Mesej ataupun kadang-kadang dalam soalan digunakan istilah seperti perutusan ataupun amanat merupakan antara aspek yang popular dalam soalan peperiksaan samaada pada bahagian B, C ataupun bahagian D. Namun seringkali calon berdepan dengan masalah untuk menjawabnya. Sehubungan itu, ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menjawab soalan mesej. Kaedah ini adalah berdasarkan pada skema peperiksaan yang telah dianalisis sejak 1998 hingga tahun 2008. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk menjawab soalan mesej ialah:
1. Menggunakan kaedah dimana ayat mesej dimulakan dengan penggunaan perkataan penyajak..
seperti, Penyajak ingin menyatakan tentang...
kemudian diikuti dengan isu yang terdapat dalam sajak (boleh diambil dari persoalan) seperti kepentingan pendidikan.
example: Penyajak ingin menyatakan tentang kepentingan pendidikan...
kemudian calon seharusnya menyatakan untuk apa dan kenapa perlunya...
Ayat mesej yang sepatutnya ialah :
Penyajak ingin menyatakan tentang kepentingan pendidikan dalam memajukan diri dan negara.
2. Kaedah kedua pula ialah menggunakan ayat mengajar seperti kita hendaklah mementingkan pendidikan untuk memajukan diri dan negara.
3. Kaedah ketiga (popular)
Meletakkan isu dibahagian depan ayat mesej diikuti dengan kata-kata mesej (hendaklah. sewajarnya, seharusnya, semestinya dsb) kemudian diikuti dengan kenapa ( untuk apa- matlamatnya)
Contoh:
pendidikan seharunya diberi penekanan untuk memajukan negara dan bangsa.

0 comments:
Post a Comment