah persoalan pokok yang hendak disampaikan oleh penyair.
CONTOH TEMA :
v Tema diri: berdasarkan pengalaman diri.
v Tema cinta: cinta akan kekasih, ibu bapa, tanah air, bangsa dan negara.
v Tema masyarakat: memaparkan simpati dan nasib masyarakatnya di samping saranan penyajak tentang langkah-langkah mengatasinya.
v Tema alam: gambaran alam seperti keindahan dan pencemaran alam.
v Tema semangat perjuangan / nasionalisme: semnagat pahlawan negara
v Tema ketuhanan & keagamaan: soal kesedihan, kematian, kesedaran dan sebagainya.
BENTUK
v Bentuk dalaman: membawa sifat yang lebih abstrak, iaitu cara persembahan perasaan dan pemikiran.
v Bentuk luaran: sifat-sifat binaan yang dapat dilihat dengan jelas termasuk susunan baris dalam rangkap, susunan atau jumlah perkataan dalam baris dan susunan rima di hujung baris dalam rangkap.
v Bagi puisi Melayu tradisional, sifat-sifat tersebut terbina dengan susunan yang tetap tetapi puisi Melayu moden sebaliknya.
v Sajak terikat: bercirikan puisi Melayu tradisional seperti pantun dan syair
v Sajak bebas: tidak lagi menepati ciri-ciri puisi Melayu tradisional daripada segi pembinaan aspek bentuk.
v Sajak separuh bebas: ada antara rangkapnya yang terikat dan ada yang bebas daripada ikatan puisi Melayu tradisional.
NADA
v Nada ialah alunan lembut, keras, rendah atau tinggi yang terhasil daripada pelbagai jenis bunyi dalam sesebuah sajak yang berhubung erat dengan perasaan, pemikiran dan sikap penyair yang diungkapkan dalam puisinya.
v Nada juga berhubung rapat dengan tema, persoalan, rima, jenis dan bentuk sesebuah puisi itu.
CONTOH-CONTOH NADA :
v Nada melankolik: nada murung yang menggambarkan suasana hati yang sedih. Tekanan suara lebih rendah dan perlahan serta sesuai untuk puisi yang bertemakan penderitaan, kehampaan dan kerinduan.
v Nada romantik: menggambarkan suasana hati yang tenang dan menyenangkan. Tekanan suara agak tinggi dan diselangi oleh tekanan suara rendah dan perlahan. Sesuai untuk puisi yang bertemakan peristiwa indah dan menggembirakan.
v Nada patriotik: menggambarkan suasana hati yang penuh bersemangat. Tekanan suara lebih tinggi, pantas atau cepat. Sesuai untuk puisi yang bertemakan perjuangan, bercita-cita tinggi, besar dan mulia.
v Nada sinis: menggambarkan suasana hati yang kurang senang. Tekanan suara agak rendah dan perlahan, iaitu bersesuaian dengan puisi yang bertemakan hal yang tidak disukai atau kurang dipersetujui.(Sindiran yang Tajam)
v Nada protes: menggambarkan suasana hati yang penuh pertentangan atau pemberontakan. Tekanan suara lebih tinggi dan pantas. Sesuai untuk puisi yang bertemakan ketidakadilan dan ketajaman. (tidak setuju)
BUNYI
v Keindahannya terlaksana melalui kata atau rangkai kata yang dipilih, teratur dan berfungsi dalam keseluruhan sajak tersebut.
v Irama: alunan lembut dan keras bunyi yang berulang secara teratur, imbangan kata dalam baris, dan panjang pendek baris sebuah sajak yang baik.
v Rima: menambah kerapian bentuk dan memperkaya kesan muzik bahasa. Pengulangan bunyi vokal dalam baris yang sama dikenali sebagai asonansi. Pengulangan bunyi konsonan dalam satu baris pula dikenali sebagai aliterasi.
IMEJ
v Merupakan kesan gambaran yang timbul daripada penggunaan kata, ungkapan dan ayat dalam sesebuah puisi yang membantu pembaca mendekati dan menyelami pengalaman penyair.
v Himpunan imej yang banyak dalam sajak dipanggil imejan.
SIMBOL
v Ialah kata-kata tertentu yang digunakan untuk menyatakan sesuatu di luar erti kata-kata itu sendiri.
GAYA BAHASA
v Bahasa digunakan untuk memindahkan perasaan dan pemikiran penyair.
v Bahasa yang ekonomis datang daripada pembentukan baris-baris yang ringkas dan penggunaan kata yang terbatas, tetapi padat mendukung makna.
v Bahasa puisi bersifat konotasi, iaitu mempunyai makna kebih daripada satu, kaya, jauh dan luas pengertiannya. Bahasa denotasi pula mempunyai makna yang khusus seperti di dalam kamus.
GAYA PERBANDINGAN
v SIMILE
- membandingkan sesuatu keadaan, suasana atau benda lain. Setiap benda perbandingannya diikuti oleh kata-kata seperti, bagai, laksana atau umpama.
v METAFORA
- membandingkan sesuatu benda dengan benda lain yang tidak jelas bentuk perbandingannya kerana dibuat secara langsung. Umumnya ia terdiri daripada dua perkataan, satu perkataan abstrak dan satu perkataan konkrit.
v PERSONIFIKASI
- sesuatu benda, keadaan atau peristiwa yang diberikan perbandingannya dengan sifat manusia. Disebut juga pengorangan.
v HIPERBOLA
- gaya perbandingan yang menggantikan sesuatu kata dengan kata yang lain di mana kesan penggantiannya memperlihatkan gambaran perbandingan secara berlebih-lebihan.
GAYA PENEGASAN
v PENGULANGAN
- termasuk pengulangan kata, ungkapan, baris dan rangkap
- tiga tujuan dan kesannya:
a) menimbulkan irama untuk mengindahkan pendengaran
b) menegaskan maksud tertentu
c) menarik perhatian pendengar
- Anafora: pengulangan sesuatu kata yang diletakkan pada awal baris.
- Epifora: pengulangan sesuatu kata yang diletakkan pada akhir baris
- Simplok: pengulangan sesuatu kata pada awal, tengah atau akhir kalimat.
- Inversi: pembalikan kata, frasa atau rangka kata
GAYA PERTENTANGAN
v PARADOKS
- pembentukan atau penyusunan kata-kata yang memberikan kesan gambarannya bertentangan dengan kenyataan.
v IRONI

- bermaksud sindiran (satu-satu yang berlainan dengan realiti atau pertentangan dengan sebenarnya) cemuhan atau ejekan.

1 comments:

Unknown said...

maksud yang teliti dan cepat memahami

Post a Comment