Biodata

My photo
Bachok, Kelantan, Malaysia
Guru Cemerlang Kesusasteraan Melayu Moden STPM Panel Penggubal soalan percubaan peringkat negeri Pemeriksa Kertas Kesusasteraan Melayu STPM Penceramah Teknik Menjawab Kesusasteraan Melayu Kertas 2

Soalan dan Skema Sajak Pengait Tua oleh Muhammad Hj.Salleh


(a) Jelaskan konflik yang dihadapi oleh perempuan tua dalam sajak ini. [8]
(b) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak ini. [4]
(c) Dengan memberikan contoh, jelaskan tiga unsur estetika yang terdapat dalam
sajak di atas. [9]
(d) Jelaskan dua mesej yang terdapat dalam sajak ini. [4]

Skema Jawapan:

(a) Konflik
Fakta 1 : Kerinduan terhadap anak dan cucu

Huraian : Perempuan tua itu merindui anaknya yang jauh di mata. Dalam pada itu, dia jugaterpaksa menanti cucunya yang tidak tiba. Konflik ini telah membawa kepada penantian yang lama. Dia selalu menghabiskan masanya di tepi pantai.
Cth : bunga mimpinya

anak yang jauh
sepi rindu malam hari

Fakta 2 : Konflik dalam diri perempuan tua itu apabila memikirkan ketuaannya
Huraian : Walaupun di sekelilingnya dipenuhi dengan manusia, tetapi keadaan tersebut tidak bermakna kerana terpaksa hidup bersendirian. Perempuan tersebut sepatutnya ditemani
oleh anak cucunya memandangkan usianya yang semakin meningkat dan uzur.

Cth : seorang wanita usang
hampir terlipat di bangku pantai
kakinya terbenam
di warna pasir kasar

(b) Contoh nilai
Fakta 1 : Nilai kasih sayang
Huraian : Kasih sayang yang diperlihatkan oleh perempuan tua terhadap anak dan cucunya. Dia sanggup menanti kepulangan mereka yang amat dirinduinya.

Cth : bunga mimpinya
anak yang jauh
sepi rindu malam hari
waktu dicita

Fakta 2 : Nilai ketabahan
Huraian : Ketabahan perempuan tua itu menunggu anak dan cucunya. Dia menghabiskan banyak masa di tepi pantai sehingga kakinya terbenam ke dalam pasir kerana menunggu
ketibaan mereka.

Cth : seorang wanita usang
hampir terlipat di bangku pantai
kakinya terbenam
di warna pasir kasar

c) Tiga unsur estetika
Fakta 1 : Asonansi
Huraian : Perulangan bunyi huruf vokal dalam baris / ayat.

Cth : seharian dia di bangku kecil hijau ( vokal ‘ i’ )

Fakta 2 : Aliterasi
Huraian : Perulangan bunyi huruf konsonan dalam baris / ayat.

Cth : di antara kesibukan manusia ( konsonan ‘ n’ )

Fakta 3 : Metafora
Huraian : gaya bahasa perbandingan yang mengandungi unsur abstrak dan konkrit

Cth : wanita usang
bunga mimpinya

Fakta 4 : Perlambangan
Huraian : gaya bahasa yang melambangkan maksud tersirat
Cth : seorang wanita usang – wanita yang sudah tua

(d) Dua mesej

Fakta 1: Penyajak menyeru agar setiap manusia sentiasa mengamalkan kasih sayang dalam
kehidupan.
Huraian : Perempuan tua itu menyayangi anak dan cucunya yang sudah lama tidak pulang.

Fakta 2 : Penyajak menyeru agar golongan muda sentiasa menghormati golongan tua.
Huraian : Anak-anak dan cucu-cucu mestilah menghormati golongan tua dengan menziarahi
mereka di kampung.

Fakta 3 : Penyajak menyeru agar anak-anak tidak melupai jasa ibu bapa yang telah
banyak berkorban untuknya.
Huraian : Anak-anak perlu menghargai jasa ibu bapanya dengan sentiasa menziarahi mereka

0 comments:

Post a Comment