Biodata

My photo
Bachok, Kelantan, Malaysia
Guru Cemerlang Kesusasteraan Melayu Moden STPM Panel Penggubal soalan percubaan peringkat negeri Pemeriksa Kertas Kesusasteraan Melayu STPM Penceramah Teknik Menjawab Kesusasteraan Melayu Kertas 2

Teknik Menjawab Soalan Gaya Bahasa dalam Genre Sajak


Assalamualaikum,
Untuk menjawab soalan gaya bahasa dalam genre sajak (Bahagian D) beberapa perkara penting perlu diberi perhatian, antaranya,
1. Kenalpasti bentuk soalan gaya bahasa - ini adalah kerana bentuk-bentuk soalan akan menentukan jawapan yang perlu diberikan oleh calon.
2. Kenalpasti aspek yang diperlukan - merangkumi unsur gaya bahasa, definisi serta kesan penggunaan unsur gaya bahasa tersebut.

Secara keseluruhannya jawapan diperingkat STPM memerlukan calon mengemukakan fakta, huraian dan juga contoh. sehubungan itu, jika sekiranya soalan gaya bahasa tersebut memerlukan pelajar Huraikan unsur gaya bahasa dalam sajak, cadangan jawapan yang boleh diberikan oleh pelajar ialah seperti di bawah,
i. Mengemukakan fakta iaitu unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak (rujuk sukatan pelajaran)
ii. Huraian- calon seharusnya mengingati definisi bagi setiap unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak yang disoal.
iii. Contoh- calon perlu menyalin conto berdasarkan sajak yang diberikan INGAT contoh untuk aspek gaya bahasa biasanya hanya satu baris sajak kecuali untuk gaya bahasa anafora dan juga efifora.
iv. Calon perlu beri ulasan - yakni penjelasan contoh (wajib untuk unsur gaya bahasa inversi)
v. Kesan juga perlu dikemukakan dalam sajak
cadangan:
a. Untuk asonansi dan aliterasi - meninggalkan kesan kemerduan bunyi.
b. Gaya bahasa perulangan- meninggalkan kesan penegasn maksud yang hendak disampaikan
c. Gaya bahasa perbandingan - menjelaskan maksud / memberi gambaran yang lebih jelas.

0 comments:

Post a Comment