Biodata

My photo
Bachok, Kelantan, Malaysia
Guru Cemerlang Kesusasteraan Melayu Moden STPM Panel Penggubal soalan percubaan peringkat negeri Pemeriksa Kertas Kesusasteraan Melayu STPM Penceramah Teknik Menjawab Kesusasteraan Melayu Kertas 2

Bahagian A (Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden)


BAHAGIAN A : Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden

Tahap Perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden

(kajian sepintas lalu)

Perkembangan Kesusasteraan Melayu terbahagi kepada 3 tahap

1. Zaman Abdullah Munsyi 1796-1854

2. Zaman sebelum perang 1920an – 1940an

3. Zaman selepas perang 1950an – kini

1. Zaman Abdullah Munsyi 1796-1854

Abdullah Munsyi membawa perubahan dalam kesusasteraan melayu moden di Malaysia. Karyanya bertajuk “Kisah Pelayaran Abdullah” 1838 telah membawa banyak perubahan dalam beberapa aspek dan telah menyimpang dari ciri-ciri karya tradisi sebelumnya. Selepas Munsyi lahir genre lain seperti novel, cerpen, sajak, drama dan kritikan sastera.

SIAPA ABDULLAH MUNSYI

1. Lahir di kampong Pali Melaka pada 1796

2. Bapanya keturunan Arab Hadramaud dan ibunya dari keturunan Tamil, India. Oleh kerana mereka bergaul dengan orang-orang Melayu dan beragama Islam mereka menggolongkan diri mereka sebagai orang Melayu.

3. Bapanya Shiekh Abdul Kadir seorang yang terpelajar, seorang guru bahasa, pedagang dan Syah Bandar

4. Mula belajar ilmu agama dan ilmu dunia seawal usia 7 tahun, mempelajari al Quran dan tulisan Jawi dengan bapanya dan dua orang bapa saudaranya , Ismail Lebai dan Muhammad Latif.

5. Menguasai Bahasa Melayu, bahasa Tamil dalam usia 14 tahun, kemudian menguasai bahasa Hindustan yang dipelajari dari askar-askar Hindustan. Beliau pula mengajar bahasa Melayu kepada askar tersebut. Dari sinilah beliau mendapat gelaran Munsyi yang bermaksud Guru Bahasa.

6. Pernah menjadi kerani Raffles, bertugas mengumpulkan naskah-naskhah lama, di samping mengajar bahasa Melayu kepada Paderi Milne dan C.H. Tomsen

7. Sebaik sahaja Raffles membuka Singapura pada 1819, Abdullah pindah ke Singapura dan terus menjadi jurutulis Raffles

8. mengikuti rombongan saudagar Cina ke Kelantan sekitar tahun 1830.

9. 1854, mengikuti rombongan haji ke Mekah, malangnya mati di Jeddah kerana diserang sakit kolera

10. Karya-karya Abdullah

a. Hikayat Abdullah (1840) diterbitkan 1849

b. Kisah Pelayaran Abdullah (1838)

c. Kisah Pelayaran Abdullah ke Jeddah ( tidak siap kerana beliau mati pada tahun 1854)

d. Syair Singapura Terbakar(1830)

e. Hikayat Kalilah dan Daminah (1835) terjemahan pancatantera dari naskah tamil

f. Dawaul Kulub(1838)

g. Kitab Adat Segala Raja-Raja Melayu Dalam Segala Negeri (1837)

h. Sejarah Melayu

PEMBAHARUAN DALAM KARYA-KARYA ABDULLAH

1. Aspek isi

a. Menceritakan peristiwa yang benar-benar berlaku tanpa mencampuraduk dengan unsur-unsur metos, dongeng, ghaib, khayalan dan sebagainya ( karya sebelum ini memang mengandungi unsur-unsur tersebut)

b. Menceritakan tentang manusia yang berdarah daging/manusia biasa- tidak memusatkan pada watak istana/golongan istana

c. Contoh; dalam Hikayat Abdullah, beliau menceritakan tentang kehidupan dan keluarga beliau, sahabat-sahabatnya, pengalaman-pengalamannya semasa di Melaka

2. Aspek gaya bahasa

a. Sekali imbas gaya bahasanya tidak berbeza dengan bahasa Melayu tradisi/klasik, namun bahasanya mendekati bahasa pertuturan sehari-harian

b. Menggunakan perkataan/ungkapan baru/perkataan Inggeris seperti officer, institution, chapel, receipt, police, college, magistrate

c. Abdullah mengguna bahasa pasar bila bercakap dengan orang bukan Melayu

d. Contoh: Encik Dollah tahu semalam diaorang turun ke Singapura itu semuanya orang sapu arang mukanya ( Hikayat Abdullah hal. 275).

e. Abdullah menggunakan ungkapan lembu punya susu, sapi punya nama- ungkapan yang spontan dan berpengaruh dalam pertuturan seharian

f. Meninggalkan ungkapan bahasa berirama seperti yang biasa terdapat dalam puisi tradisi

3. Aspek Komentar-komentar

a. Bukan sekadar mencacat peristiwa yang dilihat, beliau mengkritik/memberi pendapat

b. Dalam Kisah Pelayaran Abdullah, dengan lantang beliau mengkritik system feudal Melayu dan membandingkan dengan pentadbiran Inggeris. (lebih menyokong Inggeris)

c. Beliau menyelar Raja dan pembesar Melayu yang memerintah mengikut hawa nafsu, penyebab perpecahan. Kemunduran Melayu bukan kerana rakyat malas tetapi kerana tamak haloba raja-rajanya

d. Antara contoh kritikan beliau:-

1. Mengkritik pentadbiran Kelantan ,Dalam perang saudara di Kelantan rakyat telah dikerah, dipaksa berperang tanpa gaji

2. Beliau menulis tentang Sultan Hussain dalam Hikayat Abdullah sebagai gemuk hingga kelihatan empat persegi, kepalanya kecil, lehir tenggelam, kerana kegemukan yang keterlaluan kelihatan seolah-olah tidak berleher dan tidak ketahuan rupa

3. Mengkritik pendidikan orang Melayu katanya orang Melayu mengajar anak-anak membaca Quran tanpa mengetahui isinya. Perbuatan ini tidak mendatangkan hasil terhadap pendidikan moral. Orang Melayu terlalu percaya kepada tahyul dan ilmu ghaib

4. Mengkritik system ekonomi, dalam Kisah Pelayaran Abdullah, beliau menulis tentang kegiatan perniagaan dijalankan oleh wanita, rumahtangga dan anak terbiar

5. Abdullah menulis tentang kelakuan isteri Raffles yang tertib sopan, manis mukanya dan sangat pantas bekerja seperti lipas kudung. Beliau mengkritik isteri-isteri penbesar Melayu – katanya, kalau sudah menjadi isteri orang besar-besar itu, makin bertambah congkaknya dan malasnya tingkah lakunya pun makin tinggi dan tutur katanya pun sekeliannya membesar-besarkan dirinya. Mereka tidak mahu bekerja, melainkan duduk dan baring sahaja, mereka akan memerintahkan hamba-hamba dan hendak nasi tersaji dilututnya, bangun pagi pukul sepuluh dan menghabiskan masa mengadap tempat sirih sahaja

6. Mengkritik orang Melayu pantai imur yang tidak mementingkan kesihatan. Pakaian mereka kotor, badan berdaki dan sampah sarap penuh bawah rumah. Muka mereka pucat

4. Sikap individualistic

a. Bersikap individualistic, Merupakan pengarang pertama bersikap keakuan, buktinya beliau menggunakan gantinama aku untuk menggambarkan yang dia bertanggungjawab ke atas apa yang ditulisnya

b. Beliau berani berhadapan dengan masyarakat Melayu yang mengamalkan gaya hidup tradisional.

c. Beliau tidak mengambil kisah tentang sikap/pandangan/tohmohan masyarakat kepadanya

d. Merupakan karya orang Melayu pertama dicetak

12.7.2006 - khamis

KENAPA ABDULLAH BERJAYA MEMBAWA PEMBAHARUAN DALAM KESUSASTERAAN MELAYU

Ada 3 faktor

1. Factor zaman dan alam sekitar

a. Zaman hidup Abdullah adalah zaman peralihan – kuasa Inggeris bertapak dan kukuh, manakala zaman feudal Melayu semakin merosot

b. Abdullah hidup di Melaka dan Singapura – yang ditadbirkan oleh Inggeris

c. Berpeluang bertemu danm berkawan dengan pentadbir inggeris seperti Raffles, Milne, Thomsen dan lain-lain.

d. Orang-orang Inggeris ini banyak mempengaruhi cara berfikir serta cara hidup Abdullah

2. Latar belakang keluarga

a. Dari keturuan campuran Arab India yang terpelajar. Bapanya Abdul kadir seorang guru ugama dan pedagang. Semasa pemerintahan Belanda ayahnya seorang Syahbandar Holanda 1. Semasa pemerintahan Inggeris, ayahnya menjadi nakhoda kapal “Layer Seret” dan sebagai utusan Inggeris ke negeri-negeri Melayu

b. Dibesarkan dalam ilmu pengetahuan. Selalu mengikuti nenek yang juga guru besar sekolah pada masa itu. Sebaik pandai membaca bapanya telah menyuruhnya menyalin kitab-kitab dalam bahasa Melayu dan Arab.

c. Pengalaman bekerja dengan Inggeris.

3. Bakat kepujanggannya

a. Memang mempunyai bakat menulis yang diwarisi dari keturunan ayahnya.

b. Pandai mengolah peristiwa sehingga nampak menarik dan real dari permulaan,perkembangan dan membuat kesimpulan.

Contoh: bagaimana dia menulis tentang kejatuhan Singapura ke tangan Inggeris. Mula-mula diceritakan tuan Crowford tidak menberi perbelanjaan kepada sultan dan Temenggung. Kemudian meminta Sultan menyerahkan Singapura dengan bayaran bonus dan pencen kepada Sultan dan Temenggung, perjanjianpun ditandatangani. Kemuncak kejatuhan Singapura bila jalan telah dibina di tengah-tengah kampong Sultan. Tegahan Sultan tidak dipedulikan oleh Crowford, malah Crowford mengarahkan tembok Sultan dipecahkan hingga kampong itu terbahagi dua, ditengah-tengahnya jalan. Akhirnya Sultan tidak berani berbuat apa-apa kerana baginda sudah tidak ada kuasa lagi.

UNSUR TRADISIONAL DALAM KARYA ABDULLAH

1. Dari Aspek bentuk

a. Masih menggunakan perkataan “Hikayat” di awal judul karyanya

b. Karya puisinya menggunakan bentuk syair, contoh “Syair Singapura terbakar”, “Syair kampong Gelam Terbakar”.

c. Masih menggunakan puisi pantun dan syair dalam karya prosanya, contohnya dalam Hikayat Abdullah, beliau menggambarkan kampong Gelam terbakar dan rumahnya terlibat

Contoh syair

Serta terpandang api itu menjulang

Rasanya arwahku bagaikan hilang

Dijilatnya rumah-rumah serta barang-barang

Seperti anak ayam disambar helang

Seberang menyeberang rumah habis rata

Apinya cemerlang tiada boleh membuka mata

Bunyinya gempar terlalu gempita

Lemahlah tulang sendi anggota

2. Dari Aspek bahasa

a. Drs Li Chuan mengatakan gaya bahasa Abdullah tidak banyak bezanya dengan gaya bahasa Melayu Klasik

b. C.Skinner dalam Buku Melayu Baru berpendapat Abdullah menggunakan gaya bahasa khutbah bila memberi nasihat, misalnya beliau menggunakan kata-kata “Wahai pembaca…..”

3. Dari Aspek pandangan dunia

a. Mengikut Prof. Taib Osman, cara Abdullah melihat dunia sekelilingnya tidak menunjukkan yang beliau dipengaruhi sepenuhnya oleh peradaban baru/moden. Beliau hanya kagum dengan teknologi dan pentadbiran yang lebih sistermatik dari barat, sedangkan beliau terus kekal sebagai moralis tradisional yang hidup berasaskan falasafah pemikiran Islam

b. Abdullah mengkritik sesuatu yang tidak adil ,misalnya tentang pentadbiran Melayu yang tamak haloba, anak-anak raja yang malas, mata keranjang dan sebagainya, memuji pentadbiran Inggeris yang mengamalkan sikap terbuka, tolak ansur dan waras

c. Sebelum ini tiada orang Melayu yang berani melontarkan kritikan seperti itu kerana berpegang pada adat Melayu. Abdullah lebih berani kerana beliau dilatari oleh hubungan baiknya dengan golongan pentadbir inggeris

KESIMPULAN

a. Abdullah revolusioner yang mendahului zaman. Tidak ada pengikut selepas kematiannya

b. Zaman hidup Abdullah masyarakat Melayu masih teguh dengan sifat-sifat konservatif

c. Pada pandangan orang Melayu, Abdullah adalah tali barut Inggeris sehingga dia digelar “Abdullah Paderi” kerana hubungan baiknya dengan Paderi Milne. Beliau telah menterjemahkan kitab Injil ke dalam Bahasa Melayu. Abdullah tidak dihargai oleh orang Melayu dan tidak ada pengikut.

d. Selepas Abdullah berlaku zaman kekosongan dalam kesusasteraan selama 50 tahun…. Sebelum munculnya golongan penulis awal tahun 1920an

***************************************************************

2. Zaman sebelum perang 1920an – 1940an

Abdullah tidak mempunyai pengikut, selepas kematiannya pada 1854 kesusasteraan mengalami zaman kekosongan selama 50 tahun. Kesusasteraan selepas Abdullah terbahagi kepada 3 kategori

a. Zaman Penulis Agama

b. Zaman Penulis Guru

c. Zaman Penulis Wartawan

a. Zaman penulis Agama

1. Latar kemunculan Penulis Agama - 1900

a. Penjajahan yang berterusan menimbulkan rasa benci mereka pada Barat, oleh itu Orang-orang Melayu lebih cenderong menghantar anak-anak mereka belajar dalam aliran agama di pondok-pondok.

b. Selepas tamat pengajian pondok mereka meneruskan pengajian di timur Tengah. Di sana mereka telah terpengaruh dengan pembaharuan yang dibawa oleh Syeikh Mohammad Abduh.

c. Antara intelik agama yang telah memberi sumbangan dalam kesusasteraan ialah Syed Shiekh AL Hadi. Novel sadurannya yang berjodol Hikayat Faridah Hanum 1925/6 merupakan novel pertama yang mendapat sambutan hangat di Tanah Melayu pada masa itu. Novel tersebut telah mengambil latar Timur Tengah serta memaparkan golongan berada dan berpendidikan.

d. Apapun novel Kawan Benar 1927 oleh Ahmad Rashid Talu telah diangkat sebagai novel Asli pertama kerana keaslian dari segi latar dan wataknya.

e. Penulis agama mengetengahkan tema dan persoalan pendidikan, adat-istiadat, cinta, kahwin paksa, emansipasi wanita,pengaruh barat dalam karya mereka.

2. Siapakah penulis Agama

a. Segolongan penulis yang memberi sumbangan dalam kesusasteraan pada tahun-tahun 1920-an – 1930-an

b. Mereka mendapat pendidikan dari sekolah-sekolah pondok dan melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah

c. Di Timur Tengah mereka terpengaruh dengan Reformasi Islam – Kebangkitan Fahaman Modenisasi Islam yang dipelopuri oleh Shiekh Mohd Abduh

d. Kerjaya mereka : guru di Madrasah

e. Tokoh : Syed Shiekh Al Hadi, Ahmad bin Mohd. Rashid talu, Ahmad bin Hj Ismail dan Syeikh Tahir Jalaluddin

2.8.2006 (rabu)

Orang melayu 1900

Pendidikan

Gol. Feudal & gol. Marhain

3. Sumbangan Penulis Agama

a. Membuka minda masyarakat Melayu dalam pelbagai aspek, social, ekonomi dan politik orang Melayu. Media menyampaikan mesej mereka ialah akhbar seperti al Imam (1906 – 1908), al ikhwan (1920), Saudara (1928)

b. Dalam bidang pendidikan , membuka madrasah. Contohnya Syed Syiekh al Hadi membuka Madrasah al Hadi di Melaka, madrasah al Iqbal al Islamiah di Singapura dan Madrasah al Masyhor di Pulau Pinang

c. Menterjemah dan menerbitkan cerita-cerita Rokambul( cerita mata-mata gelap Arab)

1. Cerita Rokambol dengan Korban Hindi

2. Cerita Rokambol Dalam Jail Dan di Paris

3. Cerita Rokambol dalam Siberia

4. Cerita Rokambol Dengan Taman Penglipur Lara

d. Dalam bidang kesusasteraan mereka menerbitkan

Novel saduran dari Timur Tengah

1. Hikayat Setia Asyik dengan Makhsyoknya (Hikayat Faridah Hanum 1924/5)

2. Hikayat Taman Cinta Berahi( Hik. Mahir Affandi dengan Iqbal Hanum) 1928

3. Hikayat Anak dara Raja Ghassan( Hik. Hindun dengan Hamad) 1928/29

4. Hikayat cermin Kehidupan 1929

5. Hikayat Puteri Nurul Ain 1929

6. Hikayat Pembelaan Dalam Rahsia 1929

Novel asli Melayu

1. Kawan Benar 1927

2. Iakah Salmah 1928

3. Dua Belas kali sengsara 1929

4. Siapa jahat ( Datok Cencano) 1930

5. Perangkap Hitam 1931

6. Godaan yang dahsyat

7. Semalam di Pulau Pinang

8. Ukur Baju di Badan Sendiri

4. Persoalan karya penulis Agama (tak siap lagi)

a. Penyesuaian pemuda/pemudi dengan dunia moden

b. Emansipasi wanita – kebebasan/ mendapatkan hak

c. Kahwin paksa

d. Persoalan percintaan muda/mudi

e. Gambaran masyarakat kolot

5. Teknik penulisan penulis Agama

a. Plot

Masih terikat dengan plot prosa tradisi iaitu terbahagi kepada 3 bahagian yang utama. Bahagian awal pengenalan kepada watak, tempat dan masa. Seterusnya menceritakan perkembangan watak permasalahan, halangan antara watak utama, contohnya dalam Hikayat faridah Hanum, faridah dan Syafik terpaksa berpisah kerana faridah dipaksa berkahwindengan Badaruddin Afendi. Akhirnya mereka dipertemukan semula dan kisah berakhir dengan happy ending

b. Watak

Terdiri dari kalangan bangsawan yang berkedudukan. Cara perlukisan watak masih terpengaruh engan cara penulisan tradisi iaitu watak utama digambarkan dengan sempurna dari segi fizikal dan juga perwatakan manakala watak jahat digambarkan dengan perwatakan yang buruk dari segi fizikal dan perwatakannya. Contoh, faridah hanum dan Syafik afendi di gambarkan kesempurnaan wajahnya dan elok budi pekertinya, dating dari keturunan bangsawan. Begitu juga dengan salmah dalam Iakah Salmah , salmah berasal dari kalangan bangsawan

c. Gaya bahasa

Menggunakan gaya bahasa lama dan diselitkan dengan puisi, pantun, syair. Contoh ketika mengambarkan kecantikan Siti Ramlah, Ahmad Rashid Talu menulis

Rambutnya ekal patah menggunung

Air mukanya berlenang-lenang

Umpama zam zam di dalam ternang

Belum diminum dimakan senang

d. Latar

Mengambil latar luar Negara sepertyi Mesir, Iskandariah contoh dalam Hikayat Faridah Hanum. Ahmad Rashid Talu menggunakan latar tempatan dalam Iakah Salmah, iaitu Kelantan, Ulu Yam, selangor ,Pulau Pinang dan sebagainya

e. Sudut pandangan

Kehadiran pengarang dalam karyanya sangat jelas. Pengarang terlibat dalam karya dan memberi pendapat , pandangan atau komen.

Synopsis Karya Terpilih

b. Zaman Penulis Guru

1. Latar Penulis guru

Terdapat sebilangan penduduk Tanah Melayu golongan menengah yang memberi pendidikan sekolah Melayu kepada anak-anak mereka. Setelah tamat pengajian Melayu di peringkat rendah, mereka melanjutkan pelajaran ke maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim (SITC).

Kerjaya mereka sudah pastilah sebagai pendidik. Bagaimanapun di SITC mereka didedahkan dengan karya-karya yang terdapat dalam pejabat karang mengarang.

Selepas tamat pengajian, di samping menjadi guru mereka terus berkarya.

Antara mereka ialah Harun Aminurrashid, Ahmad Bakhtiar, Abdullah Sidik dan lain-lain. Kegiatan mereka sekitar 1930an.

2. Siapa penulis guru

a. Penulis yang muncul sebelum perang

b. Pekerjaan tetap mereka guru di sekolah-sekolah ataupun di SITC, menulis sebagai kerja sambilan sahaja

c. Kebanyakannya mendapat pendidikan di sekolah Melayu dan di SITC. Sewaktu di SITC mereka mendapat bimbingan dalam bidang penulisan. (rujuk SITC dan Pejabat Karang Mengarang)

d. Kesedaran memajukan masyarakat antara pendorong mereka giat menulis

e. Tokoh penulis ialah Harun Aminurrasyid (Harun Mohd.Amin), Abdullah Sidik, Ahmad bakhtiar, Ahmad Murad Nasarudin,, Ahmad Kotot dan Yusuf Ahmad

30.8.2006

3. Sumbangan Penulis Guru

a. Sumbangan dalam bentuk novel

1. Gelombang Hidup (1938) – Abdullah Sidik

2. Iblis Rumahtangga – Abdullah Sidik

3. Melor Kuala Lumpur - Harun Mohd Amin

4. Siapakah bersalah - Harun Mohd. Amin

5. Nyawa di Hujung Pedang - Ahmad Murad

6. Zain Zawiyah - Ahmad Murad

7. Hujan Darah di Sungai Muar - Ahmad Bakhtiar

8. Orang Licin - Ahmad Bakhtiar

9. Batu Belah Batu Bertangkup – A.Samad Ahmad

10. Setia Itu Jaya - A. Samad Ahmad

b. Sumbangan dalam bentuk cerpen

1. Antologi Cerita Rekaan (cerpen 1937- 48) – Abdullah Sidik

2. Antologi 12 cerita pendik 1959 - Harun Mohd. Amin

c. Sumbangan dalam bentuk sajak,

1. Keluh kesah, Selalu Merayu, Tak Disangka - Pungguk

2. Kekanda sangka, Tuan Hendak Kemana - anggerik

3. Oh Sariku, Terjaga Di Tengah Malam - Atma Jiwa(Harun Aminurasyid)

d. Roman Sejarah

1. Panglima Awang - Harun Mohd. Amin

2. Tun Mandak - Harun Mohd. Amin

3. Wan Derus - Harun Mohd. Amin

4. Keris Melaka - Ahmad Bakhtiar

5. Korban Keris Melaka - Ahmad Bakhtiar

6. Singapura Dilanggar Todak - A. Samad Ahmad

7. Nakhoda Tenggang - A. Samad Ahmad

e. Drama

1. Anak derhaka – Ahmad Murad Nasaruddin

f. Bahasa

1. Kata-kata sebunyi - Abdullah Sidek

2. Bunga Bahasa - Abdullah Sidek

g. Pengetahuan

1. Memilih Jodoh – A. Murad Nasarudin

2. Lembaga Melayu

3. Pengetahuan Kehidupan

h. Terjemahan

1. Cerita Sherlock Holmes - Ahmad Murad

2. Terlepas Dari Taiwan

6.9.2006

4. Persoalan karya penulis guru (1920-an -1930-an)

a. Persoalan Cinta muda mudi

Contoh karya: Melor Kuala Lumpur

Sulaiman jatuh cinta pandang pertama pada Nurisa anak majikannya. Cinta terhalang kerana Nurisa telah ditunangkan oleh keluarganya dengan Hashim sepupu Nurisa. Sulaiman kecewa dan membawa diri dan telah menumpukan pada cita-citanya untuk membaiki kehidupannya (sambung belajar ke Jerman bidang akauntan). Hashim yang menyedari cinta sulaiman –Nurisa, telah mengambil keputusan menarik diri , dengan itu telah memberi peluang Sulaiman dan Nurisa berkahwin.

Contoh karya : Hikayat Pecintaan Kasih Kemudaan

Cinta yazid terhadap Zamrud mengalami kegagalan kerana Zamrud seorang janda. Keluarga Yazid menghalang cinta mereka kerana tanggapan serong kepada wanita yang berstatus janda. Yazid telah berusaha membuktikan yang Zamrud seorang yang soleh dan berakhlak mulia. Mereka akhirnya berkahwin

b. Kehidupan berumahtangga

Contoh karya : Rahsia seorang gadis

Menceritakan helah seorang gadis yang dipaksa kahwin. Gadis tersebut Yam Tom telah dipaksa kahwin dengan seorang mamak dari India, Marican. Setelah kahwin Yam telah dibawa ke India. Oleh kerana tidak mencintainya, Yam telah menggunakan pelbagai helah agar tidak disentuh oleh suaminya. Oleh kerana kerap sakit (pura-pura), Yam dihantar pulang oleh suaminya

c. Pengaruh Barat

Contoh karya : Iblis Rumah Tangga

Kisah kehidupan sepasang suami isteri yang musnah kerana pengaruh barat. Oleh kerana sibuk bekerja dan sedar tentang kesepian yang dialami oleh isterinya, suami telah menggaji seorang guru piano untuk mengajar isterinya. Malangnya isteri telah menggunakan kesempatan itu untuk berlaku curang, akhirnya rumah tangga mereka musnah

d. Persoalan Kemasyarakatan dan Ekonomi,politik

Keburukan pengaruh barat, judi, arak,pergaulan bebas, perempuan simpanan yang menimbulkan kesan negative pada masyarakat Melayu.

Contoh karya: Mari Kita Berjuang – Abdullah Sidik

Abdullah menyeru orang Melayu berdikari, gigih berusaha, bersatu padu dengan bergotong royong untuk meningkatkan ekonomi.

Contoh karya-karya : Melihat Terang, Iblis Rumahtangga, Seniwati Normala, Minah Joget Moden.

e. Persoalan kebangkitan semangat kepahlawanan Melayu

Contoh karya : Penglima Awang-Harun Aminurasyid

Mengesahkan kepahlawanan panglima Awang yang bergabung dengan penglima Hitam menentang penjajah barat(Pertugis). Malangnya dia telah ditangkap oleh Ferdinand dan di bawa bersama mengelilingi dunia sebagai penunjuk arah. Sampai di Mindanau, Ferdinand mati dibunuh. Penglima Awang telah meneruskan pelayaran hingga sampai ke Muar. Di sini beliau telah menemui tunangnya. Dalam karya ini Harun ingin menyampaikan mesej bahawa, orang Melayulah orang yang pertama mengelilingi dunia bukannya orang Barat, orang Melayu juga mahir dalam pelayaran sehingga dijadikan penunjuk arah

Karya lain : Wan Derus, Tun Mandak, Korban keris Melaka, Darah Melaka

c. Zaman Penulis Wartawan

1. Latar Penulis wartawan

Akhir 1930an lahir pula golongan yang berpendidikan barat , kemudiannya dipanggil golongan penulis wartawan. Mereka bekerja sebagai wartawan di akhbar-akhbar. Dengan kemudahan yang mereka perolehi memberi peluang kepada mereka untuk giat menulis dan menyiarkan karya mereka dalam akhbar dan majalah terbitan mereka.

2. Siapa penulis Wartawan

a. Mula bergiat sebelum perang dan sebilangannya meneruskan kegiatan penulisan selepas perang

b. Mereka bekerja dengan penerbitan samada majalah atau akhbar sebagai wartwan, pemberita, penyunting atau lain-lain. Menulis sebagai kerja sambilan

c. Latar pendidikan berbagai-bagai, Inggeris, Belanda, Melayu dan Arab

d. Tokoh penulis ialah Ishak haji Mohamad, Abdul Rahim Kajai, Ahmad Nawawi, Shamsudin Salleh, Raja Mansor

3. Sumbangan Penulis Wartawan

a. Menghasilkan cerpen

Karya

Tokoh

1. Pustaka Kajai I, II, III, 1V (antologi)

2. Banyak Udang Banyak Garam (antologi)

Abdul Rahim Kajai

1. Lenggang kangkong (antologi)

Ishak Hj Mohamad

1. Awang Putat

2. Si Mat Pisang Rebus

3. Jamil Jamilah

4. Syurga Firdaus Cemas jadi Neraka Jahanam

b. Menghasilkan novel

Karya

Tokoh

1. Putera Gunung Tahan

2. Anak Mat Lela Gila

3. Anak Dukun Deraman

4. Budak Beca

5. Tijah Tukang Cukur

6. Dll

Ishak Hj Mohamad

c. Menghasilkan rencana

Rencana yang menyentuh soal agama dan kemasyarakatan – disiarkan dalam

akhbar dan majalah seperti majlis, Warta Jenaka, Utusan Melayu, warta Ahad

4. Persoalan Penulis wartawan

a. Nasionalisme

b. Ekonomi

c. Moral,Akhlak & agama

5. Contoh karya:

1. Putera Gunung tahan – Ishak Hj Mohamad

Mengesahkan sikap tamak orang Barat Wiliam dan Robert yang cuba memperalatkan Ratu Bongsu untuk mendapatkan puncak gunung Tahan untuk dijadikan tempat peranginan dengan bayaran $5000.00 setiap tahun. Cadngan tersebut telah ditolak kerana ratu bongsu telah menesan sikap tamak haloba dan niat jahat kedua-duanya. Wiliam dan Robert telah mengutus surat kepada kerajaannya agar mengebom puncak gunung Tahan dam menaklukinya. Hal ini di ketahui Ratu Bongsu. Akhirnya kedua mereka mati dalam terhimpit dalam gua semasa pengeboman dilakukan.

2. Anak Dibuat Denak- Abdul Rahim Kajai

Bertemakan nasionalisme yang ditunjukkan melalui watak Mat Kerenggga. MK anak angkat kepada Taukeh Tong Sam Pah. Ia menjadi kaya raya dan telah dicalonkan sebagai seorang pembesar Melayu dengan gelaranDatuk Mastika Raja. Malangnya gjawatan itu telah dirampas oleh seorang keturunan DKK bernama Tuan Mohamad Iskandar Maidin. Perlantikan TMIM telah mendapat bantahan sehingga diadakan tunjuk perasaan membantah dan mengatakan perlantikan itu tidak sah. Akhirnya Mat Kerengga berjaya mendapat jawatan dan gelaran tersebut

3. Awang Putat – Abdul Rahim Kajai

Mengesahkan persoalan nasionalisme seorang anak muda Awang Putat yang prihatin dan tidak mahu bangsa asing mengambil kesempatan ke atas tanahair yang dicintai. Atas kesedaran inilah Awang Putat telah mengetuai sekumpulan anak-anak muda di kampungnya telah berbuat sesuatu untuk menyedarkan orang kampong tentang kegiatan tipu muslihat Ah Kau dalam perniagaan dan telah menggunakan Cikgu Majid dan Tok Penghulu iaitu orang-orang yang berpengaruh di kampong. Usaha Awang Putat telah mendapat sokongan masyarakat kampungnya, akhirnya mereka berjaya menubuhkan Kedai Syarikat Kerjasama di kampong mereka

4. Buang bangsa, Buang Harta, Keranamu Tuan

Buat synopsis sendiri

Tajuk-tajuk Pilihan

1. Peranan Akhbar dan majalah

i. Latar

Akhbar pertama ialah Jawi Peranakan 1876 - 1895, Singapura . Merupakan akhbar mingguan yang diterbitkan pada setiap Isnin. Bentuk : 4 halaman berukuran kertas kajang, mengandungi berita dari luar Negara, surat kiriman pembaca, iklan, berita ringkas tempatan. Diusahakan oleh seorang peranakan bernama Munsyi Mohd. Said bin Dada Mohyidin, diteruskan oleh anaknya Munsyi Mohd. Ali bin nGhulam Hussein al- Hindi

ii. Ciri-ciri akhbar diperingkat awal

a. Jumlah dan berita terbatas

b. Banyak memuatkan berita luar Negara khususnya dari parsi dan Turki

c. Memuatkan rencana khas dan surat kiriman pembaca

d. Diusahakan oleh wartawan-wartawan Islam bukan Melayu

iii. Nama-nama akhbar

Tahun

Akhbar & majalah

Catatan

1888

Sekolah Melayu

Rencana unt membimbing murid-murid,

1904

Taman pengtahuan

1893

Seri Perak

1900

1906-1908

Maj. Al Iman

1924

Maj. guru

1918

Maj. Pengasuh

iv. Peranan

a. Berperanan mengembangkan Cerpen Melayu

Cerpen pertama disiarkan melalui majalah Pengasuh bertarikh 4.2.1920 bertajuk “Kecelakaan Pemalas”.

Majalah Pengasuh menyediakan ruangan khas untuk cerpen. Antara tahun 1920-1923 Majalah Pengasuh menyiarkan 23 buah cerpen.

Sebanyak 39 akhbar dan majalah menyiarkan 457 buah cerpen pda tahun 1930-an

b. Berperanan mengembangkan Sajak Melayu

Majalah Guru menerbitkan kali pertama sajak-sajak tulisan Muhamamad Yasin Makmur ( Punggok ) pada keluaran Mac 1934 bagaimanapun pada Disember 1933 Majalah Guru menyiarkan sajak bertajuk “Menungan Hati” karya Mohamad Yusof Ahmad. Punggok merupakan npelopor sajak di tanah Melayu. Sajak-sajak itu ialah : “Keluh Kesah, Selalu Merayu, tak di sangka”.

Pada tahun 1913 Akhbar Melayu menyiarkan sajak bertajuk Seruan dan Gurindam karya haji Abas Majid Zainuddin. Sajak itu disiarkan sekali lagi dalam Majalah Pengetahuan pada tahun 1025

Penulis lain yang menulis sajak ialah harun Mohamad Amin,(Atma Jiwa), Ahmad Boestaman (Anggerik), Abdullah Sidek, Danial Din dan Kasmani Hj Ariff.

c. Berperanan mengembangkan Novel Melayu

Novel telah disiarkan bersiri kerana sifatnya yang panjang berbanding cerpen dan sajak. Contoh novel yang di siar bersiri ialah Hikayat Faridah Hanum karya Syed Shiekh Al Hadi, Onn bin Jaafar dengan terjemahan Hikayat Seribu Satu Malam yang di siarkan bersiri dalam Warta Malaya.

Majalah Al Hikmah menerbitkan cerita saduran bertajuk “Pundi-Pundi Biru”, Kecenderungan Perempuan. Penerbitan novel bersiri tidak berlanjutan , hanya sehingga 1930-an sahaja, namun ianya telah menonjolkan peranan akhbar dan majalah dalam perkembangan novel tanah air.

d. Berperanan mengembangkan Bahasa Melayu

Berlaku secara tidak langsung oleh para penulis rencana. Banyak perkataan baru digunakan menjadikan bahasa semakin berkembang. Polimek tentang bahasa dan penggunaan istilah baru menjadikan bidang bahasa semakin berkembang.

e. Berperanan mengembangkan fikiran Orang Melayu

1. Menutralkan semangat kedaerahan

2. Meluaskan pemikiran orang Melayu bukan setakad persekitaran sahaja tapi ke luar Negara seperti perkembangan di Eropah, timur Tengah dan sebagainya

3. Meluaskan minda Melayu kepada isu-isu semasa berkaitan social , ekonomi dan politik

4. Memperkembangankan bakat dan karya kesusasteraan itu sendiri

Berperanan mengembangkan Cerpen Melayu

2. Perkembangan Novel

3. Perkembangan cerpen

4. Perkembangan sajak

5. Perkembangan drama

  1. Zaman selepas perang 1950an – kini

a. ASAS 50

1. Latar penubuhan

2. Tujuan

3. Tokoh-tokoh

4. Aktiviti dan sumbangan

5. Nilaian Kejayaan

b. Karya Zaman Perang Jepun

c. Peranan Istitusi

1. Pejabat Karang Mengarang

Latar penubuhan

a. Asalnya badan terjemahan yang ditubuhkan pada 1923 di Maktab Perguruan Sultan Idris oleh O.T Dussek dibantu oleh Zaaba

b. 1928 ditukar nama kepada Pejabat Karang Mengarang, kegiatannya semakin bertambah

Tujuan penubuhan

Terbahagi kepada dua

A. Rancangan Jangka Pendik

i. Mengeluarkan sebanyak mungkin buku-buku sekolah Melayu

ii. Mengeluarkan sebanyak mungkin bahan-bahan bacaan untuk masyarakat Melayu

B. Rancangan jangka Panjang

i. Mengeluarkan jurnal bergambar

ii. Mengadakan kutubkhanah (perpustakaan) bergerak untuk dibawa ke kampong-kampung

iii. Membawa buku-buku ke kampong untuk dijual

Kegiatan yang dikelolakan

i. Menulis, menterjemah dan menyunting buku-buku pelajaran dan menyelenggarakan percetakannya

ii. Menulis, menterjemahkan dan menyunting buku-buku kesusasteraan dan menyelenggarakan percetakannya

iii. Menterjemahkan surat-surat kerajaan

iv. Melatih penterjemah baru

v. Mengadakan peraduan karang-mengarang dan menyelenggaraankan penerbitannya.

Kegiatan dijalankan melalui dua bahagian

A. Malay School Series ( Bidang Pelajaran Sekolah-sekolah)

PKM mengeluarkan buku-buku bacaan sekolah, buku-buku teks mata pelajaran sekolah, buku-buku pekerjaan tangan dan buku-buku lain seperti pengakap dan guide.

Contoh buku-buku- Raja Akal, Penimbal Akal, Ilmu Bahasa Melayu (Bhg 1 dan 2), Ilmu Tanam-tanaman, Pelita Mengarang, Canai Bacaan, Ilmu Alam Melayu, Cerita lakonan (1 – 5 ), Sang kancil di Sekolah Inggeris, Pelbagai Cerita Melayu (1 & 2) , Sejarah Alam Melayu (1 – 5 ), Kitab Hisab ( Bhg 1 – 4 ) dan lain-lain. Keseluruhannya terdapat 85 tajuk buku yang diselenggara penerbitannya sehingga 1941.

B. Malay Home Library Series ( Bidang Kesusasteraan di Kalangan orang ramai), bermula tahun 1929, PKM berjaya menerbitkan

i. Buku-buku terjemahan dari sastera Inggeris – Cerita Robin Hood,, Mengelilingi Dunia Dalam 80 hari, Pulau Karang, Cerita-cerita Sherlock Homes, Pulau Emas, Cerita Suka-duka, Shakespeare, Pelayaran Guliver, Panglima Hercules dan Goa Intan Raja Sulaiman.

ii. Buku Cerita kanak-kanak – Cendera Lela, cerita Aladin dengan Lampu ajaib, Ali Baba dengan 40 Penyamun dan Hikayat taman Ajaib.

iii. Buku-buku berkaitan dengan muzik dan lakonan – Lagu-lagu Keroncong, Topeng Hitam, dan Macbeth

iv. Buku-buku karya asli hasil dari peraduan karang mengarang – Cincin Rahsia, Pahlawan Berkaki Kayu, Hidup Berjuang, dan Cerita-cerita Rekaan.

Penilaian Kejayaan

  1. PKM menambahkan jumlah buku-buku bacaan untuk sekolah rendah dan sesuai pada zamannya. Buku-buku tersebut mencukupi dan boleh dipakai sehingga 1960-an
  2. PKM berjaya mengatasi masalah kekurangan bahan bacaan di kalangan masyarakat dengan buku-buku terjemahan ringan dari bahasa Inggeris.
  3. Memperkenalkan berbagai jenis cerita, contohnya cerita mata-mata gelap, kisah pengembaraan dan karya asli
  4. Memberi perangsang kepada guru-guru Melayu untuk menceburkan diri dalam bidang kesusasteraan

Kesimpulan

Berkesan ke atas sebilangan masyarakat sahaja iaitu pelajar sekolah Melayu, pelajar sekolah Inggeris tidak menyedari langsung kewujudan PKM.KPM memounyai banyak kekurangan , selain daripada ia badan yang kecil, fokusnya hanyalah kepada penterjemahan dan penyediaan buku-buku sekolah rendah sahaja. Rancangan O.T.Dussek dan Zaaba untuk memperluaskankan kegiatan dan memperbesarkan badan ini tidak dipersetujuai Inggeris. 1957 badan ini dibubarkan dan dig anti dengan Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Pakatan Belajar Mengajar Bahasa Melayu

A. Pengenalan

1. Merupakan pertubuhan bahasa dan sastera yang julung-julung kali di Malaya, ditubuhkan di Johor Bharu pada tahun 1888.

2. Pengasasnya Datuk Abdul Rahman bin Andak, bergelar datuk Seri Amar di raja.

3. Dianggotai oleh pembesar-pembesar yang adahubungan dengan istana

4. Pertubuhan ini tidak begitu mantap dan beberapa kali mengalami kemerosotan, ia dihidupkan beberapa kali iaitu pada tahun 1904, 7 April 1934 dengan sumbangan $2000.00 setahun daripada Sultan Ibrahim, Johor, hinggalah pada tahun 1941, namanya ditukar kepada pakatan bahasa Melayu dan Persuratan Buku-buku di Raja (PBMPBD)

5. Orang yang bertanggungjawab menjadi tulang belakang ialah datuk Haji Muhammad said bin haji Sulaiman (setiausaha sulit Sultan Johor) Beliau banyak menulis buku-buku sejarah antaranya ialah Hikayat Johor, Hikayat Queen Victoria dan Tawarikh Purbakala bagi Negara Melayu

B. Tujuan

  1. Mengkaji dan menerbitkan buku-buku bahasa, sejarah dan kebudayaan
  2. Menggalakkan orang Melayu menulis dan menerbitkan karya-karya mereka untuk memperkayakan perbendaharaan sastera Melayu

C. Sumbangan

1. Menerbitkan majalah bulanan PEREDAR sebagai lidah rasmi pertubuhan ini

2. Buku- katan : Merupakan buku kamus Melayu – Inggeris yang disusun oleh Datuk haji Muhammad said sendiri. Nashkah asalnya disiarkan beransur-ansur dalan akhbar harian Warta Malaya di Singapura, tujuan supaya ahli bahasa dapat mengkaji dan mengkritik dan mambiaki, hasilnya karya tersebut diterbitkan dalan tahun-tahun 1936 - 37 mengandungi dua penggal setebal 1,000 lebih muka surat.

3. Jalan Bahasa Melayu (mei 1937) : Buku tata bahasa Melayu yang berdasarkan tata bahasa Inggeris

4. Perihal Tanah jawa (1939) : memuatkan kisah-kisah lawatan datuk haji Muhammad said ke beberapa buah kota di Tanah Jawa

5. Perihal Rangkapan, Gurindam dan Seumpamanya (Jun 1940 ) : mengandungi huraian mengenai jenis-jenis puisi lama Melayu

6. Peribahasa : (Julai 1940 ) : memuatkan pengetahuan-pengetahuan mengenai bahasa seperti bahas kiasan, ragaman bahasa, perkataan seerti, simpulan bahasa, bahasa kacukan dan lain-lain

7. Penciptaan Istilah : Ini merupakan satu lagi sumbangan dan jasa-jasa pertubuhan bagi memperkayakan perbendaharaan kata Bahasa Melayu. Banyak istilah perjawatan yang dicipta diterima hingga kini seperti – Setiausaha (secretary), pesuruhjaya (commissioner), pejabat (office), kerjaraya ( public works 0 dan lain-lain

D. Ulasan dan pandangan

  1. Menurut Zaaba dalam majalah JMBRAS (jilid XIX<>
  2. Walaupun tudak berkembang luas, namun kelahiran 1888 dapatlah dianggap sebagai pertubuhan Bahasa dan Kesusasteraan yang tertua dan menjadi perintis badan-badan/pusat kegiatan bahasa dan sastera di Malaya dan Indonesia sebelum perang dunia kedua.
  3. Pertubuhan lain selepas ini ialah Pejabat Karang- Mengarang Maktab Perguruan Tanjong Malim (1924)

3. Maktab Perguruan Sultan Idris

Latar Penubuhan

  1. Pada permulaan pemerintahan inggeris, hanya terdapat beberapasekolah-sekolah Quran.1816 inggeris telahmenubuhkan Penang free School dan bermulalah pendidikan moden di Tanah Melayu. Bahasa pengantar bukan sahaja banhasa inggeris tapi juga bahasa-bahasa lain. Sekolah Melayu pertama ditubuhkan iaitu Sekolah Melayu Glugor merupakan cawangan ‘Penang Free School’, diikuti dengan sekolah Melayu di Air Hitam dan bayan Lepas.

  1. Pembukaan membuka sekolah Melayu tidak mendapat sambutan pada peringkat awal kerana orang Melayu bimbang akan merosakkan akhlak anak-anak mereka, sebabitu mereka telah menghantar anak-anak ke sekolah agama (Quran) Dengan jasa dan inisiatif C. Skinner yang membawa sekolah Melayu ke kampong dan mendapat sambutan. Selepas itu secara perlahan-lahan kerajaan mengubah sekolah-sekolah Quran kepada sekolah Melayu. Pelajaran agama dan Quran telah diajar di surau-surau dan sekolah-sekolah khas dan agama.

  1. Sekolah Melayu berkembang pesat. 1898, sekolah-sekolah di negeri bersekutu berjumlah 131 buah iaitu 81 buah di Perak, 28 di Selangor, 19 di Negeri Sembilan dan 3 di Pahang.

  1. Pertambahan sekolah Melayu menimbulkan masalah guru untuk mengajar di sekolah tersebut. Ia dapat di atasi dengan penubuhan maktab latihan guru di Singapura pada tahun 1878, ( ditutup 17 tahun kemudian). 1888 beberapa peraturan berkaitan dengan pendidikan iaitu murid-murid diberi pelajaran percuma di sekolah-sekolah kerajaan, masalah keperluan guru semakin ketara. Ini memerlukan maktab-maktab untuk menampung bilangan guru, berikut maktab-maktab yang yang ditubuhkan untuk keperluan tersebut:
    1. Maktab di Taiping
    2. Maktab Melaka
    3. Maktab latihan di Matang, Perak - 1913
    4. Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) , Tanjung Malim - 23.11.1922. Dapat melatih 300 orang guru setiap tahun. Ditubuhkan atas syor R.O.Wnstedt yang melawat Indonesia dan Filipina.

Peranan

i. Melahirkan penulis-penulis guru –

Penulis guru termasuk Harun Muhamad Amin, Abdullah Sidik, Ahmad Bakhtiar b. Ahmad Murad Nasarudin, Zaaba, Mohamad Yasin Makmur (pungguk ), dan ramai lagi.

ii. Calon-calon guru diasuh meminati sastera

Mereka mendapat peluang membaca, mengkaji, menghayati nashkah Melayu lama dan buku-buku pengetahuan dari karya asli dan terjemahan oleh Pejabat karang Mengarang. Kesannya mereka mula meminati sastera.

iii. Sistem pelajaran SITC lebih sistermatik berbanding maktab sebelumnya

4. Asas 50

A. Pengenalan

1. Merupakan sebuah pertubuhan/angkatan yang bercorak bahasa dan sastera yang lahir selepas perang dunia kedua.

2. Kemunculannya ada kaitan dengan perubahan politik masyarakat Melayu. Gerakan semangat kebangsaan yang berkembang sejak zaman Jepu tambak bergolak dengan tindakan Inggeris yang menubuhkan Negara Kesatuan Melayu @ Malayan Union pada tahun 1946. hasil penentangan rakyat maka pada 1 Februari 1948 lahirlah Persekutuan Tanah Melayu.

3. Jun 1948 undang-undang darurat mengistiharkan pengharaman ke atas beberapa parti politik kiri, ekoran itu ramailah penulis-penulis yang berkaitan dengan parti-parti tersebut telah berhijrah ke Singapura.

4. Terdapat beberapa factor mereka memilih Singapura, antaranya kemudahan mata pencarian, banyaknya pusat-pusat percetakan yang menerbitkan berbagai-bagai majalah dan akhbar dan Singapura terhindar dari undang-undang Darurat yang berkuatkuasa di Persekutuan.

5. Di Singapura – wujud hubungan erat antara sasterawan-sasterawan yang berhijrah dengan yang sedia ada seperti Mas, Masuri S.N. dan Hamzah di tempat-tempat kerja dan menerusi kumpulan Sahabat Pena yang ditaja oleh Jimmy Asmara

6. Kumpulan Sahabat Pena dianggotai oleh pelbagai golongan seperti wartawan, guru, buruh sasterwan dan lain-lain.

7. Hasil persefakatan mereka untuk memberi sumbangan kepada kemajuan bahasa dan sastera maka lahirlah Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) di rumah Cikgu Mas (24-H Hendersoan Road, Singapura 3) pada 6 Ogos 1950.

8. Pendaftarannya disahkan oleh kerajaan pada 22 Jun 1951. Antara sasterawan yang mempoloporinya ialah Keris Mas, Masuru S.N. Mas, Hamzah, Abdul samad Ismail, Asraf, dan Jimmy Asmara.

B. Tujuan

1. Memperluas dan mempertinggikan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

a. Mempelajari karangan-karangan yang mengenai sastera seperti cerita, lakunan, buku-buku dan rencana pengetahuan, kebudayaan serta peradaban

b. Mengubah dan mencipta perkara-perkara di atas, yang mengandungi aliran dam fikiran yang maju untuk disiar dan diterbitkan

c. Mengatur dan mengadakan syarahan dan perdebatan mengenai segala lapangan sastera

d. Menyatukan sebarang usaha karang-mengarang mengenai bahasa dan sastera

2. Melindungi hak-hak muslihat seluruh ahlinya dan pengarangnya

a. Merapatkan perhubungan di antara sasterawan dengan penerbit

b. Menentukan bayaran mengikut harga karangan

c. Membantu sasterawan dalam memajukan cita-cita dan kewangannya

d. Memberikan perlindungan dari segi undang-undang, jika tulisan ahli terkeluar dari segi undang-undang

e. Mempelajari undang-undang negeri berkaitan dengan penerbitan

3. Mengadakan pembaharuan dalam sastera tanpa membunuh yang lama

a. Memaju dan memperbaiki Bahas Melayu dan sastera

b. Mengubah, mencipta, memperbaharui, membina perkataan untuk memperkayakan bahasa

C. Perkembangan

a. Ahli ASAS 50 terdiri daripada pelbagai kerjaya seperti guru, wartawan, polis, pelajar, kerani, pekedai, dan sebagainya.

b. 1954 ahli mereka seramai 99 orang. Kebanyakannya pernah menyumbangkan karya melalui majalah hiburan dan Mutiara, selebihnya tidak berpeluang menulis kerana pemilihan bahan-bahan karangan untuk penerbitan agak ketat.

c. Pembaharuan ASAS 50 terdapat dalam karangan tokoh-tokoh yang berpengaruh sahaja, ini disebabkan oleh tingkat pelajaran yang tinggi, pemikiran yang matang dan kepentingan mereka dalam bidang persuratkhabaran

d. Ramai ahli ASAS yang memberi sumbangan secara individu, seperti mengadakan ceramah di radio berkumpul dan berpolimik

e. Ahli ASAS 50 berpendapat kesusasteraan adalah alat utama untuk memperjuangkan keadilan masyarakat seperti kepincangan, kemiskinan, penderitaan serta membangkitkan keinsafan masyarakat

f. Untuk tujuan itu mereka memilih slogan “Seni Untuk Masyarakat”

g. 1954 muncul slogan baru ”Seni Untuk Seni” yang dipelupori oleh Hamzah. Ahli telah berpecah setelah berlaku polimek hebat dengan golongan yang mempertahankan slogan asal yang di ketuai oleh Asraf. Akibat tidak ada persefakatan, Hamzah telah keluar dari ASAS 50 dan menubuhkan “Persatuan Angkatan Persuratan Melayu Baru”.

D. Sumbangan

I. Bidang Bahasa, pendidikan dan Persekolahan

· Mendaulatkan Bahasa Melayu

· Menggerakkan dan menjayakan kongres-kongres Bahasa dan Persuratan Melayu se Melaya I,II dan III

· Beberapa syor dan memorandum mengenai bahasa, ejaan, penyatuan bahasa Melayu-Indonesia, pendidikan dan persekolahan yang disusun oleh Keris Mas, Asraf, Mas Usman Awang dan lain-lain disuarakan dalam Kongres Bahasa kepada Suruhanjaya Rendel Singapura (1953) juga Suruhanjaya Perlembagaan Reid di Malaya (1955).

II. Bidang Kesusasteraan

· Tumpuan dalam bidang cerpen dan sajak, manakala novel kurang dihasilkan ( Dipercayai 2 bidang tersebut dapat menyedarkan masyarakat pada masa itu)

· Contoh Antologi cerpen “Mekar dan Segar” bertemakan perjuangan kaum buruh (marhaen), pengganasan darurat, pemogokan, tuntutan kemerdekaan dan lain-lain.

· Pengarang-pengarang berjuang untuk menimbulkan satu kelas masyarakat yang lebih stabil, adil, dan makmur

· Tokoh cerpen – Keris Mas, Bunga raya, Hamzah, A.samad Ismail, Wijaya Mal, Awa mil-Sarkam, A. Samad said, Tongkat Warrant dan Rosmera

· Tokoh sajak yang produktif ialah

1. Masuri S.N – menghasilkan lebih 400 buah sajak sejak tahun 1944.

Antologinya ialah Awan Putih, Warna Suasana, dan bunga Pahit

2. Tongkat Warrant – Antologinya Gelombang

3. A.Samad Said – antologinya Liar di Api (bahagian kedua)

E. Ulasan dan pandangan

1. Aktif antara tahun 1950- 1954 terutama dalam bidang cerpen dan sajak

2. Selepas 1954 kegiatan berkurang kerana pengaruh penulis baru yang tidak mempunyai kumpulan atau angkatan

3. Muncul kritikan daripada beberapa sasaterawan seperti Kassim Ahmad yang menuduh ASAS sudah lumpuh

4. Muncul pengkritik lain seperti Tuah Arshad yang menghentam ASAS 50

5. Walaupun terdapat kelemahan dalam ASAS, namun tidak dapat dinafikan sumbangan besar ASAS dalam mempelopuri pembaharuan dalam kesusasteraan Melayu-Malaya dan Singapura selepas perang

5. Dewan Bahasa dan Pustaka

a. Peranan

    1. Gerakan atau pengawasan pemerintah atau kerajaan
    2. Mempunyai dasar dan tujuan penubuhan:

i. Memaju dan memperkayakan bahasa kebangsaan. Ini termasuklah menyamakan ejaan dan buyi sebutan dan menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan

ii. Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa Kebangsaan

iii. Mencetak atau menerbitkan, membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan bentuk bentuk persuratan lain dalam bahasa Kebangsaan dan bahasa-bahasa lain

b. Cara memberi sumbangan

i. Menganjur peraduan mengarang :- karya kreatif untuk memajukan bakat-bakat kesusasteraan. Umpamanya Peraduan Mengarang Cerpen (1957), Peraduan Mengarang Novel (1958, 1962) dan Peraduan Mengarang Drama (1963). Melalui peraduan tersebut muncullah nama-nama Hassan Muhammad Ali, A. Samad Said dan Arenawati

ii. Menerbitkan majalah, :- majalah dewan Bahasa (1957), Dewan Masyarakat (1963), Dewan sastera (1971), dan Dewan Budaya (1979). Majalah-majalah ini memuatkan karya kreatif seperti cerpen, puisi, drama serta esei dan kritikan mengenai bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan

iii. Menerbitkan karya-karya kreatif hasil peraduan yang bukan dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Peraduan mengarang Novel Sempena 10 Tahun Merdeka, Hadiah Karya sastera, Hadiah Sastera Malaysia dan Peraduan Anjuran GAPENA. Disamping itu turut juga menerbitkan karya-karya kreatif para pengarang yang bukan melalui peraduan.Antaranya ialah:-

1. Novel ; Salina karya A. Samad Said, Srengenge karya Shahnon Ahmad dan hari-hari Terakhir Seorang Seniman karya Anwar Ridwan

2. Antologi Cerpen: Sageluk Air karya Khadijah Hashim, Dalam Diri karya Ali Majod dan Latifah Rabaniah karya Azizi Haji Abdullah

3. Antologi Puisi; Salam Benua karya Usman Awang, Kembara Malan karya Latif Mohidin dan Sajak-sajak Sejarah Melayu karya Muhammad haji Salleh

4. Drama: Tamu Di Bukit Kenny karya Usman Awang, Angin Kering karya Johan Jaafar dan Wira Bukit karya A.Samad Said

5. Esei dan Kritikan: Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957 -1972 diselenggarakan oleh Anwae Ridhwan, Novel-novel Malaysia Dalam Kritikan diselenggarakan oleh Hamzah Hamdani dan Tanggapan Pembicaraan Karya-Karya Shahnon Ahmad diselenggarakan oleh Safian Hussain

iv. Mengadakan kegiatan sastera seperti seminar, bengkel, ceramah, pembacaan puisi, pertemuan penulis dan sebagainya : Contohnya

1. Pertemuan Sasterwan Nusantara

2. Seminar Pengajaran sastera

3. Bengkel Wilayah Penulisan Cerpen

4. Bengkel Penulisan Sastera Remaja

5. Pembacaan Puisi

v. Menyediakan kemudahan penulis menghasilkan karya seperti melalui projek “Penulis Tamu” dan “Derma Cipta” :- Contoh Penulis Tamu

1. Keris Tamu – gaya Bahasa Sastera

2. Adibah Amin

3. Latif Mohidin

vi. Memperkembangkan sastera kanak-kanak dan remaja melalui karya majalah

Peraduan dan menerbitkan Minggu Penulis Remaja

Tokoh Penulis Remaja :-

1. Sh. Hasnah Abdullah

2. Othman Putih

3. Ismail Sarbini

4. Siti Aminah Yusuf

6. Penerbit

7. Anugerah Sastera

  1. Tokoh

8. Abdullah Munsyi

9. Ahmad Rashid Talu

10. Syed Shiekh Al Hadi

11. Harun Mohamad Amin

12. Ishak Hj Mohamad

0 comments:

Post a Comment