Biodata

My photo
Bachok, Kelantan, Malaysia
Guru Cemerlang Kesusasteraan Melayu Moden STPM Panel Penggubal soalan percubaan peringkat negeri Pemeriksa Kertas Kesusasteraan Melayu STPM Penceramah Teknik Menjawab Kesusasteraan Melayu Kertas 2




Kenangan Menduduki Peperiksaan PTK TK 52
Sesungguhnya pengalaman menduduki PTK TK 5 DG 52 merupakan pengalaman yang cukup bermakna dan bernilai. Sebenarnya apa yang saya lalui amat sentimental untuk dikongsikan dalam blog ini. Apa yang mengejutkan saya pada hari peperiksaan tersebut, saya menduduki peperiksaan PTK bersama dengan pengarah Pelajaran negeri Kelantan. Tuan Hj. Husin Awang yang menduduki peperiksaan untuk TK 6. Sesungguhnya syukur alhamdullilah keraana semuanya berjalan lanacar, keseluruhannya saya dapat menjawab soalan sama ada fungsional mahupun generik. Namun tak tajulah jawapan yang ditulis menepati kehendak pemeriksa ataupun tidak. TK 5 penilaiannya berasaskan peringkat sintesis, UUUHHH!! memang jawaban tu rasanya dah menepati aras tapi tak tahulah sejauhmana sebab semuanya bergantung persepsi pemeriksan yang memeriksa kertas jawapan tersebut.
Untuk rakan-rakan yang bakal menduduki PTK sama ada untuk TK 4 atau TK 5 harap bersedia dengan lebih awal serta carilah maklumat berkenaan dengan PTK agar nanti ianya akan membantu menangani stress terutama apabila nak menyiapkan tugasan individu serta maklumat tentang peperikisaan.Sesungguhnya ramai yang bersedia untuk membantu dalam kita menyiapkan tugasan individu dan mberdepan dengan peperiksaan. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada beberapa rakan yang telah membantu dan menyumbangkan idea untuk saya menyiapakn tugasan PTK baru-baru ini. Antaranya Pn. Fariza Nurbaya yang tak jemu-jemu mencurahkan pengalaman dan perkongsian ilmu, begitu juga dengan beberapa rakan dari kalangan guru cemerlang seperti cikgu Rohaida Abas, dari SMKA Naim Lilbanat, yang sanggup bersusah payah mencari bahan untuk rujukan jasamu teman hanya ALLAH jua yang membalasnya, muga ALLAH murahkan rezeki dan panjangkan umur dengan rahmah dan Ehsan. Tak lupa juga kepada Cikgu Aziz Mohammad dari SMK Zainab 1, yang banyak membantu berkongsi ilmu dan pengetahuan untuk menyiapkan tugasan PTK. Kepada rakan-rakan lain yang tak disebutkan namanya di sini terima kasih, Hanya ALLAH sahaja yang akan membalasnya.
Kepada teman-teman yang lain, jika ada sebarang kemusykilan tentang PTK TK 4 dan TK5 bolehlah meminta pandangan dan panduan daripada rakan guru cemerlang seperti yang saya nyatakan di atas. Muga-muga keputusan PTK akan memberikan kecerian kepada rakan-rakan yang lain.

Gambar mesyuarat agung MGC PPD Bachok Tahun 2009

Untuk Bahagian Kritikan
Tumpuan harus diberikan pada bahagian pengenalan terutama yang melibatkan tajuk Definisi Kritikan,
Meliputi calon seharusnya dapat mengemukakan definisi bagi konsep kritikan iaitu, elemen seperti menganalisa teks menggunakan pendekatan tertentu, menentukan nilai serta dapat menyatakan tentang kelebihan dan juga kekuatan sesebuah teks.
Ciri-ciri Kritikan juga perlu diberi perhatian
Meliputi keenam-enam ciri kritikan iaitu sanjungan, teguran, saranan, pendekatan , penganalisian serta penilaian.
calon seharusnya mempunyai kebolehan untuk menyatakan maksud , kriteria yang perlu ada dalam ciri kritikan tersebut.
Fungsi Kritikan
Calon seharusnya dapat mengemukakan apakah fungsi kritikan berdasarkan teks yang telah dikaji.

Bahagian B (Genre Novel)
Calon seharusnya memberi tumpuan pada bab 1 - 25, soalan adalah berdasarkan petikan . Jika dianalisa soalan petikan biasanya melibatkan aspek-aspek seperti watak dan perwatakan, soalan peristiwa serta elemen-elemen lain contoh mesej dll. Tumpuan haruslah diberikan pada watak penting seperti watak En. Muhammad dan juga watak Sudin. Ianya merangkumi aspek seperti latarbelakang ( kedudukan keluarga, pekerjaan, dll) Peranan watak juga perlu diberi perhatian (jika nak jawap peranan calon dapat mengemukakan tanggungjawab yang dimainkan oleh watak seperti peranannya sebagai ayah yang penyayang) Peristiwa pula mestilah yang ada hubungan dengan kedua-dua watak tersebut.

Perkongsian Bahan Untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bersama ini saya sertakan maklumat untuk rujukan bagi menghadapi peperiksaan Pertengahan Tahun 2010. Terutamanya bagi soalan kesusasteraan Melayu kertas 2.
Saya mulakan dengan bahagian A. Untuk Bahagian A, tumpuan harus diberikan pada perkembangan genre zaman sebelum perang khususnya persoalan yang digunakan oleh penulis pada era tersebut. Contohnya seperti persoalan nasionalisme yang merupakan antara persoalan yang paling popular. Apabila menghurai cuba tafsirkan apakah pengertian nasionalisme seperti semangat cintakan tanah air serta perasaan ingin membebaskan tanah air dari belenggu penjajahan.